omniture

JD.com dan Farfetch Bekerjasama Buka Get Laluan Terunggul Bawakan Jenama Mewah ke China

Farfetch Group and JD.com, Inc.
2017-06-27 05:22 681

BEIJING, 27 Jun 2017 /PRNewswire/ --

JD labur $397 juta dalam Farfetch, melonjak ke hadapan dalam sektor mewah 

Perkongsian membolehkan pengguna Cina mengakses susun atur unik jenama mewah terbaik dalam talian Farfetch

Syarikat gergasi e-dagang, JD.com (Nasdaq:JD), pedagang runcit terbesar China dan Farfetch, platform e-dagang global terkemuka untuk industri fesyen, hari ini mengumumkan perkongsian strategik yang bakal mencipta platform perdana bagi e-dagang mewah di seluruh China, membuka laluan kepada pasaran bernilai $80 bilion.

generated by system

generated by system

Perkongsian strategik antara JD.com dan Farfetch memanfaatkan logistik yang tiada tandingan, keupayaan kewangan Internet dan teknologi serta sumber media sosial, termasuk perkongsian WeChat JD, dengan kepimpinan Farfetch dalam jenama mewah global, untuk mencipta pengalaman jenama yang lancar dan tanpa gangguan.  Farfetch mempunyai operasi yang kukuh di China dan sudah pun menjadi rakan kongsi pilihan kepada 200 jenama mewah dan lebih 500 peniaga runcit berbilang jenama.  JD akan membantu memacu kesedaran, aliran dan jualan jenama bagi Farfetch dalam pasaran.

Sebagai sebahagian daripada perkongsian ini, JD.com bakal menjadi salah satu pemegang saham terbesar Farfetch, dengan pelaburan $397 juta, dan Richard Liu, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif JD.com, akan menyertai lembaga Farfetch.  JD dan Farfetch akan bekerjasama dalam pemasaran, logistik, dan penyelesaian teknologi untuk membangunkan jenama ini di China, manakala Farfetch akan terus menjadi jenama yang mendepani pelanggan.

Gabungan kemantapan perkongsian Farfetch-JD akan memberi manfaat kepada kesemua 700 jenama dan butik yang merupakan sebahagian daripada komuniti Farfetch, membolehkan mereka mengambil manfaat daripada sumber yang luas menerusi laluan baharu ini ke dalam pasaran mewah China.

Dengan memanfaatkan JD Luxury Express, perkhidmatan layanan kelas atasan yang baru dilancarkan, Farfetch akan dapat menawarkan perkhidmatan premium yang sepadan dengan jenama-jenama bertaraf dunia yang dijual di laman itu.  Bagi pengguna Cina, gabungan pengetahuan Farfetch dan perkhidmatan penghantaran hari yang sama JD yang pantas dan sangat professional ini, bakal menyediakan proposisi kemewahan yang tiada tandingan.

Jenama rakan kongsi Farfetch yang mempunyai kehadiran perniagaan setempat bakal mendapat akses keupayaan berbilang saluran yang bertaraf dunia, termasuk klik & ambil dan pemulangan barangan di kedai, menggabungkan kedai jualan fizikal jenama di China dengan pelanggan.

Usaha sama antara dua syarikat ini juga akan turut memanfaatkan BlackDragon, platform teknologi pemasaran digital yang memperkasakan entiti di seluruh perniagaan, e-dagang, teknologi, kewangan, perjalanan, pendidikan dan kenderaan.  BlackDragon akan membolehkan Farfetch mengaktifkan sumber yang luas dalam khazanah data besar JD dan membantu ia memasar dan membina saluran pemasaran automatik untuk meningkatkan pengiktirafan jenama dan kedudukan pasaran Farfetch di China.

Selain itu, menerusi perkongsian ini, pengguna Farfetch di China akan memperoleh akses kepada pelbagai perkhidmatan daripada JD Finance.  Perkhidmatan ini termasuk JD Pay, yang akan menjadi rakan kongsi bayaran pilihan, dan Baitiao, saluran mikrokredit pengguna JD Finance yang popular.

Pengumuman ini dibuat sewaktu JD memberikan lebih tumpuan kepada kemewahan dan fesyen kelas atasan untuk memenuhi permintaan besar daripada pelanggan mudah alih atasannya.  Dalam tempoh dua tahun lalu, JD telah menganjurkan pertunjukan fesyen di New York, Milan, London, Beijing dan Shanghai.  Sejak awal tahun ini, syarikat telah melantik Winston Cheng sebagai Presiden Antarabangsa untuk meneraju pembangunan perniagaan antarabangsa dengan rakan kongsi global dan pelaburan luar negara, dan memisahkan JD Fashion menjadi satu unit perniagaan baharu di bawah perniagaan e-dagang dan melantik Xia Ding sebagai presiden, memberikan pasaran vertikal lebih keutamaan.  Pada tahun 2017, JD Fashion telah membuat satu lonjakan besar dalam bidang barangan mewah dan fesyen, melancarkan beberapa jenama antarabangsa utama di lamannya, termasuk Armani, Swarovski dan Zenith.

