omniture

ICD dan Saturna Sdn Bhd Lancar Dana Islam Mampan

Saturna Sdn. Bhd.
2017-07-06 16:25 600

Dana Kembangkan Portfolio Patuh Shariah Dengan Matlamat Mampan Tambahan

KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Perbadanan Islam bagi Pembangunan Sektor Swasta (ICD), cabang sektor swasta Bank Pembangunan Islam, dan Saturna Sdn Bhd (Saturna), anak syarikat milik penuh Saturna Capital Corporation yang berpangkalan di A.S., mengumumkan pelancaran Dana Mampan Global ICD, direka untuk para pelabur profesional dan individu yang ingin menyelaras matlamat pelaburan sejajar dengan nilai sosial dan modal tanggungjawab. Pelancaran dana ini menyumbang ke arah kecanggihan dan penawaran produk yang lebih luas dan meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai pasaran yang mempunyai inovasi, kepakaran dan aliran urus niaga. ICD berfungsi sebagai salah satu pelabur dan penasihat benih Dana, sementara Saturna ialah pengurus pelaburan Dana.  

Dalam kerjasama dengan Saturna, ahli komuniti Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC), ICD akan memanfaatkan kepakaran dan pengalaman 27 tahun pengurus pelaburan dalam bidang pelaburan berdasarkan nilai dan pengalamannya menguruskan Dana Amana yang berpangkalan di A.S., dana ekuiti Islam terbesar di dunia yang terbuka kepada para pelabur awam, serta Dana Mapan Saturna. Kedua-dua set dana ini telah diiktiraf oleh agensi penilaian kerana mempunyai portfolio yang mendapat markah tertinggi dalam kemampanan. 

Di bawah keadaan biasa, Dana ini akan melabur sekurang-kurangnya 80% daripada aset bersihnya dalam ekuiti pengeluar global yang menunjukkan ciri-ciri kemampanan. Bagi Saturna, pengeluar yang mempunyai ciri-ciri kemampanan adalah mereka yang secara umumnya lebih besar, lebih mampan, berkeuntungan konsisten, berkedudukan kewangan yang kukuh, dan mempunyai dasar alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang mantap. Firma ini menggunakan sistem penarafan proprietari untuk mengenal pasti pengeluar yang mempunyai ciri-ciri yang mampan.

Hasil daripada pendekatan berinovasi Saturna, para pelabur boleh membeli Dana dengan TANPA caj jualan, hanya membayar yuran pentadbiran yang rendah (antara yang terendah di Malaysia dan GCC) dan yuran pengagihan yang telus. Selaras dengan prinsip pelaburan Islam bagi perkongsian keuntungan dan kerugian, yuran pengurusan Dana adalah berasaskan prestasi.

"Prinsip pelaburan Islam telah menggabungkan banyak aspek amalan kemampanan yang luas," kata Monem Salam, presiden Saturna Sdn Bhd dan pengurus portfolio Dana baharu ini. "Saturna berbangga untuk bekerjasama dengan ICD dalam memperluaskan pilihan pelaburan Islam yang memberi lebih penekanan kepada prinsip-prinsip kewangan yang bertanggungjawab dan amalan ESG yang kukuh. Saturna telah lama percaya bahawa dengan penggunaan kriteria yang mampan boleh menawarkan pelabur dengan pertumbuhan menarik dengan risiko yang lebih rendah dan, kajian akademik mengesahkan keberkesanan pelaburan lestari."

Ketua Pegawai Eksekutif ICD, En. Khaled Al Aboodi mengulas: "Kami gembira untuk bekerjasama dengan Saturna dalam melancarkan Dana Mampan Islam yang akan memberi tindak balas kepada peningkatan permintaan alat pelaburan yang bertanggungjawab. Dengan berganding bahu bersama, kami akan menggabungkan kepakaran dan komitmen kami untuk mencapai kemajuan ekonomi yang lebih baik untuk manfaat semua. Kami sangat yakin bahawa dana ini akan memenuhi harapan para pelabur dan masyarakat."

