omniture

Pembentangan XCMG di Intermat ASEAN 2017 Peroleh Pesanan Bernilai Jutaan Dolar

XCMG
2017-06-30 09:09 623

BANGKOK, 30 Jun 2017 /PRNewswire/ -- XCMG telah kembali dari Intermat ASEAN 2017 ("Intermat") di Bangkok, Thailand bersama hasrat pesanan daripada kontraktor, agensi kerajaan dan pembangunan dengan nilai gabungan bernilai hampir US$ 100 juta, memperlihatkan capaian pasaran selanjutnya dalam pasaran Asia Tenggara.

Satu-satunya pengilang jentera pembinaan Cina yang diundang mengadakan pameran di Intermat, XCMG mengagumkan pelanggan baharu dan bakal pelanggan dari seluruh dunia dengan produk terkininya serta komitmen piawaian emas syarikat iaitu "Termaju dan Lasak."

Hu Xiangyang, naib pengurus besar Import & Eksport XCMG, berucap dalam majlis perasmian Intermat tentang kekukuhan kedudukan XCMG dalam pasaran Thailand selain prospek baharu yang dibawakan oleh Inisiatif Jalur dan Jalan (B&R) China, satu strategi pembangunan kerajaan Cina yang dilancarkan tiga tahun lalu, bagi mewujudkan "Jalan Sutera" baharu yang menghubungkan negara-negara di serata Asia dan Afrika.

"B&R telahpun membantu memberikan hasil yang hebat di Thailand menerusi pelaburan yang baru-baru ini ditingkatkan oleh kerajaan Thailand dalam pembinaan infrastruktur membawakan peluang baharu untuk pengilang jentera pembinaan. Selain terus mengembangkan bahagian pasaran trak perlombongan, jentera angkut, kren dan pelantar penggerudian di Thailand, XCMG merancang untuk membawakan lebih banyak produk yang dapat menyokong projek-projek infrastruktur utama seperti landasan kereta api China-Thailand, rel ringan bandar dan juga perluasan lapangan terbang," kata beliau.

Pada tahun 2016, syarikat mengembangkan bahagian pasarannya di 48 daripada 65 B&R dengan hasil eksport menyumbang sebanyak 75 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Sejak menembusi pasaran Thailand pada tahun 1990-an, jenama XCMG mendapat pujian tinggi daripada syarikat-syarikat pembinaan tempatan hasil kualiti produk yang andal dan perkhidmatannya yang pantas. Tatkala syarikat merancang dengan teliti matlamat baharu sebagai respons kepada BRI, XCMG komited untuk berpegang pada nilai terasnya dalam memikul tanggungjawab besar dan mencipta pencapaian hebat.

"XCMG berdedikasi untuk mengilangkan jentera pembinaan berkualiti tinggi yang dapat bersaing dengan jenama-jenama terbaik di dunia. Kami tidak sabar-sabar untuk membantu Thailand dengan program pembinaan infrastrukturnya yang akan merangsang pembangunan ekonomi dan membina jambatan, secara literal dan figuratif, yang dapat mengukuhkan kerjasama pada semua peringkat," kata Hu.

Latar Belakang XCMG:

XCMG ialah sebuah syarikat pembuatan jentera berat multinasional dengan sejarah selama 74 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan kesembilan dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat ini juga mengeksport ke lebih 177 negara dan rantau di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan Instagram.

Source: XCMG
Related Links:
Keywords: Auto Banking/Financial Service Transportation Contracts Trade show news