omniture

Borgward Perluas ke Timur Tengah

Borgward Group AG
2017-07-10 13:25 731

STUTTGART dan BREMEN, Jerman, 10 Julai 2017/PRNewswire/ --

Borgward akan terus mengglobalisasikan aktiviti-aktivitinya secara sistematik dengan memasuki pasaran negara-negara Timur Tengah seperti Bahrain, Kuwait, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Iran.

generated by system

generated by system

generated by system

Selaras dengan hala tuju ini, syarikat ini akan berkembang ke barat dari China sebelum memasuki pasaran Eropah. Perjanjian berkaitan telah ditandatangani di Dewan Bandaraya Bremen. Bandar Bremen memainkan peranan penting dalam sejarah pembuat kereta, kerana pengasas syarikat, Carl F.W.Borgward, mengeluarkan lebih satu juta kenderaan di sini hingga 1961.

Semasa acara keraian, Ulrich Walker, Ketua Pegawai Eksekutif Borgward Group AG, berkata, "Seperti yang diumumkan, kami akan meningkatkan lagi pertumbuhan dan membuka pasaran baharu.  Antaranya ialah negara-negara Timur Tengah, yang menurut kajian kami, akan berkembang maju pada tahun-tahun akan datang. Di rantau ini, kami menjangkakan momentum kukuh yang datang dari Iran."

Hubungan rapat pelanggan Arab dengan kenderaan SUV dan kenderaan pacuan semua roda merupakan salah satu sebab utama Borgward memutuskan untuk melancarkan penjualan di negara-negara rantau ini. "Rangkaian produk semasa kami, yang terdiri daripada model-model pacuan semua roda Borgward BX5 dan Borgward BX7, dan pengembangan konsisten barisan model SUV kami menjanjikan kejayaan pelancaran pasaran dan pembangunan perniagaan yang mampan di rantau ini," kata Tom Anliker, Naib Presiden Pemasaran & Jualan di Borgward Group AG.

Borgward BX5 dan BX7 direka oleh pasukan pembangunan antarabangsa sebagai kenderaan sedunia, yang menjadikannya sesuai untuk semua iklim dan keadaan di seluruh dunia. Juruteranya menyesuaikan semua sistem kawalan iklim untuk enjin dan bahagian dalaman kenderaan supaya ia sesuai untuk negara-negara di rantau ini, yang umumnya mempunyai iklim padang pasir yang panas dan, dalam beberapa keadaan, jalan tidak berturap di kawasan luar bandar. Perlindungan bawah badan dan casis diubah suai untuk mengoptimumkan keupayaan mereka di jalan yang mencabar.

Marco Dalan
Ketua Komunikasi Global
Marco.dalan@borgward.com
+49711365101041

Source: Borgward Group AG
Keywords: Auto Transportation Corporate Expansion