omniture

Kemunculan Sulung Global Art of Conquest di HiGame berikan pemain antarabangsa akses pertama alami permainan

Huawei HiGame
2017-06-27 09:22 661

BEIJING, 27 Jun 2017 /PRNewswire/ -- 23 Jun 2017, Lilith Games memperkenalkan Art of Conquest bersama HiGame Huawei dalam keluaran secara global. Dengan keluaran ini, pemain di Timur Tengah dan Asia Tenggara akan dapat mengalami permainan dan menerima hadiah eksklusif dalam permainan.

Sorotan, Penilaian Sambutan dan Perakuan oleh Apple, Google dan Huawei

Selepas dedikasi yang tidak berbelah bahagi selama 3 tahun, Art of Conquest telah menjadi permainan strategi hasil pembangunan sendiri Lilith Game yang kedua, selepas Soul Hunters. Selepas pelancarannya pada 6 Jun, Art of Conquest menerima pujian daripada pelbagai media permainan. Lebih 140 negara, iOS dan Google Play memaparkan Art of Conquest pada halaman utama di bawah Cadangan Permainan Popular.

Sebagai satu permainan strategi masa sebenar mudah alih, Art of Conquest memaparkan grafik gaya Eropah dan Amerika yang tersendiri, teknik perlawanan yang unik, dan menyokong lebih 600 pertarungan bebas yang memberikan para pemain pengalaman "formasi sebelum pertarungan dan pertarungan masa sebenar" yang tidak pernah dialami sebelum ini. Selain itu, para pemain boleh mengumpul dan melatih lebih daripada 20 wira berbeza. Setiap satu dengan kemahiran dan kebolehan masing-masing, memberikan pengalaman strategik yang baharu.

Sejurus selepas penyepaduan, pengedaran global, Perkhidmatan Permainan Huawei akan Beroperasi dalam Talian Secara Senyap.

Selepas Apple dan Google, Huawei menjadi syarikat ketiga yang menyediakan platform untuk permainan dan aplikasi seluruh dunia. Huawei telah menyediakan servis untuk platform HiGame di luar negara dalam tempoh masa yang lama. Ia menyediakan pembangun dengan perkhidmatan penyepaduan permainan yang professional, mudah dan komprehensif. Ia juga mempunyai sokongan teknikal yang membolehkan pembangun mencapai penyepaduan pantas kepada pengedaran global dengan mudah. Menjelang 2017, perkhidmatan mereka dijangkakan merangkumi lebih 30 negara dan rantau di seluruh dunia.

Digabungkan dengan kelebihan global Huawei, HiGame Huawei menyediakan pembangun dengan banyak sumber dalam talian dan luar talian percuma. Pada tahun 2016, Huawei telah melepasi pertumbuhan purata industri dengan peningkatan sebanyak 29%, menghantar 139 juta unit telefon pintar. Perkhidmatan B2C Huawei memperoleh pertumbuhan keuntungan yang besar dengan mencapai pertumbuhan 100% di 40 negara. Ini termasuk liputan klientel HiGame, rangkaian pelbagai media rasmi Huawei, pemasaran telefon mudah alih, dan acara bersama dengan lokasi jualan di seluruh dunia. Mengambil Art of Conquest sebagai contoh, HiGame menyediakan sumber pemasaran yang banyak seperti sepanduk sisi klien, pemberitahuan tolak rasmi Facebook, tema telefon mudah alih Huawei, dan banyak lagi.

"Berdasarkan platform global Huawei dan kandungan berkualiti tinggi Lilith, kami percaya kemunculan sulung Art of Conquest di HiGame akan memberi hasil yang luar biasa," kata HiGame. "[Kami] juga akan menanda detik ini sebagai permulaan, untuk terus menyediakan sokongan teknikal, sokongan trafik dalam talian, dan operasi perniagaan, dengan harapan untuk mencapai suasana saling menang."

Latar Belakang HiGame Huawei

HiGame merupakan jenama global bagi pusat permainan Huawei. Sebagai pengedar permainan bagi pasaran Huawei, HiGame mempunyai liputan di seluruh rantau mudah alih global Huawei termasuk China, Asia Tenggara ,Timur Tengah, Eropah Barat, Amerika Latin dan Afrika.

Latar Belakang Lilith Games

Ditubuhkan pada Mac 2015, Lilith Games meningkat kukuh dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Berikutan kemunculan sulung yang mendapat sambutan hangat Soul Hunters mudah alih yang telah mewujudkan satu genre baharu, Lilith terus membawa gaya, kualiti, dan inovasi mereka ke pasaran permainan mudah alih, sekali lagi melonjakkan genre MMORTS ke hadapan dengan Art of Conquest.

Source: Huawei HiGame
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Internet Technology New products/services