omniture

ZTE Umum Penyelesaian Bersepadu 5G Pacu Pengkomersialan 5G

ZTE Corporation
2017-06-30 01:28 693

SHENZHEN, China, 30 Jun 2017 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia utama bertaraf antarabangsa bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet Mudah Alih, hari ini mengumumkan ketersediaan penyelesaian bersepadu 5G, satu suit penyelesaian komprehensif untuk akses tanpa wayar 5G, rangkaian teras dan rangkaian pembawa bagi membantu pengendali mempercepat pengaturan rangkaian komersial 5G.

Penyelesaian bersepadu 5G ZTE, yang menggunakan reka bentuk seni bina rangkaian berasaskan awan sepenuhnya, menyediakan pelanggan dengan infrastruktur rangkaian 5G bersepadu bagi mendorong inovasi model perkhidmatan dan perniagaan, dan akan menawarkan sokongan kepada piawaian industri 5G sewaktu ia berkembang. Pelancaran penyelesaian bersepadu 5G ini berlaku serentak dengan persidangan Kongres Mudah Alih Dunia Shanghai 2017 minggu ini.

Dayakan perkhidmatan baharu untuk nilai perniagaan

Fungsi hirisan rangkaian yang dirangkumkan dalam penyelesaian bersepadu 5G ZTE menyokong pelbagai perkhidmatan dan senario aplikasi, serta berupaya beradaptasi dengan model perniagaan yang luas untuk pengendali dan vertikal industri. Pembangunan aplikasi gelung tertutup dan sistem operasi berasaskan DevOps memudahkan pelancaran dan pengaturan perkhidmatan dengan pesat, membolehkan pengendali mempercepatkan usaha inovasi perkhidmatan dan pertumbuhan perniagaan.

Seni bina awan yang anjal pada penyelesaian bersepadu 5G ZTE membolehkan pengendali membangunkan rangkaian terbuka dengan akses tanpa wayar, rangkaian teras dan rangkaian pembawa, kesemuanya berdasarkan seni bina SDN, membolehkan pengendali menjana nilai baharu daripada operasi mereka.

Seni bina anjal galakkan nilai rangkaian

Penyelesaian RAN 5G yang utama dalam industri menyokong penyepaduan antara semua jalur dan berbilang mod akses, dan menggalakkan operasi berbilang rangkaian untuk disesuaikan dengan pelbagai aplikasi rangkaian 5G. Rangkaian teras Cloud ServCore adalah berdasarkan seni bina perkhidmatan natif awan, dengan fungsi rangkaian dan keupayaan tentuan pengguna bagi memenuhi keperluan pembangunan, pengujian, pelancaran dan lelaran berterusan. Rangkaian pembawa Flexhaul 5G ZTE menyediakan kapasiti yang anjal dan besar bagi tujuan transmisi dengan tahap kependaman ultra rendah dan pelarasan sumber rangkaian dinamik berasaskan SDN, yang diperlukan oleh rangkaian pembawa 5G kalis masa depan yang anjal, cekap dan bersepadu.

Evolusi lancar lindungi nilai pelaburan

Penyelesaian bersepadu 5G ZTE memudahkan evolusi lancar daripada 4G kepada 5G demi melindungi pelaburan pengendali dalam rangkaian sedia ada. Penyelesaian MIMO Besar Pra5G ZTE yang utama dalam industri menggunakan teknologi-teknologi 5G utama dalam rangkaian 4G sedia ada, dan menyokong penaiktarafan perisian yang lancar kepada 5G. Seni bina teknologi yang kalis masa depan dengan platform perkakasan sejagat Cloud RAN dan Cloud Works terus menjamin sokongan terhadap piawaian 5G sebenar sewaktu ia berkembang.

Selaku peneraju global dalam segmen penyelidikan dan pembangunan rangkaian 5G, ZTE memacu inovasi rangkaian generasi akan datang yang menggabungkan antara teknologi bertaraf dunia dengan pemahaman mendalam tentang keperluan perniagaan pihak pengendali. ZTE komited untuk menjadi peneraju industri dalam pembangunan teknologi 5G, termasuk konsep baharu yang bersifat inovatif, teknologi dan seni bina, selain memacu pengkomersialan 5G dengan lebih pantas melalui proses pengesahan dan pengujian yang menyeluruh. ZTE mementingkan perkongsian dan kolaborasi dengan pembangun huluan dan hiliran bagi mempercepatkan permulaan era 5G.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited menyediakan pengguna dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada hasil tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Maklumat Perhubungan Media:

Margrete Ma

Mark Lee

ZTE Corporation

Cohn & Wolfe

Tel: +86 755 26775207

Tel: +852 36651008

Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Emel: mark.lee@cohnwolfe.com

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services