omniture

Pusat Data Baharu ECMWF di Bologna, Itali menjelang 2019

ECMWF
2017-06-27 16:21 569

READING, England, 27 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Pengumuman pusat data baharu ECMWF akan ditempatkan di Bologna dibuat pada akhir sesi Majlis Pusat ini, badan pentadbirannya, yang turut terdiri daripada wakil-wakil semua Negara Ahlinya.

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

Usul Itali untuk menjadi tuan rumah pusat data Pusat ini telah dinilai sebagai sebahagian daripada pertandingan antarabangsa dan disepakati pada awal tahun ini sebagai yang terbaik dalam memenuhi keperluan ECMWF. Negara Ahli kemudiannya menyerahkan tugas kepada Ketua Pengarah Florence Rabier untuk berbincang dengan Kerajaan Itali dengan harapan memperoleh persetujuan peringkat tinggi bagi sesi Majlis kali ini.

Selepas perbincangan dan undian, wakil-wakil Negara Ahli ECMWF berpuas hati dengan persetujuan peringkat tinggi yang diusulkan oleh Itali dan meluluskan Bologna untuk menjadi tuan rumah bagi pusat data baharu ECMWF. Bangunan ini akan diserahkan kepada ECMWF menjelang 2019 dan akan menempatkan komputer super baharu Pusat ini, manakala ibu pejabat Pusat masih kekal di UK.

Dr Rabier mengulas:

"Saya berbesar hati Majlis kami telah mengambil keputusan untuk menyokong usul Itali untuk menjadi tuan rumah kepada pusat data baharu ECMWF. Kemudahan baharu ini akan membolehkan kami mempertingkat keupayaan pengkomputeran berprestasi tinggi ke tahap yang diperlukan untuk maju dalam sains cuaca. Proses pembuatan keputusan mengambil masa yang lama dan memerlukan penelitian dan ada ketikanya ia sukar, serta kami sudahpun mengalami kelewatan yang boleh memberi impak kepada keupayaan pengkomputeran kami dalam tempoh dua tahun akan datang. Kami amat berterima kasih kepada semua Negara Ahli, yang telah mengambil berat memastikan kepentingan ECMWF kekal terpelihara. Sudah tentulah saya mengucapkan terima kasih khusus kepada pihak berkuasa Itali, yang telah bertungkus lumus tanpa mengenal penat lelah demi memastikan usul mereka memenuhi semua kriteria keperluan. Mempunyai ibu pejabat di UK dan pusat data di Itali akan menjadi satu pengalaman baharu yang akan menggambarkan dengan sempurna sifat antara kerajaan ECMWF."

Presiden Majlis, Profesor Miguel Miranda, menambah:

"Ramalan cuaca dalam setiap Negara Ahli, dan seterusnya, bergantung kepada kesinambungan ECMWF dalam menghasilkan dan menghantar ramalan berangka terbaik di dunia. Keputusan hari ini akan membolehkan Pusat untuk mula merancang dengan teliti perolehan sistem pengkomputeran supernya yang akan datang.

Bagi pihak Majlis Negara Ahli, saya ingin menyertai Ketua Pengarah dalam menzahirkan rasa terima kasih kami kepada semua Negara Ahli yang telah mengambil bahagian secara aktif dalam proses ini.  Pusat data baharu akan ditempatkan di Itali, dengan sokongan besar daripada kerajaan dan rantau Emilia Romagna. Masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan bagi memastikan premis-premis ini sesuai untuk tujuannya dalam masa dua tahun, dan kami kagum dengan kesungguhan dan kegigihan pasukan Itali dalam projek setakat ini. 

ECMWF merupakan satu contoh negara-negara Eropah mengumpulkan sumber mereka untuk mencapai hasil yang terbaik. ECMWF diwujudkan 40 tahun dahulu dan terdapat cabaran besar dalam dunia hari ini yang terkesan dengan perubahan iklim."

"Keputusan ini – kata Menteri Alam Sekitar Itali Gian Luca Galletti – merupakan kejayaan besar bagi Itali.  Pusat data baharu di Bologna akan membolehkan ECMWF meneruskan usaha pentingnya dalam mengkaji fenomena cuaca sebagai elemen strategik untuk kemajuan ekonomi mapan dan keselamatan penduduk. Kini Bologna berada di tengah-tengah cabaran alam sekitar global.  Ia akan meningkatkan kemahiran, keupayaan untuk menginovasi, kutub data alam sekitar yang menarik yang merupakan warisan bandar ini. Inilah hasil – kata Galletti – kerja berpasukan banyak institusi Itali, seperti Kementerian Alam Sekitar, Pendidikan, Pertahanan, Hal Ehwal Luar, Ekonomi dan Kewangan, Rantau Emilia Romagna bersama Presiden Stefano Bonaccini, perbandaran Bologna bersama Major Virginio Merola, dan Alma Mater University  bersama rektor Francesco Ubertini.Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pengarah Rabier dan Presiden Miranda ECMWF, serta semua Negara Ahli: ini merupakan satu tanggungjawab yang sudah pasti akan dilaksanakan oleh Bologna."

Strategi sepuluh tahun ECMWF yang mula digunakan pada tahun 2016 menetapkan matlamat yang tinggi bagi pemodelan sistem Bumi pada resolusi tinggi. Ia menetapkan sasaran jarak grid sebanyak 5 km bagi ramalan ensembel menjelang 2025, mengecilkannya berbanding 18 km sekarang. Langkah pertengahan ialah pelaksanaan ensembel 9 km pada tahun 2020-2021. Peningkatan resolusi ini memerlukan kemudahan pengkomputeran berprestasi tinggi baharu dengan keupayaan pengkomputeran sehingga sepuluh kali lebih tinggi daripada apa yang tersedia bagi ECMWF sekarang, sebahagiannya akan diperoleh menerusi pertambahan pemproses. Kemudahan baharu di Bologna akan memberikan kami kefleksibelan untuk menempatkan teknologi terkini dalam pengkomputeran super.

Nota kepada editor 

Pusat Ramalan Cuaca Julat Pertengahan Eropah (ECMWF) merupakan organisasi antara kerajaan yang bebas dan disokong oleh 34 buah negara, ditubuhkan pada tahun 1975. Misi teras ECMWF ialah menghasilkan ramalan cuaca berangka, menjalankan kajian saintifik dan teknikal untuk meningkatkan kemahiran ramalan, dan mengekalkan arkib data meteorologi.

Sumber: ECMWF

Source: ECMWF
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Corporate Expansion