omniture

ZTE dan China Mobile tonjol senario eMBB 5G di ujian lapangan 5G secara langsung

ZTE Corporation
2017-06-29 08:59 737

SHENZHEN, China, 29 Jun 2017 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia utama bertaraf antarabangsa bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet Mudah Alih, hari ini mengumumkan di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) Shanghai tentang pelancaran ujian lapangan 5G secara langsung di Guangdong, digunakan dengan China Mobile, dan memperlihatkan senario pengalaman pengguna Jalur Lebar Mudah Alih 5G (eMBB) yang dipertingkat kepada dunia.

Kadar ultra tinggi dalam liputan rangkaian 5G berfrekuensi rendah telah didemonstrasikan secara langsung di acara ini. Pada jalur lebar 100 MHz, kadar pengguna tunggal mencecah 2Gbps.

China Mobile dan ZTE menjalankan ujian lapangan 5G di Guangzhou University Town, yang merupakan salah satu senario tinggi trafik paling biasa dan juga merupakan 'lapangan ujian rintis' utama bagi meningkatkan pengalaman pengguna dalam senario eMBB 5G. Produk stesen pangkalan NR 3.5GHz ZTE digunakan dalam ujian lapangan 5G di Guangzhou. Bagi peringkat seterusnya, ujian perangkaian pelbagai kawasan akan digunakan bagi menguji liputan tanpa wayar, daya pemprosesan, mobiliti, kelewatan dan penunjuk rangkaian 5G yang lain.

Sebagai salah satu rakan strategik 5G China Mobile, ZTE memberi respons secara aktif terhadap keperluan strategik 5G China Mobile dengan menyediakan rangkaian penuh produk, termasuk rangkaian akses radio 5G (RAN) dan rangkaian teras maya (VCN). Selain itu, ZTE telah menyediakan sokongan penuh dalam bidang penyelidikan terhadap teknologi-teknologi utama, definisi spesifikasi produk dan pengujian rangkaian rintis demi menjamin pemenuhan tujuan strategik.

Bai Yanmin, pengurus besar produk TDD dan 5G ZTE berkata: "Ujian lapangan 5G yang bersama-sama dijalankan oleh Guangdong Mobile dan ZTE ini menunjukkan ZTE telah mengambil langkah ke hadapan dan memainkan peranan penting dalam memacu evolusi 5G daripada ujian makmal hingga penggunaan komersial. Pelbagai teknologi penting, penyelesaian dan model rangkaian akan disahkan dalam rangkaian rintis ini. Melalui ujian lapangan yang terperinci, kami dapat menemui dan menyelesaikan masalah yang mungkin timbul dan mendapat lebih banyak pengalaman untuk penggunaan 5G komersial secara besar-besaran pada masa depan."

ZTE dan China Mobile telahpun menjalin kerjasama meluas dalam bidang 2G, 3G dan 4G, apatah lagi dalam bidang 5G. Pada tahun 2016, ZTE menandatangani memorandum kerjasama strategik 5G dengan China Mobile, dan stesen asas MIMO Besar-besaran Pra5G ZTE yang inovatif digunakan dalam rangkaian China Mobile sedia ada. Pada bulan Februari 2017, ZTE, Qualcomm dan China Mobile bersama-sama mengumumkan bahawa ketiga-tiganya merancang untuk menjalankan ujian antara operasi berasaskan spesifikasi NR 5G dan ujian lapangan melalui udara (OTA) bagi memudahkan pengesahan pantas berskala besar dan pengkomersialan teknologi NR 5G.

ZTE memainkan peranan penting dalam pengesahan teknologi 5G dan pembangunan produk 5G. Dengan mengguna pakai pembangunan 5G sebagai strategi terasnya, ZTE dijangka untuk melabur berbilion-bilion dolar dalam penyelidikan & pembangunan (R&D) 5G sebelum menjelangnya tahun 2018, dan menggaji lebih 2,000 jurutera R&D 5G seluruh dunia. ZTE sentiasa mempromosikan standard 5G. Pada tahun 2017, ZTE memulakan dan memainkan peranan utama dalam projek akses berbilang bukan ortogon (NOMA), satu projek teras NR 5G.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi M-ICT ZTE, syarikat komited menyediakan pengguna dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada hasil tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.  

Maklumat Perhubungan Media:

Margrete Ma

Daniel Beattie

ZTE Corporation

AxiCom

Tel: +86-755-2677-5207

Tel: +44 (0)20 8392 8071

Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Emel: daniel.beattie@axicom.com

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news