omniture

Moet Hennessy: Keputusan Positif Dicapai untuk Krug dalam Kes Terhadap Syarikat Lelongan Acker Merrall & Condit di Hong Kong

Moet Hennessy
2017-07-06 10:00 771

PARIS, 6 Julai 2017 /PRNewswire/ --

Keputusan berhubung botol palsu Krug Collection 1947   

Moët Hennessy mengumumkan keputusan akhir yang memihak kepada salah satu Maisonnya berhubung kes botol palsu Krug Collection 1947. Botol tersebut dibawakan oleh syarikat lelongan Acker Merrall & Condit (Asia) Limited dalam katalog jualannya di Hong Kong pada September 2012.

Moët Hennessy membawa kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong membabitkan pelanggaran dan pemalsuan tanda dagangan.

Dalam keputusan akhir tersebut, Acker Merrall & Condit mengiktiraf dan mengakui ia mencabuli tanda dagangan berdaftar Moët Hennessy dan memalsukan produk yang bukan champagne asli Krug seperti dan untuk champagne sedemikian.

Keputusan tersebut memperincikan bahawa Acker Merrall & Condit akan menjalankan prosedur pengesahan yang sewajarnya bagi memastikan semua produk yang mempunyai tanda dagangan Krug dan/atau mana-mana tanda dagangan berdaftar Champagne Moët Hennessy lain yang akan dijual oleh Acker Merrall & Condit dalam lelongannya telah dikeluarkan oleh dan/atau diperoleh secara dasarnya daripada Moët Hennessy.

Keputusan tersebut turut menyatakan Acker Merrall & Condit tidak dibenarkan berurusan dalam atau dengan mana-mana produk yang mempunyai tanda dagangan Krug dan/atau mana-mana tanda dagangan champagne Moët Hennessy yang mana produknya diketahui atau munasabahnya patut diketahui, bukan barangan atau hasil pembuatan syarikat tersebut.

Tindakan khusus ini menunjukkan dedikasi Moët Hennessy dalam usaha memerangi kegiatan pemalsuan. Moët Hennessy komited dalam menjamin kualiti dan keselamatan terbaik untuk penggunanya, selain amat berwaspada dalam semua saluran pengedaran. Syarikat ini bekerjasama erat dengan badan penguatkuasaan undang-undang tempatan dan global demi mempertahankan dan melindungi pengguna. Moët Hennessy turut menekankan kepentingan syarikat lelongan untuk menghormati proses pengesahan dan pensijilan produk yang dilelong.

Latar Belakang Moët Hennessy 

Moët Hennessy ialah divisyen wain dan minuman beralkohol LVMH, syarikat produk mewah terkemuka di dunia. Moët Hennessy, syarikat wain dan minuman beralkohol terbesar di dunia, mempunyai 21 jenama berprestij yang terkenal di peringkat antarabangsa hasil kekayaan tanah mereka, kualiti produk serta kepakaran cara pembuatan mereka:

Hennessy, Moët & Chandon, Veuve Clicquot, Dom Pérignon, Ruinart, Krug, Mercier, Belvedere, Glenmorangie, Ardbeg, Chandon, Newton, Cheval des Andes, Terrazas de los Andes, Cloudy Bay, Cape Mentelle, Numanthia, Ao Yun, Château Cheval Blanc, Château d'Yquem dan Clos des Lambrays.

Twitter: @MoetHennessy https://twitter.com/MoetHennessy
Instagram: @moethennessy
https://www.instagram.com/moethennessy/

Source: Moet Hennessy
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Legal issues