![]() |
MIDDLEBURY, Connecticut, 23 Jun 2017 /PRNewswire/ -- TIMEX, peneraju global bagi pembuatan jam tangan selama lebih 160 tahun, bekerjasama dengan SilMach, perintis Perancis bagi Sistem-Mekanikal-Mikro-Elektro (MEMS) untuk mencipta pergerakan jam tangan pertama yang dikuasakan oleh MEMS. Motor (kotak) dan pergerakan jam tangan MEMS yang dicipta bersama itu adalah yang pertama seumpamanya memanfaatkan teknologi nano MEMS hasil penyelesaian berpaten PowerMEMS daripada SilMach. Usaha sama ini akan dijalankan di kluster mikromekanikal Besancon, Perancis, bersama-sama SilMach dan Fralsen (kemudahan pengilangan komponen pergerakan TIMEX). Menggabungkan kepakaran TIMEX selama 160 tahun dalam pembuatan jam tangan dengan kemahiran rintis SilMach, usaha sama tersebut bakal mengubah industri jam tangan.
TIMEX menjangkakan untuk melancarkan pergerakan jam tangan dikuasakan oleh MEMS pertamanya untuk koleksi tahun 2019.
Tobias Reiss-Schmidt, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TIMEX Group mengulas tentang perkongsian disruptif baharu itu dengan berkata, "Hasil perkongsian kami dengan SilMach, Timex berjaya membangunkan satu lagi inovasi yang pertama dalam industri jam tangan. Bersama-sama SilMach, kami mengubah industri ini dan memberi peluang untuk teknologi nano. Menerusi perkembangan ini, kami akan mengambil langkah-langkah revolusioner untuk meningkatkan rekaan dan fungsi secara dramatik dalam bidang pembuatan jam menerusi cara yang dahulunya dianggap mustahil."
Ketua Pegawai Eksekutif SilMach, Patrice Minotti, berkata, "Kerjasama strategik dengan TIMEX memberikan SilMach kepakaran berusia seabad lamanya dalam pembuatan jam dan melengkapi kepakaran yang penting untuk mencipta penyelesaian PowerMEMS khusus untuk industri jam tangan."
Latar Belakang TIMEX Group
TIMEX Group mencipta, mengilang dan memasarkan jam tangan inovatif di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 1854, TIMEX Group ialah sebuah syarikat milik persendirian yang memiliki pelbagai jenama, seperti Timex, Nautica, Guess, Versace, Ferragamo, menggaji lebih 4,000 kakitangan di seluruh dunia dan merupakan salah satu pembuat jam tangan terbesar dan bersepadu secara vertikal di dunia.
Latar Belakang SilMach
Selaku perintis dalam sektor mikromekanik hibrid berasaskan silikon, SilMach mencipta, mengilang dan menyepadukan penyelesaian MEMS yang disruptif untuk motorisasi sistem mudah alih dan kawalan keadaan struktur sensor tanpa kuasa. Syarikat ini berpangkalan di Besancon, Perancis.
Kepakaran unik SilMach dalam penghibridan mendayakan kombinasi MEMS dengan teknologi mikromekanik konvensional. Ditubuhkan pada tahun 2003 oleh Patrice Minotti, syarikat ini telah membiayai perkembangan teknologi bagi inovasi disruptifnya dengan menjalankan kerja-kerja penerokaan demi manfaat agensi institusi, pusat penyelidikan dan akaun perindustrian utama dalam sektor tenaga, pengangkutan, aeronautik dan pembuatan jam. Kini, ia mempunyai portfolio yang terdiri daripada 20 rangkaian paten dengan 10 daripadanya dimiliki bersama Kerajaan Perancis. Untuk maklumat lanjut: www.silmach.com
Hubungi:
Patricia Rappaport
prappaport@bratskeir.com
212-679-2233
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/526518/Timex_SilMach.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/526555/TIMEX_SilMach_Logo.jpg