omniture

Shisen Hanten by Chen Kentaro ialah restoran Cina bertaraf Michelin tertinggi Singapura buat tahun kedua berturut-turut

Mandarin Orchard Singapore
2017-07-01 03:55 931

SINGAPURA,1 Julai, 2017 /PRNewswire/ -- Shisen Hanten by Chen Kentaro di Mandarin Orchard Singapore telah dianugerahkan dua bintang dalam Michelin Guide Singapore 2017, mengekalkan kedudukan peneraju sebagai restoran Cina bertaraf Michelin tertinggi di Singapura buat tahun kedua berturut-turut.

Cef Eksekutif Shisen Hanten Chen Kentaro bersama bapa beliau, selebriti Iron Chef Chen Kenichi
Cef Eksekutif Shisen Hanten Chen Kentaro bersama bapa beliau, selebriti Iron Chef Chen Kenichi

 

Shisen Hanten by Chen Kentaro membuat penampilan sulung di Singapura pada tahun 2014, produk daripada legasi kulinari yang membanggakan, bermula dengan penubuhan restoran Szechwan pertama Jepun pada tahun 1958 oleh Chen Kenmin yang dianggap sebagai "Bapa masakan Szechwan di Jepun."

Cef Eksekutif Chen Kentaro, cucu Chen Kenmin dan anak lelaki selebriti Iron Chef Chen Kenichi yang digelar "Mahaguru Szechwan," berbangga kerana dapat merealisasikan visi datuk beliau untuk menyumbang kepada penghargaan yang lebih tinggi terhadap masakan Szechwan melalui hidangan istimewa Shisen Hanten.

"Untuk tersenarai dalam kedudukan elit bagi tempat makan terbaik di dunia adalah suatu impian yang menjadi kenyataan," kata Cef Kentaro. "Saya semakin mendapat inspirasi untuk terus meningkatkan standard Shisen Hanten dan memberi impak di Singapura yang yang mempunyai persekitaran menjamu selera yang amat kompetitif."

"Saya berkongsi pencapaian yang membanggakan ini dengan pasukan di Shisen Hanten dan Mandarin Orchard Singapore, serta para pelanggan setia kami yang sentiasa bermurah hati dari segi persahabatan dan sokongan mereka."

Panduan Michelin yang terkenal di seluruh dunia bermula sejak seabad lalu, dengan penghormatan bintang yang amat disanjungi ini dianugerahkan setiap tahun oleh pemeriksa dari negara-negara berbeza yang tidak memperkenalkan diri mereka menilai restoran-restoran di serata dunia.

Meskipun formula yang tepat untuk membuat senarai yang amat menjadi rebutan ini kekal menjadi rahsia Michelin yang dikawal ketat, para pemeriksa diketahui mendasarkan penilaian mereka menurut lima kriteria: kualiti bahan-bahan yang digunakan, penguasaan rasa dan teknik-teknik memasak, personaliti cef terhadap masakannya, nilai untuk wang dan ketekalan antara pemeriksaan.

Penarafan dua bintang ini dijelaskan dalam panduan tersebut sebagai "Masakan luar biasa, berbaloi mengunjunginya."

Shisen Hanten by Chen Kentaro meraikan tujuh rasa asas masakan Szechwan: masam, pedas, panas, manis, pahit, beraroma dan masin. Masakan kegemaran istimewa yang tidak boleh dilepaskan termasuk Mapo Doufu Chen, Mi Sup Pedas Asli Chen, Filet Ikan Stew dengan Cili Merah Szechwan Pedas, dan Ayam Goreng dengan Cili Merah Szechwan Pedas. Turut disenaraikan dalam menu ialah seleksi hidangan klasik Kantonis asli yang enak, berserta hidangan istimewa yang diperkenalkan baru-baru ini.

Untuk maklumat lanjut tentang Shisen Hanten by Chen Kentaro, layari www.shisenhanten.com.sg.

Maklumat Perhubungan Media:

Francine Loh
Eksekutif, Komunikasi Pemasaran
Mandarin Orchard Singapore, by Meritus
T +65 6831 6140
M +65 9168 2740
francine.loh@meritushotels.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170630/1888939-1
Logo -
http://photos.prnasia.com/prnh/20160616/8521603966LOGO  

Source: Mandarin Orchard Singapore
Keywords: Food/Beverages Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Awards