omniture

Elbphilharmonie Hamburg sebagai Pentas Dunia Politik: Pemimpin Politik Bertemu di Mercu Tanda Baharu Hamburg Sebahagian daripada Sidang Kemuncak G20

Hamburg Marketing GmbH
2017-06-30 13:46 806

HAMBURG, Jerman, 30 Jun 2017 /PRNewswire/ --

Sidang kemuncak tahunan bagi ketua-ketua negara dan kerajaan G20 tahun ini bakal berlangsung di bandar pelabuhan utara Hamburg Jerman pada 7 dan 8 Julai. Selain lokasi-lokasi di tempat pameran Hamburg Messe, dewan konsert baharu Hamburg, "Elbphilharmonie" akan turut memainkan peranan istimewanya, Bangunan ini, iaitu mercu tanda baharu Hamburg, mula dibuka pada bulan Januari lalu. Dalam konteks sidang kemuncak, Canselor Jerman Angela Merkel mengundang ketua-ketua negara dan kerajaan selain para perwakilan daripada organisasi-organisasi yang mengambil bahagian ke konsert pada malam hari pertama berlangsungnya sidang kemuncak ini.

generated by system

generated by system

Berikutan acara pembukaan yang mengagumkan pada Januari lalu, Elbphilharmonie sekali lagi akan menjadi tumpuan antarabangsa. Dengan dewan konsert yang akan menjadi tumpuan budaya baharu Jerman, Canselor Merkel, seorang peminat muzik klasik, memastikan beliau mengundang para peserta G20 bagi menghadiri perhimpunan tidak rasmi di dewan konsert unik ini yang terletak betul-betul di pelabuhan. Para tetamu akan terdiri daripada Presidan AS Trump, Presiden Putin dari Rusia, Presiden Perancis Macron, Presiden China Xi Jinping, Perdana Menteri UK May, Perdana Menteri Jepun Abe, Presiden Suruhanjaya Eropah Juncker dan Setiausaha Agung PBB-Guterres – selain kesemua pemimpin politik lain yang mengambil bahagian berserta sejumlah tetamu undangan yang lain. Kesemua orang kenamaan ini akan menghadiri konsert oleh Hamburg Philharmonic State Orchestra di bawah pimpinan konduktor AS Kent Nagano, Pengarah Muzik Am orkestra tersebut. Konsert itu juga akan diikuti dengan majlis makan malam bersama untuk kalangan pemimpin politik di Dewan Resital Elbphilharmonie.

Karya muzik yang akan dipersembahkan ialah Symphony No. 9 Beethoven. Orkestra ini, sejumlah besar pemain solo dan Koir Hamburg-State-Opera akan menjemput para tetamu antarabangsa mereka untuk mengalami suasana unik dan akustik terbaik di Dewan Besar tersebut. Sewaktu ia berlangsung, "Ode to Joy" Beethoven daripada babak terakhir Symphony No. 9 dimainkan semasa konsert pembukaan Elbphilharmonie pada bulan Januari 2017. Pada tahun 1985, Komuniti Eropah menjadikan oda ini sebagai Lagu Kebangsaan Eropah. Ia dipilih kerana oda ini meraikan nilai-nilai dan perpaduan di sebalik kepelbagaian yang mereka kongsi bersama.

Namun begitu, bukan sahaja program konsert, tetapi juga Elbphilharmonie itu sendiri ditakdirkan menyumbang terhadap sidang kemuncak tahun ini - sebagai tumpuan budaya moden, ruang demokrasi dan "lokasi untuk semua". Dengan melibatkan Elbphlharmonie dalam program sidang kemuncak G20, Kerajaan Persekutuan Jerman dan Bandar Hamburg menyampaikan pesanan budaya yang hebat. Maklumat lanjut: http://www.elbphilharmonie.de.

Hubungi:

Hamburg Marketing GmbH
Guido Neumann
+49-40-300-51-580
guido.neumann@marketing.hamburg.de
http://www.mediarelations.hamburg.de

Sumber: Hamburg Marketing GmbH

Source: Hamburg Marketing GmbH
Keywords: Banking/Financial Service