omniture

Jualan Separuh Pertama Country Garden melonjak 131% kepada US42.5 bilion

Country Garden Holdings
2017-07-13 12:28 701

SHUNDE, China, 13 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Pemaju hartanah China Country Garden Holdings (Kod Saham: 2007.HK) mengumumkan pada 9 Julai bahawa, bagi separuh pertama tahun ini, syarikat mencapai anggaran 288.9 bilion yuan (kira-kira US$42.5 bilion) dalam jualan berkontrak, peningkatan sebanyak 131 peratus tahun ke tahun, dan 32.26 juta meter persegi bagi jualan berkontrak Luas Lantai Kasar (GFA), peningkatan sebanyak 106 peratus. Bagi setiap bulan daripada enam bulan tersebut, Country Garden mendahului industri dalam kedua-dua penunjuk teras ini. Beberapa bank terkemuka, antaranya, Citi dan Deutsche Bank, telah memberikan pemaju hartanah ini suatu penarafan "belian". Citi berkata dalam ramalannya bahawa Country Garden akan menjadi peneraju industri China untuk keseluruhan 2017, dan meningkatkan sasaran harga saham kepada HK$12 (kira-kira US$1.54).

Apabila industri menjadi matang, persaingan antara syarikat utama menjadi semakin sengit. Tujuh syarikat dalam sektor ini melaporkan jualan mereka telah melepasi sasaran 100 bilion yuan (kira-kira US$15 bilion) pada atau sebelum 30 Jun, dengan jangkaan kuat bahawa 20 syarikat lagi akan melepasinya menjelang akhir tahun, peningkatan yang ketara dengan kelebihan lapan lagi syarikat yang berjaya mengatasi catatan tahun lepas. Jualan Separuh Pertama bagi tiga syarikat, Country Garden, China Vanke dan Evergrande Group, melebihi 200 bilion yuan (kira-kira US$29.4 bilion). Country Garden pada masa ini mendahului, hanya kurang 11.1 bilion yuan daripada sasaran 300 bilion yuan (kira-kira US$44.1 bilion) pada setengah tahun, 11.7 bilion yuan (kira-kira US$1.7 bilion) lebih tinggi daripada Vanke dan 44.8 bilion yuan (kira-kira US$6.6 bilion) mengatasi Evergrande. "Country Garden mencapai hasil yang agak mantap dan kukuh pada separuh pertama tahun 2017, dengan kedudukan pertama di kalangan semua syarikat di seluruh China selama enam bulan berturut-turut dan purata jualan bulanan mencapai lebih daripada 40 bilion yuan (kira-kira US$5.9 bilion). Tidak diragui syarikat ini akan menjadi juara jualan China untuk tahun penuh," menurut laporan penyelidikan yang dikeluarkan oleh firma perkhidmatan hartanah China ehresearch.

Pertumbuhan berkualiti tinggi Country Garden secara aktif dicerminkan dalam pasaran modal, dengan harga saham ditutup pada HK$8.9 (kira-kira US$1.14) pada 7 Julai, peningkatan sebanyak 105 peratus sejak akhir tahun lalu dan hampir tujuh kali ganda pertumbuhan dialami bagi Indeks Hang Seng secara keseluruhan. Citi, dalam laporan penyelidikannya yang terkini, mengekalkan penarafan "belian" untuk Country Garden. Bank ini menyatakan dalam laporannya bahawa pemaju hartanah itu mencatatkan keputusan jualan yang mengejutkan dan lebih baik daripada yang dijangkakan bagi setengah tahun pertama, dengan pendapatan yang melonjak dengan ketara dan penurunan tahap leveraj. Bank ini juga meramalkan Country Garden akan mengakhiri tahun ini sebagai juara jualan China, dengan margin kasarnya berada pada tahap paling rendah dan peningkatan penilaian semula yang dijangka berterusan. Ramalan yang lebih baik bagi syarikat itu membuatkan Citi meningkatkan sasaran harga saham kepada HK$12 (kira-kira US$1.54). Deutsche Bank berkata, berdasarkan kedudukan pasaran Country Garden yang kukuh bukan sahaja di bandaraya tahap ketiga dan keempat di China yang berkembang pesat tetapi juga di bandar raya tahap pertama dan kedua yang telah mantap, ditambah pula dengan pasukan jualan yang kukuh, pengurusan yang cekap dan produk berkualiti tinggi, pemaju hartanah ini dijangka akan terus membuka projek pembangunan baharu pada masa yang sama mengekalkan prestasi jualan yang kukuh sepanjang tahun ini. Selain itu, Goldman Sachs menjangka syarikat ini akan menjana aliran tunai operasi yang besar untuk tahun fiskal ini.

Perlu diambil perhatian bahawa keputusan cemerlang pemaju ini dalam setengah tahun yang dicapai berdasarkan purata harga jualan sebanyak 8,956 yuan (kira-kira US$1,317) bagi setiap meter persegi, purata harga jualan paling rendah di kalangan pemaju hartanah sepuluh tertinggi di China. Syarikat ini mempunyai hartanah di lebih 500 bandar dan pekan di seluruh China dan telah terlibat dalam lebih 900 projek di seluruh dunia. Pembangunan pesat Country Garden daripada syarikat industri yang agak kecil kepada peneraju pasaran ialah hasil daripada komitmen strategiknya yang berterusan untuk membina perumahan yang mampu dimiliki tetapi berkualiti tinggi untuk keluarga pendapatan sederhana.

Source: Country Garden Holdings
Related Stocks:
HongKong:2007 OTC:CTRYY
Keywords: Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Residential Real Estate Sales reports