omniture

UnionPay International Mulakan Kempen Pemasaran Musim Panas Tingkatkan Pengalaman Pembayaran Pelancong Luar Negara

UnionPay International
2017-07-10 09:16 646

NEW YORK, 10 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Tempoh hari, UnionPay International mengumumkan di Shanghai berhubung pelancaran Kempen Pemasaran Musim Panasnya. Cai Jianbo, Ketua Pegawai Eksekutif UnionPay International, dan ketua-ketua 14 bank, 12 penyedia perkhidmatan pelancongan dan beberapa peniaga global menghadiri sidang akhbar ini.

Pada tahun 2014, UnionPay International melancarkan tiga kempen pemasaran utama, iaitu "60 Lapangan Terbang Terbaik Global", "30 Destinasi Pelancongan Pilihan" dan "30 Daerah Perniagaan Teras". Sejak itu, keluasan kempen ini semakin bertambah saban tahun dan tahun ini, kempen ini tersebar di 100 lapangan terbang, 60 destinasi pelancongan dan 60 daerah perniagaan. UnionPay International turut melancarkan platform pemasaran rentas sempadan U Plan, yang kini berjaya menarik minat 23 bank, agensi pelancongan dan syarikat penerbangan, selain lebih 2,000 kedai merentasi 12 negara dan kawasan di luar tanah besar China untuk menyertainya.

"Kami jadikan 'kerjasama pindah silang dan pengalaman istimewa' sebagai tema kempen bagi menunjukkan bahawa UnionPay bersedia bertindak sebagai platform bagi menyatukan semua pihak untuk bersama-sama memberikan pengalaman pembayaran yang lebih baik," kata Cai Jianbo, "Kami bukan sahaja bekerjasama dengan syarikat-syarikat kewangan serta pelancongan, tetapi turut berkolaborasi dengan syarikat-syarikat Internet untuk meningkatkan kapasiti perkhidmatan kami."

Berskala besar dan diskaun tinggi yang mencakupi seluruh perjalanan

Kempen ini mempunyai dua elemen penting: Pertama, ia tersebar kepada kira-kira 10,000 kedai merentasi 30 negara dan kawasan, mencakupi segmen-segmen katering, penginapan, pengangkutan, beli belah dan juga hiburan. UnionPay International turut mencipta tujuh pemegang kad laluan perjalanan bertema. Kedua, tawaran dapat dinikmati sepanjang tempoh perjalanan: diskaun untuk tiket penerbangan dan tempahan hotel; sewaan WiFi, sewaan kereta dan diskaun bas ulang alik lapangan terbang; tawaran eksklusif di kedai; perkhidmatan pembayaran balik cukai UnionPay, dsb.

Pembayaran inovatif UnionPay yang memenuhi kehendak orang muda

Kini, kebanyakan pelancong China yang ke luar negara merupakan generasi pasca 1980-an. Menurut Laporan Tahunan Kemajuan Pelancongan Luar Negara China 2016 yang dikeluarkan oleh China Tourism Academy, generasi pasca 1980-an memilih perjalanan yang bebas dan peribadi. Mereka gemar menempah tiket penerbangan, hotel dan produk usaha diri secara dalam talian sebelum berlepas dan lebih gemarkan pembayaran mudah alih.

Para pemegang kad boleh menikmati kemudahan pembayaran yang ditawarkan oleh UnionPay mobile QuickPass dan U Plan. Para peniaga di Singapura, Hong Kong, Thailand, Australia dan New Zealand menawarkan diskaun eksklusif untuk QuickPass mudah alih. Pembayaran tanpa sentuh QuickPass mudah alih NFC diterima di kira-kira 500,000 terminal POS di luar tanah besar China dan pembayaran kod QR mobile QuickPass telahpun dilancarkan di Hong Kong dan Singapura.

 

Source: UnionPay International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Leisure/Travel/Hotels Travel Licensing/marketing agreements New products/services Trade show news