omniture

Nuctech berkhidmat untuk Ekspo Astana 2017

Nuctech Company Limited
2017-06-24 03:01 609

ASTANA, Kazakhstan, 24 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Ekspo Astana 2017 bakal diadakan di Kazakhstan pada 10 Jun 2017. Lebih 100 negara dan organisasi antarabangsa akan menyertainya, manakala lebih 5 juta pengunjung bakal mengunjungi Ekspo ini. Tema Ekspo Astana 2017 kali ini ialah "Tenaga Masa Depan" dan ini merupakan Ekspo pertama yang diadakan di negara Asia Tengah. Mulai 10 Jun hingga 10 September, pameran ini akan berlangsung selama 93 hari.

Sistem pemeriksaan bagasi CT Nuctech untuk Ekspo Astana
Sistem pemeriksaan bagasi CT Nuctech untuk Ekspo Astana

Di mana jua terdapatnya acara antarabangsa yang besar, kita boleh melihat adanya sistem keselamatan Nuctech. Bagi mengadakan Ekspo yang berjaya, ciri keselamatan sentiasa menjadi keutamaan tertinggi. Bagi Ekspo Astana, Nuctech menyediakan lebih 130 set sistem keselamatan termasuk Sistem Pemeriksaan Kargo/Kenderaan, Sistem Pemeriksaan Bagasi CT dan Sistem Pemeriksaan Sinar-X. Pemasangan dan penyahpepijatan dijalankan bermula pada bulan April dan siap pada bulan Mei, dan sistem-sistem ini akan ditempatkan di pusat pengagihan logistik, saluran utama serta pusat persidangan Ekspo ini bagi memeriksa semua kargo, kenderaan dan beg pengunjung yang melaluinya.

Sistem Pemeriksaan Bagasi CT yang digunakan dalam Ekspo ini ialah Sistem Pemeriksaan Bagasi CT generasi seterusnya yang direka dan dikeluarkan oleh Nuctech. Dilengkapi dengan beberapa teknologi terkini, produk ini mampu mendapatkan maklumat ketumpatan, nombor atom yang berkesan serta maklumat lain berhubung item yang diperiksa. Selain imej 3D HD berwarna, imej CT dan imej DR, produk ini juga boleh mengesan EDS serta narkotik secara automatik.

Pihak jawatankuasa Ekspo amat memuji produk dan juga perkhidmatan Nuctech dan menjemput rakan media tempatan untuk memeriksanya, "Sistem Nuctech ini memberikan imej berkualiti tinggi dan mudah digunakan, keberkesanan pemeriksaan kami sebahagian besarnya dipertingkatkan sejak kami mula menggunakan sistem ini, dan ini telah banyak membantu Ekspo ini."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170621/1881466-1

 

 

Source: Nuctech Company Limited
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Oil/Energy Trade show news