"Sebagai sebahagian daripada usaha dalam perniagaan barangan mewah utama kami, kami tidak menemukan rakan kongsi dalam talian yang lebih kukuh selain Farfetch," kata Richard Liu, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif JD.com.  "Kami sentiasa yakin bahawa trend jangka panjang e-dagang Cina menuju ke arah kualiti berbanding harga dan perkongsian dengan Farfetch ini menjadikan kami lebih maju dalam merebut masa depan pengguna mudah alih atasan China.  Kami tidak sabar untuk mengukuhkan hubungan kami dengan Farfetch dan jenama mewah dalam bulan-bulan dan tahun-tahun yang mendatang."

"Kami sangat berbangga dan teruja untuk mengumumkan perkongsian ini bersama Richard Liu dan JD.com," José Neves, Pengasas, Pengerusi Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Farfetch. "Negara China merupakan pasaran mewah kedua terbesar di dunia, dan kami gembira mempunyai rakan kongsi yang dihormati, yang terkenal dengan perlindungan IP yang ketat, untuk bersama-sama memberi perkhidmatan kepada pengguna mewah Cina. Perkongsian ini menangani cabaran pasaran dengan menggabungkan jenama dan susun atur Farfetch dengan skala dan pengaruh daripada syarikat gergasi e-dagang China yang terkemuka. Perkongsian strategik ini akan menyediakan jenama-jenama dengan akses segera yang lancar, kepada pengguna mewah dan memberikan pembeli mewah China akses kepada pemilihan barang mewah berbilang saluran yang terbesar sebagai satu cara hidup yang kini diterima sepenuhnya."

Berhubung kemasukan En. Liu ke dalam lembaga Farfetch, En. Neves menambah, "Saya berasa rendah hati dan berbesar hati kerana salah seorang usahawan Internet paling terkenal – Richard Liu – menyertai lembaga kami, di samping Dame Natalie Massenet dan Jonathan Newhouse, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Condé Nast International.  Kami berbesar hati kerana mendapat nasihat dan bimbingan guru e-dagang ternama China sebagai sebahagian daripada pasukan yang sangat berpengalaman kami, duduk semeja dengan perintis kemewahan dalam talian dunia dan salah seorang penerbit cemerlang dunia."

Nota Untuk Editor 

Rujukan kepada pasaran $80 bilion merujuk kepada pembelian domestik dan berkaitan perjalanan menggunakan angka yang bersumber daripada laporan Bain & Company yang bertajuk 'Luxury Goods Worldwide Market Study, Fall-Winter 2016'.

Latar Belakang JD.com, Inc. 

JD.com merupakan syarikat e-dagang terbesar di China, dan penjual runcit terbesar China, berdasarkan hasil. Syarikat berusaha menawarkan pengguna dengan pengalaman pembelian dalam talian yang terbaik. Menerusi laman sesawangnya yang mesra pengguna, aplikasi mudah alih natif, dan titik masuk WeChat dan Mobile QQ, JD menawarkan pengalaman membeli belah yang hebat. Syarikat memiliki infrastruktur pemenuhan pesanan terbesar bagi mana-mana syarikat e-dagang di China.  Setakat 31 Mac 2017, JD.com mengendali 7 pusat pemenuhan pesanan dan 263 gudang meliputi 2,672 wilayah dan daerah di seluruh China, dengan kakitangannya sendiri.  JD.com ialah ahli NASDAQ100 dan syarikat Fortune Global 500.

Latar Belakang Farfetch Group 

Farfetch ialah platform global bagi barangan mewah. Farfetch.com bekerjasama dengan lebih 700 butik dan jenama mewah terbaik dengan lokasi dari Tokyo hingga Toronto dan dari Milan ke Miami.  Model perniagaan yang unik ini menjamin rangkaian fesyen mewah yang tiada tandingan daripada jenama yang terkenal hinggalah kepada rekaan baharu yang paling menarik dan gaya yang tersendiri.

Farfetch Group terdiri daripada Farfetch.com, pasaran e-dagang bagi jenama mewah; Farfetch Black & White; penyelesaian e-dagang label putih bagi peniaga jenama mewah dan Store of The Future; suit penyelesaian perniagaan untuk mempertingkat perjalanan membeli belah pelanggan dengan menghubungkan dunia dalam dan luar talian.  Jenama ini juga menambah butik Browns London yang terkenal ke dalam portfolionya pada tahun 2015, yang berkhidmat sebagai inkubator bagi idea teknologi perniagaan runcit baharu.

Laman sesawang dan aplikasi Farfetch memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dalam 10 bahasa dengan pejabat-pejabat di 11 bandar di dunia.  Farfetch express menghantar barangan daripada lebih 700 rakan kongsi di 40 negara ke 190 negara di dunia dengan penghantaran hari yang sama di 10 bandar.

Pada bulan April 2017, Farfetch melancarkan Kedai ke Rumah dalam 90 Minit, menerusi kerjasama eksklusif dengan Gucci yang tersedia di 10 bandar merentasi 4 benua.

Pada bulan Jun 2017, syarikat mengumumkan perkongsian kandungan global dan perdagangan dengan Condé Nast, penyedia kandungan yang cemerlang, untuk mencipta pengalaman membeli belah editorial yang lancar, bermula dengan inspirasi hinggalah kepada kepuasan membeli belah.

Farfetch disokong oleh pelabur teknologi dan mewah terkemuka, IDG Capital Partners, Temasek, Eurazeo, DST Global, Index Ventures, Vitruvian Partners dan Condé Nast International.

http://www.farfetch.com @Farfetch

Source: Farfetch Group and JD.com, Inc.
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Fashion Internet Technology Retail Licensing/marketing agreements