omniture

Sembilan Dermawan Dipilih Sebagai Penerima Pingat Kedermawanan Carnegie 2017

Carnegie Corporation of New York
2017-06-23 01:00 597

NEW YORK, 22 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Rangkaian institusi Carnegie antarabangsa memilih sembilan dermawan luar biasa sebagai penerima Pingat Kedermawanan Carnegie pada hari ini bagi mengiktiraf kepimpinan cemerlang dan inovatif mereka dalam kedermawanan, meraikan  kedermawanan unggul Andrew Carnegie.

generated by system

Para penerima pingat 2017 ialah:

  • Mei Hing Chak China; Yayasan Kebajikan HeungKong
  • H. F. (Gerry) dan Marguerite Lenfest A.S.; Yayasan Lenfest
  • Azim Premji India; Yayasan Azim Premji
  • Julian Robertson A.S.; Yayasan Robertson
  • Jeff Skoll A.S.; Yayasan Skoll
  • Kristine McDivitt Tompkins A.S.; Tompkins Conservation
  • Shelby White A.S.; Yayasan Leon Levy
  • Sir James D. Wolfensohn A.S. dan Australia; Pusat Pembangunan Wolfensohn

"Para penerima Pingat Kedermawanan Carnegie 2017 dipilih berdasarkan sumbangan mereka yang unggul dan berkekalan demi kebaikan masyarakat awam," kata Vartan Gregorian, presiden Carnegie Corporation of New York. "Pingat ini memperlihatkan legasi kedermawanan sepanjang zaman Andrew Carnegie dan berasaskan dua prinsip utama. Pertama: kekayaan melahirkan tanggungjawab. Kedua: individu, sama ada berpandukan aspirasi agama, sivik, kemanusiaan atau demokratik, mempunyai kuasa transformatif untuk memanfaatkan kekayaan demi kebaikan umat manusia."

"Seperti yang ditunjukkan oleh pengasas kami," Gregorian menyambung, "para penerima mengilhamkan budaya memberi melalui kepimpinan mereka, menyediakan model untuk golongan dermawan generasi akan datang."

Pingat Kedermawanan Carnegie diwujudkan pada tahun 2011 dan dianugerahkan setiap dua tahun kepada individu dengan kedermawanan yang merangkumi ideal bagi visi Andrew Carnegie, berperanan menjadi inspirasi berterusan kepada orang lain. Setelah mengumpulkan kekayaan yang dikatakan terhebat di bumi ini, usahawan legenda Amerika itu memutuskan untuk mendermakan kesemuanya dengan matlamat untuk melakukan "kebaikan yang hakiki dan kekal di dunia ini."

Sebanyak 22 institusi Carnegie di Amerika Syarikat dan Eropah mencalonkan para penerima pingat dan jawatankuasa pemilihan yang mewakili tujuh institusi tersebut membuat pemilihan muktamad. Para penerima anugerah diiktiraf sebagai pendorong kebaikan dengan usaha kebajikan memberi impak yang signifikan dan berkekalan dalam bidang, negara atau masyarakat tertentu.

Institusi-institusi Carnegie akan menganugerahkan pingat-pingat ini dalam sebuah majlis rasmi di Bangunan Stephen A. Schwarzman, Perpustakaan Awam New York pada 3 Oktober 2017. Carnegie Corporation of New York akan menganjurkan acara peribadi ini. Katty Kay, penyampai berita BBC World News America, akan menjadi juruacara majlis.

Jawatankuasa Pemilihan Pingat termasuk:

  • William Thomson CBE, Pengerusi Kehormat, Mantan Pengerusi dan Presiden Kehormat, Carnegie United Kingdom Trust
  • Vartan Gregorian, Presiden Pengerusi, Carnegie Corporation of New York
  • Anthony S. Bryk Presiden, Carnegie Foundation for the Advancement of Teaching
  • William J. Burns Presiden, Carnegie Endowment for International Peace
  • Nora Rundell Ketua Eksekutif, Carnegie Dunfermline dan Hero Fund Trusts
  • Matthew Scott President, Carnegie Institution for Science
  • Matthew Scott Presiden, Institusi Sains Carnegie
  • Andy Walker Setiausaha dan Bendahari, Badan Amanah Carnegie untuk Universiti-universiti Scotland

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pingat Kedermawanan Carnegie (termasuk penerima pingat masa kini dan terdahulu), rangkaian institusi Carnegie dan Andrew Carnegie sendiri, sila layari laman sesawang kami di MedalofPhilanthropy.org, dan ikuti kami melalui Twitter @CarnegieMedal #CMOP

Source: Carnegie Corporation of New York
Keywords: Education Higher Education Awards