omniture

Perhimpunan Nobel Cuba Perlekeh Saman Dr. Rongxiang Xu

Mebo International
2013-03-28 01:56 193

LOS ANGELES, 27 Mac 2013 /PRNewswire/ -- Pada 14 Mac 2013,  The Scientist Magazine memetik ulasan daripada seorang jurucakap Perhimpunan Nobel, yang menyatakan saman Dr. Rongxiang Xu terhadap mereka adalah "tidak masuk akal". Pada dasarnya, saman Dr. Xu menggesa Perhimpunan Nobel untuk menjelaskan sama ada potensi manusia untuk melakukan pertumbuhan semula adalah bersifat semulajadi atau mesti dicipta secara tiruan, seperti yang dinyatakan dalam pengumumannya semasa menyampaikan Anugerah Nobel 2012 dalam Fisiologi atau Perubatan. Dr. Xu memfailkan saman beliau terhadap Perhimpunan Nobel pada bulan Disember 2012.

(Gambar:  http://photos.prnewswire.com/prnh/20130326/LA83057)

Menurut jurucakap Dr. Xu, dakwaan bahawa saman itu dianggap tidak masuk akal oleh Perhimpunan itu adalah sesuatu yang menghairankan. Saman tersebut difailkan terhadap Perhimpunan Nobel untuk memperjelaskan maklumat saintifik penting yang dipercayai Dr. Xu telah disalah nyatakan dalam pengumuman Anugerah Nobel 2012 mereka. Tujuan Dr Xu memfailkan saman itu bukanlah kerana menuntut Anugerah tersebut untuk dirinya sendiri, tetapi untuk memperbetulkan kesalahan yang terdapat dalam kenyataan Perhimpunan Nobel tersebut. Dr. Xu berpendapat kesalahan tersebut bukan sahaja menimbulkan keraguan terhadap kajian sains Dr. Xu, tetapi juga melibatkan keselamatan dan kesihatan orang ramai di seluruh dunia. Oleh itu motivasi bagi saman tersebut sesungguhnya bukanlah sesuatu yang tidak masuk akal.

Satu lagi sebab mengapa saman tersebut dikemukakan adalah kerana Perhimpunan Nobel terlalu berkuasa bagi seorang individu tunggal membetulkan kesalahnyataan mereka tanpa bantuan sistem perundangan. Dalam kes-kes serupa sebelumnya, Dr. Xu telah memerhatikan bahawa banyak saintis yang cuba mempengaruhi keputusan Perhimpunan Nobel telah gagal berbuat demikian.  Maka tindakan perundangan untuk tujuan ini telah menjadi satu keperluan.

Kajian sains pemulihan regeneratif Dr. Xu telah berkali-kali membuktikan bahawa potensi regeneratif manusia adalah semulajadi. Bagi menyokong kenyataan ini, kenyataan akhbar terbaru Dr. Xu menyertakan keputusan grafik yang menunjukkan pemulihan regeneratif in situ bagi jari yang terputus. Imej dalam kenyataan akhbar tersebut menunjukkan penghapusan tisu parut oleh potensi regeneratif semula jadi badan, yang mengesahkan lagi pendekatan semulajadi berbanding tiruan.

Walaubagaimanapun, Perhimpunan Nobel menganugerahkan Anugerah itu kepada saintis yang cuba menghasilkan potensi regeneratif itu secara tiruan, yang dipercayai Dr. Xu bukan sahaja pendekatan yang kurang baik, tetapi juga mungkin sangat merbahaya. Sekiranya dakwaan Dr. Xu benar, pengumuman Perhimpunan Nobel dan anugerah itu akan menghalang kemajuan kajian sains hayat.

Plaintif, Dr. Xu diwakili oleh Ardent Law Group di California (nombor kes 30-2012-00615804).

Hubungi:
Jane Westgate
+1.336.209.9276 
jane@westgatecom.com

Cheryl Riley
+1.703.683.1798
cheryl@westgatecom.com

Source: Mebo International
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Legal issues