omniture

Agensi-agensi Omnicom Media Group Menonjol Di Cannes

Omnicom Media Group
2017-06-23 09:48 747

OMD Dipilih Rangkaian Media Terbaik Tahunan

Hearts & Science Satu-satunya Pemenang Beberapa Piala Emas dalam Kategori Media

PHD Rangkul Cyber Grand Prix

CANNES, Perancis, 23 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Omnicom Media Group (OMG), divisyen perkhidmatan media Omnicom Group Inc. (NYSE: OMC), meraikan tahun pertamanya apabila tiga rangkaian agensi bertanding di Festival Kreativiti Antarabangsa Cannes Lions dengan ketiga-tiganya meraih pengiktirafan tertinggi.

Agensi terbaik secara keseluruhan dalam kalangan yang terbaik ialah OMD Worldwide, yang dipilih sebagai Rangkaian Media Terbaik Tahunan setelah meraih satu piala singa Emas, lima Perak dan lima Gangsa selain memperoleh 14 senarai pendek bagi kategori Media Lions.

Bertanding di Festival Cannes buat julung kalinya, agensi dalam kumpulan itu, Hearts & Science, ialah satu-satunya rangkaian yang meraih dua piala Emas bagi kategori media; dan kiraan akhirnya mendapat jumlah yang sama dengan meraih dua piala Emas, dua piala Perak dan lima senarai pendek daripada hanya 14 penyertaan, memberikan kadar penukaran kemasukan-ke-senarai-pendek sebanyak 30 peratus, manakala 60 peratus bagi kadar penukaran senarai-pendek-kepada-kemenangan.

PHD menyempurnakan senarai pemenang menerusi beberapa kemenangan selain kategori Media, termasuk piala Emas bagi kategori Cetakan dan juga Cyber Grand Prix.

Kemenangan OMD sebagai Rangkaian Terbaik Tahunan

11 Piala Media Lions OMD dianugerahkan atas usaha merentasi spektrum kategori pelanggan yang luas – termasuk automotif, makanan & minuman, badan bukan untung, perniagaan dan teknologi – dan semua rantau di seluruh dunia termasuk:

  • GOLD LION (emas) bagi Kecemerlangan dalam Perancangan Media dianugerahkan kepada MANNING GOTTLIEB OMD untuk "NO ONE SHOULD HAVE NO ONE" (AGE UK)  
  • SILVER LION (perak) bagi Penggunaan Data Masa Sebenar dianugerahkan kepada OMD SINGAPORE untuk "Restaurant Capacity Based Advertising for McDelivery" (MCDONALD'S)
  • SILVER LION (perak) bagi Sasaran Dipacu Data dianugerahkan kepada MANNING GOTTLIEB OMD untuk "No One Should Have No One" (Age UK)
  • SILVER LION (perak) bagi Produk & Perkhidmatan Kereta & Automotif dianugerahkan kepada OMD Dubai untuk "Camelpower Automotive" (NISSAN)
  • SILVER LION (perak) bagi Media & Penerbitan dianugerahkan kepada OMD UK untuk "Channel 4 Paralympics" (PARALYMPICS CHANNEL 4) Silver Lion
  •  SILVER LION (perak) bagi Penggunaan Media Bersepadu dianugerahkan kepada OMD UK untuk "Channel 4 Paralympics" (PARALYMPICS |CHANNEL 4)
  • BRONZE LION (gangsa) bagi Penggunaan Jenama atau Penyepaduan Produk dalam Program atau Platform dianugerahkan kepada OMD USA untuk "Serena Match Point" (GATORADE /PEPSICO)
  • BRONZE LION (gangsa) bagi Penggunaan TV dianugerahkan kepada OMD DOMINICANA untuk "Equalitv International Women's Day" (LA SIRENA)  
  • BRONZE LION (gangsa) bagi Penggunaan Jenama atau Penyepaduan Produk dalam Program atau Platform dianugerahkan kepada OMD USA untuk "Super Bowl Drones Half Time Show" (INTEL)
  • BRONZE LION (gangsa) bagi Penggunaan Skrin Lain dianugerahkan kepada MANNING GOTTLIEB OMD untuk "Spring Waitrose" (WAITROSE)
  • Penggunaan Jenama atau Penyepaduan Produk dalam Program atau Platform dianugerahkan kepada MANNING GOTTLIEB OMD untuk "Buster the Boxer" (JOHN LEWIS)

Tahun Sulung Cemerlang Hearts & Science

Hearts & Science meraih kemenangan menerusi kempen yang telahpun tercalon sebagai kempen kegemaran oleh penonton Super Bowl dan merangkul anugerah berikut di Festival Cannes untuk agensi berusia 14 bulan ini:

  • GOLD LION (emas) bagi Penggunaan Jenama atau Penyepaduan Produk dalam Program atau Platform untuk "Bradshaw Super Bowl Stain" (TIDE| P&G |)
  • GOLD LION (emas) bagi Penggunaan Acara dianugerahkan untuk Bradshaw Super Bowl Stain (TIDE/P&G)
  • SILVER LION (perak) bagi Kecemerlangan dalam Pelaksanaan Media untuk Bradshaw Super Bowl Stain (TIDE/P&G)

Selain kategori Media, PHD turut merangkul Cyber Grand Prix (bekerjasama dengan Droga 5) dalam kempen "Did you mean MailChimp?" yang lucu dan berdaya cipta yang mengambil variasi nama emel penyedia pemasaran dan menggunakannya sebagai inspirasi untuk siri filem dan pelaksanaan yang interaktif.

Latar Belakang Omnicom Media Group
Omnicom Media Group (OMG) ialah satu divisyen perkhidmatan media Omnicom Group Inc. (NYSE: OMC), sebuah syarikat pengiklanan, pemasaran dan komunikasi korporat yang terkemuka di dunia, menyediakan perkhidmatan untuk lebih 5,000 pelanggan di lebih 100 negara. Omnicom Media Group melibatkan rangkaian perkhidmatan penuh OMD, PHD dan Hearts &Science; platform data dan analitik global Annalect; Resolution Performance Media; selain beberapa syarikat khusus dalam komunikasi media.

Source: Omnicom Media Group
Related Stocks:
NYSE:OMC
Keywords: Advertising Awards