omniture

Kanak-kanak dari 64 Negara Sertai FOOTBALL FOR FRIENDSHIP

Global Press Center of the Gazprom FOOTBALL FOR FRIENDSHIP programme
2017-07-04 18:04 704

ST. PETERSBURG, Rusia, 3 Julai 2017 /PRNewswire/ --

PROGRAM SOSIAL KANAK-KANAK ANTARABANGSA FOOTBALL FOR FRIENDSHIP GAZPROM MUSIM KELIMA berlangsung di St. Petersburg.

generated by system

Program ini menghimpunkan para pemain bola sepak muda dari 64 negara yang bertindak selaku duta program. Kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia 12 tahun digabungkan dalam lapan Pasukan Persahabatan peringkat antarabangsa. Peranan jurulatih dilaksanakan oleh para pemain muda daripada musim-musim terdahulu.

Kem Persahabatan Antarabangsa diadakan mulai 27-29 Jun lalu. Para pemain muda dan para pemain bola sepak terkenal membantu melatih para pemain bola sepak muda bagi mengukuhkan hubungan antara pasukan, menjelaskan lebih lanjut tentang taktik pasukan dan membantu mereka merasai sokongan daripada ahli-ahli pasukan yang lain.

Pada 1 Julai, para pemain bola sepak bagi PROGRAM SOSIAL KANAK-KANAK ANTARABANGSA FOOTBALL FOR FRIENDSHIP GAZPROM MUSIM KELIMA bertemu di padang bola sepak hijau zamrud dan menunjukkan kepada para tetamu dari seluruh dunia bahawa persahabatan mampu terjalin tanpa mengira jantina, kebolehan fizikal mahupun bangsa.

"Saya seronok berada di sini. Saat pertama berada di sini adalah sebagai seorang pemain dan kali ini saya menjadi jurulatih muda. Peranan baharu ini agak sukar buat saya, kerana saya perlu menjadi contoh kepada pasukan saya dan memimpin mereka. Saya pasti masa depan saya akan berkaitan dengan sukan," kata satu-satunya pelatih kanak-kanak perempuan muda.

Sebelum berlangsungnya pusingan akhir persahabatan, jurulatih utama daripada pasukan ragbi kerusi roda St. Petersburg terlibat dalam proses pemilihan.

Kemuncak bahagian kompetitif PROGRAM SOSIAL KANAK-KANAK ANTARABANGSA FOOTBALL FOR FRIENDSHIP GAZPROM MUSIM KELIMA ialah majlis penyampaian anugerah yang unik untuk para finalis. Kapten pasukan menganugerahkan satu sama lain dengan pingat, sijil dan hadiah istimewa.

Young players who did not participate in the final game held a number of friendly meetings to support the values of the programme FOOTBALL FOR FRIENDSHIP. Young sportsmen were supported by the main Russian ambassador of the program, the best scorer in the history of the Russian national team Alexander Kerzhakov, the head coach of the Russian national team Stanislav Cherchesov and the first person of the Russian Football Union. More than 200 journalists from leading sports international media and representatives of football associations attended the games.

Para pemain muda yang tidak terlibat dalam perlawanan akhir mengadakan beberapa pertemuan persahabatan bagi menyokong nilai program FOOTBALL FOR FRIENDSHIP. Ahli-ahli sukan muda mendapat sokongan duta utama Rusia program ini, penjaring terbaik dalam sejarah pasukan kebangsaan Rusia Alexander Kerzhakov, ketua jurulatih pasukan kebangsaan Rusia Stanislav Cherchesov dan individu pertama daripada Kesatuan Bola Sepak Rusia. Lebih 200 wartawan daripada kalangan rakan media antarabangsa sukan terkemuka serta wakil-wakil daripada persatuan-persatuan bola sepak menghadiri sesi perlawanan ini.

http://media.footballforfriendship.com/photos/5266/

Sumber: Global Press Center of the Gazprom FOOTBALL FOR FRIENDSHIP programme

Source: Global Press Center of the Gazprom FOOTBALL FOR FRIENDSHIP programme
Keywords: Sporting Events Sports