Latar Belakang Perbadanan Islam bagi Pembangunan Sektor Swasta

ICD ialah sebuah organisasi multilateral dan ahli Kumpulan Bank Pembangunan Islam (IDB). Matlamat ICD ialah untuk menyokong pembangunan ekonomi dan mempromosi pembangunan sektor swasta di negara-negara anggota dengan menyediakan kemudahan kewangan dan/atau pelaburan, yang berlandaskan prinsip Shari'ah. ICD juga memberikan nasihat kepada organisasi kerajaan dan swasta untuk menggalakkan penubuhan, pengembangan dan pemodenan perusahaan swasta. ICD diberi nilai AA/F1 oleh Fitch dan Aa3/P1 oleh Moody's. Untuk maklumat lanjut layari www.icd-ps.org.

Latar Belakang Saturna Capital Corporation

 "Pengurus Aset Global Berasaskan Nilai"

Saturna Sdn Bhd https://www.saturna.com/ssb, yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia, merupakan anak syarikat milik penuh Saturna Capital yang mengkhusus dalam khidmat nasihat pelaburan berlandaskan Islam untuk para individu dan institusi-institusi. Ia bertindak sebagai sub-penasihat kepada Crescent International Equity Fund, diuruskan oleh Crescent Wealth, iaitu pengurus kekayaan Islam pertama di Australia.

Saturna Capital Corporation https://www.saturna.com/, ditubuhkan pada tahun 1989 di Bellingham, Washington, AS, merupakan penasihat pelaburan persendirian milik kakitangan dengan aset bawah pengurusan bernilai US$3.3 bilion, menyediakan khidmat nasihat pelaburan kepada dana bersama, institusi, perniagaan, individu, dan endowmen.

Saturna Capital merupakan penasihat kepada Amana Mutual Fund (Amana Growth Fund, Amana Income Fund, dan Amana Developing World Fund) yang mematuhi prinsip kewangan Islam.

Saturna Capital juga merupakan penasihat kepada Saturna Investment Trust, yang terdiri daripada Saturna Sustainable Funds (Saturna Sustainable Equity dan Saturna Sustainable Bond), Sextant Funds (Sextant International, Sextant Growth, Sextant Core, Sextant Bond Income, Sextant Short-Term Bond, Sextant Global High Income) dan Idaho Tax-Exempt Fund.

LATAR BELAKANG PASARAN KEWANGAN ISLAM MALAYSIA

Sejak diperkenalkan lebih 30 tahun yang lalu, kewangan Islam di Malaysia telah berkembang menjadi pasaran kewangan Islam yang komprehensif dan canggih. Pasaran ini bercirikan rangka kerja pengawalseliaan, penyeliaan, Shariah dan perundangan yang mantap, pasaran sukuk utama yang kukuh dan pasaran sekunder yang aktif, pelbagai penggiat dan kumpulan bakat dengan keupayaan dan hubungan global bagi urusan perniagaan di mana jua di dunia, inovasi produk, sistem yang berkesan dan menyeluruh bagi penjelasan dan penyelesaian pelbagai mata wang. Pasaran kewangan Islam Malaysia terbuka kepada penggiat industri global dan para peserta pasaran untuk bekerjasama dan saling memanfaatkan persekitaran perniagaan yang berinovasi, berkepakaran dan aliran urus niaga yang sangat sesuai. 

Pasaran kami merupakan eko-sistem kewangan Islam dan persekitaran perniagaan yang komprehensif dari segi infrastruktur, inovasi, kepakaran dan aliran urus niaga, diuruskan oleh Pusat Komuniti Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC), yang merangkumi institusi-institusi kewangan, firma-firma profesional, pengawal atur dan agensi-agensi kerajaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai pasaran kewangan Islam Malaysia, sila layari www.mifc.com, ikuti kami @MalaysiaIF (twitter), World's Islamic Finance Marketplace Malaysia (linkedin) dan muat turun aplikasi MYIF di Apple Store dan Google Play.

Untuk Maklumat Lanjut




Saturna 

ICD 



Victoria Odinotska
KANTER
Tel. + 1 703 685 9232

Monem Salam

Saturna Sdn. Bhd.

Tel. +603 2164 5303

Ahmed A Khalid / Nabil Al-Alami
Ketua Rantau – Asia / Ketua Pemasaran
Emel: aabdulkhalid@isdb.org / nalami@isdb.org 
Tel : +603-2692 6630 / +966 12 6468192

 

Source: Saturna Sdn. Bhd.
Keywords: Banking/Financial Service