omniture

Fragrance Du Bois Berpindah ke Orchard Road - Jenama Pindahkan Butik Utama ke Scotts Square

Fragrance Du Bois
2017-06-30 10:23 724

SINGAPURA, 30 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Syarikat minyak wangi mewah Perancis, Fragrance Du Bois, telah memindahkan butik utama Singapura dari The Fullerton Hotel Singapore, ke tengah-tengah daerah beli belah Orchard Road di Scotts Square. Terletak dalam kedudukan strategik, Scotts Square berada di antara Marriott Tang Plaza Hotel dan Grand Hyatt, di syurga pembeli ultra anggun di Scotts Road.

Butik utama Fragrance Du Bois di Scotts Square
Butik utama Fragrance Du Bois di Scotts Square

Selepas tiga kejayaan butik 'pop-up' di TANGS yang terletak di Tang Plaza dan Robinsons Heeren, penempatan semula ini merupakan langkah strategik untuk jenama ini, memandangkan ia dapat mendekati kumpulan pelanggan arif dan sofistikated yang lebih ramai di tempat membeli belah terunggul Singapura.

Bertujuan untuk terus meningkatkan pengalaman membeli belah pelanggannya, butik ini mempunyai ruang runcit berkeluasan 807 kaki persegi, dengan susun atur baharu, namun dengan reka bentuk dalaman berwarna hitam dan emas yang biasa dilihat dan istimewa, yang mencirikan etos jenama ini dalam mencipta semula elemen kemegahan serta suasana salun Paris yang klasik.

"Penempatan semula ini ialah satu langkah biasa yang seterusnya dalam matlamat perluasan kami, dan juga merupakan satu lagi langkah positif ke arah penyelarasan strategi global jenama ini," kata Nicola Parker, Pengarah Jenama Fragrance Du Bois. "Dalam tempoh tiga tahun sejak kami membuka pintu kami di The Fullerton Hotel, kami bukan sahaja dapat menyaksikan peningkatan jumlah pelanggan yang begitu meminati minyak wangi, tetapi juga pelanggan yang tercari-cari produk yang unik dan berkualiti tinggi yang dapat menjadikan mereka menonjol di khalayak."

"Bersama-sama jenama-jenama berdekatan kami di tempat baharu seperti Hermes, Christian Louboutin, Delvaux and Alexander McQueen, kami percaya Scotts Square ialah lokasi terbaik buat kami, dan merupakan padanan yang amat sempurna," simpul Parker. "Tempat ini begitu sinonim dengan jenama-jenama mewah dan pemindahan ini membolehkan kami untuk mendekati lebih ramai pelanggan, dan menyediakan mereka dengan pengalaman membeli belah yang luar biasa. Hakikatnya, inilah ciri sebenar Orchard Road."

Lokasi VIP serba baharu Fragrance Du Bois
Lokasi VIP serba baharu Fragrance Du Bois

Dibangunkan untuk membangkitkan dan merangsang persepsi deria individu, lokasi VIP serba baharu ini diperkenalkan dalam butik baharu, yang mana tetamu akan diundang untuk menyelami pengalaman unik perundingan diperibadikan bersama pakar minyak wangi. Pembuat minyak wangi dalaman di Fragrance Du Bois akan membimbing pelanggan menelusuri dunia minyak wangi khas, dan akan membolehkan pelanggan menawan imaginasi masing-masing dengan mengesyorkan adunan minyak wangi yang dapat mengekspresikan personaliti unik individu tersebut.

Selain rangkaian minyak wangi Fragrance Du Bois yang mempesonakan, butik ini turut menawarkan pengalaman minyak wangi yang hebat dan mendalam, dengan seleksi jenama-jenama terkenal yang lain seperti Xerjoff, Jovoy, Parfums de Marly, Sospiro dan Jeroboam, antara lainnya.

Rangkaian minyak wangi Fragrance Du Bois yang mengagumkan ini kini disediakan di 12 bandar seluruh dunia, dengan Geneva, Singapura, Kuala Lumpur, Bangkok, Paris, Zurich, Marbella, Hong Kong, Doha, Milan dan Los Angeles, kini ditambah menerusi pembukaan terkini di London, dengan kerjasama Jovoy – 'Kedutaan Minyak Wangi Luar Biasa'.

Butik Singapura Fragrance Du Bois terletak di Scotts Square, #01-11, 6 Scotts Rd, Singapura 228209, dan dibuka setiap hari, dengan waktu operasi yang dipanjangkan mulai jam 10 pagi hingga 9.30 malam.

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Samantha Tham 
Pengurus Pemasaran, Fragrance Du Bois
Emel: samantha.tham@fragrancedubois.com 
Tel: +65 9144 0933

Latar Belakang Fragrance Du Bois

Fragrance Du Bois ialah sebuah syarikat minyak wangi khas yang mewah, dihasilkan daripada sari pati alam semula jadi yang terkaya, dibuat oleh pakar minyak wangi generasi kelima daripada tradisi Grasse, Perancis pada abad ke-17. Bahan utama di sebalik ciptaan kesemua produk Fragrance Du Bois ialah minyak Oud kami yang istimewa, yang bersifat tersendiri dan unik. Kesemua minyak Oud yang digunakan oleh Fragrance Du Bois dihasilkan sendiri di ladang yang diurus secara lestari dengan jaminan perolehan bahan yang beretika dan mampan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170629/1887925-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170629/1887925-1-b

Source: Fragrance Du Bois
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail