GUANGZHOU, China, 10 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Jenama kenderaan paling pesat berkembang di China, GAC Motor melaporkan jumlah jualan yang memecah rekod untuk separuh pertama tahun 2017. Menumpu pada usaha untuk menerajui inovasi dan kualiti, syarikat berjaya menjual 250,878 kereta di seluruh dunia, meningkat 57 peratus berbanding tahun sebelumnya yang jauh lebih tinggi berbanding purata industri dan melebihi sasaran jualan. Sejumlah 43,360 kenderaan daripada semua model telah dijual pada bulan Jun, memperlihatkan peningkatan sebanyak 39.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Jualan untuk SUV GS8 tujuh tempat duduk mewah terunggul mencecah 50,622 unit bermula pada bulan Januari hingga Jun. SUV GS4 yang terkenal pula menjamin kedudukannya sebagai peneraju dalam pasaran SUV Cina dan menjual 180,725 kereta.
Sementara itu, jumlah jualan kereta sedan GA6 sporty menunjukkan peningkatan sebanyak 251.9 peratus berbanding tahun sebelumnya pada bulan Jun, dan kereta sedan GA8 mewah generasi baharu terus menerajui jumlah jualan kereta sedan mewah Kelas-C bagi jenama tempatan.
"Hasil kegigihan kami terhadap kualiti, GAC Motor telah membuat pencapaian penting dari segi pengeluaran dan jualan selain mengekalkan pembangunan seimbang antara SUV dan sedan, kami dapat memberikan tahap kemajuan memuaskan serta memperlihatkan kepantasan 'GAC Motor yang legenda'," kata Yu Jun, presiden GAC Motor.
Dengan mengutamakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang positif, mematuhi piawaian antarabangsa dan menghasilkan mekanisme inovasi yang berkesan, GAC Motor telah mewujudkan empayar auto bertaraf dunia yang menumpu pada rangkaian R&D globalnya, pembuatan termaju dan rantaian bekalan antarabangsa.
Dengan menjalin kerjasama strategik dengan 10 pembekal auto terkemuka dunia termasuk Aisin Seiki dan Michelin, GAC Motor memenuhi komitmen untuk mengeluarkan kenderaan dengan kualiti terbaik. Jenama auto ini kini berada pada kedudukan ke-5 dalam Kajian Kualiti Awal China 2016 J.D. Power Asia Pasifik, iaitu kedudukan tertinggi yang dicapai dalam kalangan semua jenama Cina untuk tahun keempat berturut-turut.
Syarikat turut mengutamakan R&D dengan piawaian yang tinggi. SUV GS8 mewahnya yang terkenal memperoleh skor keselamatan lima bintang dan mendapat kedudukan teratas oleh C-NCAP (Program Penilaian Kereta Baharu China) dalam kalangan semua SUV bersaiz sederhana hingga besar dalam pasaran Cina sejak tahun 2015, menerusi ujian keselamatan.
Dengan menetapkan matlamat untuk mencapai jumlah jualan sebanyak 1 juta menjelang tahun 2020, GAC Motor telah menyusun strategi pembangunan mampan untuk menaik taraf daripada pengeluar kenderaan mewah menjadi pembuat auto pintar, menerajui industri automobil Cina dengan merekayasa kenderaan mesra alam yang berkualiti dengan reka bentuk, prestasi dan keandalan premium untuk pelanggan global.
"GAC Motor tidak menumpu pada penjualan kereta tetapi mencipta semula cara orang ramai mengembara," ujar Yu Jun, presiden GAC Motor di Michelin Movin'On, sidang kemuncak mobiliti mampan global di Montreal, Kanada pada bulan Jun lalu. "Inilah hasil usaha sama kami untuk mencipta kejayaan sedemikian, selain merupakan pilihan pasaran. Kami akan terus memperluas jaringan R&D global kami untuk membangunkan lebih banyak kenderaan dengan menggunakan teknologi canggih dan mobiliti mampan yang termaju."
Jualan global dan juga rangkaian perkhidmatan syarikat kini mencakupi 14 negara dengan kehadiran yang penting di negara-negara Inisiatif Jalur dan Jalan seperti kawasan Timur Tengah. Syarikat turut menambah lebih banyak saluran pengedaran global dalam pasaran-pasaran terkemuka seperti Amerika Utara untuk membina imej jenama mewah sebagai pembuat auto bertaraf dunia yang cemerlang dalam segmen penyelidikan, pembuatan dan jualan serta bakal menembusi pasaran AS tidak lewat dari tahun 2019.
GAC Motor bakal memperkenalkan lebih banyak model mewah ke dalam pasaran tahun ini, menawarkan pelanggan pilihan yang lebih luas dengan pengalaman pemanduan premium. Selain GS8 yang bertapak kukuh dalam pasaran global. kenderaan seterusnya termasuk SUV GS7 lima tempat duduk yang mendapat pujian sebagai "SUV Blokbuster Generasi Baharu" oleh New York Times, dan kenderaan elektrik pertamanya, GE3. GS8 akan mula menembusi pasaran Nigeria dan Paraguay dalam masa terdekat. Syarikat menyasarkan untuk mencapai jumlah jualan tahunan sebanyak 500,000 unit pada tahun 2017.
Latar Belakang GAC Motor
Sebuah subsidiari GAC Group, GAC Motor membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium, mencapai 96 peratus kadar pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya pada tahun 2016, kadar yang tertinggi dalam kalangan semua jenama Cina yang lain dalam tempoh yang sama. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas dalam kalangan semua jenama Cina selama empat tahun berturut-turut dan kedudukan ke-5 dalam kalangan semua jenama global menurut Kajian Kualiti Awal China 2016 J.D. Power Asia Pasifik.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://twitter.com/gac_motor
Maklumat Perhubungan Media:
Sukie Wong
+86-186-8058-2829
sukie_gacmotor@126.com
Taki Jiang
+86-134-5028-4242
takijiang@126.com
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170707/1892199-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170707/1892199-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170707/1892199-1-c