omniture

Produk Anti-Perisian Hasad ESG, SpyHunter®, Terima Penilaian Memberangsangkan daripada AV-Comparatives

Enigma Software
2017-06-23 18:51 620

Laporan AV-Comparatives puji ciri kesederhanaan dan sifat intuitif proses pengesanan dan penyingkiran perisian hasad SpyHunter.

Ujian AV-Comparatives ialah ujian komprehensif dan kompleks digunakan untuk menilai keupayaan perlindungan kehidupan sebenar perisian antivirus.

CLEARWATER, Florida, 23 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Enigma Software Group USA, LLC (ESG) mengumumkan produk utama anti-perisian hasad SpyHunter® menerima penilaian dan saranan yang memberangsangkan daripada AV-Comparatives.

Laporan ini menekankan bahawa SpyHunter pantas dan mudah dipasang dan perlindungan DNS yang disediakan olehnya bernilai dan mudah digunakan. SpyHunter dapat menyingkirkan perisian hasad yang dipasang dalam setiap ujian lapangan yang dijalankan oleh AV-Comparatives. Laporan ini turut memuji ciri kesederhanan dan sifat intuitif proses pengesanan dan penyingkiran perisian hasad SpyHunter. Berdasarkan ciri-ciri ini dan siri ujian lapangan, laporan ini menyimpulkan SpyHunter mempunyai keupayaan penyingkiran perisian hasad yang baik.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Laporan Ujian AV-Comparatives, klik di sini:https://www.av-comparatives.org/wp-content/uploads/2017/06/avc_sp_spyhunter_201704_en.pdf

Ryan Gerding, jurucakap ESG berkata tentang berita ini, "Kami berasa teruja awal tahun ini apabila kami mendapati SpyHunter memperoleh 100% skor keberkesanan daripada AV-Test, dan laporan ini terus mengesahkan SpyHunter ialah salah satu produk utama dalam bidang ini. Penilaian dan laporan yang baik ini menonjolkan segala kerja keras yang kami lakukan terhadap produk kami, dan kami merancang untuk meneruskan piawaian kecemerlangan ini."

Selain laporan AV-Comparatives, ESG telah menerima pensijilan daripada AV-TESTOPSWAT dan TRUSTe sepanjang tahun lalu, memperlihatkan kepercayaan industri dan golongan awam terhadap ESG dan mengiktiraf tahap keberkesanan SpyHunter.

Latar Belakang Enigma Software Group USA, LLC
Enigma Software Group USA, LLC ialah penyepadu sistem antarabangsa dan pembangun perisian keselamatan PC milik persendirian, yang mempunyai pejabat-pejabat bersekutu di Amerika Syarikat serta Kesatuan Eropah. Kepakaran syarikat ini ialah pembangunan perisian keselamatan PC, analisis keselamatan dalam talian, penilaian ancaman adaptif dan pengesanan ancaman keselamatan PC, selain pembaikan biasa perisian hasad untuk berjuta-juta pelanggannya di seluruh dunia. ESG terkenal dengan SpyHunter®, produk dan perkhidmatan perisian anti-perisian hasad miliknya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ESG, layari www.enigmasoftware.com atau tonton video berikut https://youtu.be/GZFK3NV1Hok.

Berhubung dengan ESG melalui Twitter | Facebook | Google+ | LinkedIn | YouTube

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/452052/Enigma_Software_Logo.jpg  

 

Source: Enigma Software
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Survey, Polls & Research