omniture

Nobu Hotel Diperkenal di London Dan Ibiza

Nobu Hospitality
2017-07-01 09:49 622

NEW YORK, Julai 1, 2017 /PRNewswire/ -- Nobu Hospitality, sebuah syarikat yang diasaskan oleh Cef Nobu Matsuhisa yang terkenal, pemenang Anugerah Academy Robert De Niro, dan penerbit Hollywood Meir Teper, dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan dua Nobu Hotel Eropah pertama di London & Ibiza.

Nobu Hotel Shoreditch London
Nobu Hotel Shoreditch London

Nobu Hotel Shoreditch London, terletak di bahagian kesenian London, menawarkan 148 bilik tamu dan suit, ruang untuk majlis istimewa dan mesyuarat serta Nobu Restaurant and Bar terkini di London. Direka agar sesuai dengan kerancakan di Shoreditch, Nobu Hotel and Restaurant baharu kami terhasil daripada sensasi kreatif dan perindustrian di kawasan ini.

Nobu Hotel Ibiza Bay tidak seperti tempat-tempat lain di Ibiza. Di tepian pantai Talamanca Bay, resort ini menyediakan 152 bilik tamu dan suit, dua kolam tepi laut peribadi, Nobu Restaurant Ibiza baharu, selain restoran-restoran lain, spa dan juga butik membeli belah. Reka bentuknya memperlihatkan gaya mewah tanpa alas kaki yang mengagumkan, direka untuk pasangan dan juga kaum keluarga.

"Kami amat berbangga dapat membuka Nobu Hotel Shoreditch dan Nobu Hotel Ibiza Bay, yang setiap satunya mempunyai rakan kongsi dengan wawasan yang hebat dan kesungguhan untuk mencipta sesuatu yang berbeza dan istimewa," kata Trevor Horwell, Ketua Pegawai Eksekutif Nobu Hospitality. "Dengan pembukaan di London dan Ibiza, kami akan meneruskan pertumbuhan Eropah kami menerusi rancangan kami untuk mengumumkan Nobu Hotel istimewa yang seterusnya di lokasi-lokasi berbeza."

Latar Belakang Nobu Hospitality

Dinamakan sebagai salah satu daripada 25 Jenama Paling Inovatif yang mewah oleh Robb Report, Nobu Hospitality tersenarai dalam kalangan pilihan elit bagi jenama mewah global. Perkembangan semula jadi Nobu Hospitality terbina melalui perkhidmatan, imej dan reputasi, menawarkan spektrum lengkap pengurusan hotel serta restoran untuk projek-projek unik di seluruh dunia. Dimiliki oleh Nobu Matsuhisa, Robert De Niro dan Meir Teper, dengan operasi-operasi meliputi lima benua, jenama Nobu berkembang di ibu kota dunia sebagai pengalaman gaya hidup destinasi terunggul. Nobu Hotel pertama dibuka pada tahun 2013 sebagai sebuah hotel butik dalam Caesars Palace Las Vegas yang kemudiannya dinamakan sebagai salah sebuah Hotel Baharu Terhangat oleh CNN Travel, Pembukaan Hotel Amerika Utara Terbaik oleh Luxury Travel Advisor dan seterusnya meraih Anugerah Kecemerlangan Luxury Travel Advisor. Nobu Hotel City of Dreams Manila dibuka pada tahun 2014 dan Nobu Hotel Miami Beach pada tahun 2016 manakala Nobu Ryokan Malibu, Nobu Hotel Shoreditch London, Nobu Hotel Ibiza Bay dibuka pada tahun 2017. Hotel-hotel Nobu yang lain sedang dibangunkan untuk Marbella, Riyadh, Los Cabos, Chicago, Toronto dan Bahrain.
www.nobuhospitality.com.  Ikuti kami melalui Instagram @NobuHotels.

Nobu Hotel Ibiza Bay
Nobu Hotel Ibiza Bay

Foto: http://mma.prnewswire.com/media/529475/Nobu_Hospitality_Hotel_Shoreditch.jpg
Foto: http://mma.prnewswire.com/media/529474/Nobu_Hospitality.jpg

 

Source: Nobu Hospitality
Keywords: Hotels and Resorts Travel Corporate Expansion