omniture

Israel Diamond Exchange Buka Pusat Inovasi Teknologi

The Israel Diamond Exchange
2017-06-23 09:00 694

RAMAT GAN, Israel, 23 Jun 2017 /PRNewswire/ --

Israel Diamond Exchange (IDE) sertai Start-Up Nation menerusi pembukaan inkubator teknologi untuk penduduk Israel dan syarikat-syarikat baharu berkaitan berlian yang bertaraf antarabangsa. Dinamakan sebagai Diamond Tech, ia akan menyediakan tempat dan bantuan kewangan untuk syarikat-syarikat baharu pada peringkat awal pembangunan.

Diamond Tech akan mempromosikan teknologi-teknologi baharu untuk berlian dengan cara yang paling luas. Ini termasuk platform perindustrian, robotik, semikonduktor, teknologi perubatan, teknologi angkasa, perisian, kewangan serta platform pemasaran B2B dan B2C.

IDE bekerjasama dengan Sarine, peneraju teknologi dunia yang berpangkalan di Israel untuk industri berlian dan syarikat Hennig Diamond, yang mempunyai cabang pelaburan antarabangsa yang mengkhusus dalam teknologi-teknologi berlian. Technion-Israel Institute of Technology memeterai perjanjian sebagai rakan strategik untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan. Organisasi-organisasi antarabangsa utama Brinks Global Services, CIBJO - The World Jewellery Confederation dan Pantheon Pacific Group dari China turut menyatakan sokongan terhadap projek ini.

Presiden IDE Yoram Dvash berkata, "Kami membuat keputusan strategik untuk menubuhkan Pusat Inovasi Diamond Tech kerana kami yakin industri berlian perlu meningkat maju dari segi teknologi. Israel ialah sebuah peneraju dunia bagi teknologi - dengan lebih 1500 syarikat baharu ditubuhkan setiap tahun. Kami akan memanfaatkan tenaga dan daya kreativiti Start-Up Nation demi kebaikan industri kami. Israel Diamond Exchange komited untuk memastikan kejayaan syarikat-syarikat baharu ini dan sumbangan mereka terhadap industri berlian."

Ketua Pegawai Eksekutif Sarine David Block berkata, "Selaku perintis global bagi teknologi berlian, Sarine teruja untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif baharu yang penting ini yang memainkan peranan penting dalam usaha memajukan penyelesaian teknologi berasaskan berlian Israel. Sebagai rakan kongsi dalam usaha sama ini, Sarine berbangga dapat menyokong dan mendidik penginovasi generasi akan datang dalam industri ini."

Ketua Pegawai Eksekutif Hennig Israel Arik Sela berkata, "Sebagai peserta penting dalam segmen perniagaan berlian selama hampir 130 tahun dan terus mencari peluang perniagaan baharu, bukanlah suatu yang menghairankan apabila Hennig menjadi ahli pengasas bagi inisiatif baharu ini. Kami yakin industri berlian boleh mendapat manfaat daripada teknologi dan aplikasi baharu untuk berlian dan pusat inovasi ini mempunyai segala elemen yang tepat untuk berjaya."

Hubungi:
Sharon Gefen
sharon@gefenltd.com
+972-54-4494494

Source: The Israel Diamond Exchange
Keywords: Banking/Financial Service Jewelry