omniture

SodaStream Lancar Video Tular Baharu Tampilkan Bintang The Big Bang Theory Mayim Bialik dan Bintang Game of Thrones Kristian Nairn

SodaStream International Ltd.
2017-07-14 13:00 584

Jenama Air Berbuih Terbesar Dunia Tekankan Kesan Mudarat Botol Plastik Gunaan Tunggal terhadap Manusia

AIRPORT CITY, Israel, 14 Julai 2017 /PRNewswire/ -- SodaStream International Ltd. (NASDAQ:SODA), jenama air berbuih No. 1 di dunia, melancarkan kempen global alam sekitarnya yang baharu, "The Homo-schlepiens". Video yang dilancarkan hari ini menampilkan Mayim Bialik, juga dikenali sebagai Dr. Amy Farrah Fowler daripada siri TV hit The Big Bang Theory, dan Kristian Nairn, turut dikenali sebagai Hodor bagi Game of Thrones yang legenda.

 

Untuk menonton video ini, layari https://youtu.be/Z-yfuSnUz6Q   

Berlatarbelakangkan masa depan, "The Homo-schlepiens" menampilkan Mayim Bialik sebagai seorang ahli antropologi, mengimbau detik pertemuan pertama beliau dengan Homo-schlepien yang dilakonkan oleh Kristian Nairn. Kisah ini beralih ke masa lampau dan masa depan bagi memperlihatkan realiti memudaratkan berhubung penggunaan botol plastik, suatu tabiat yang berbahaya untuk bumi dan tidak wujud pada masa depan. Muzium Sejarah Luar Biasa (Museum of UnNatural History) yang ditampilkan dalam video ini, memudahkan pertemuan sinematik hebat antara Mayim dan kaum terakhir bagi spesies yang bergantung pada plastik, Homo-schlepien. Sebagai ahli sains saraf dan pencinta alam sekitar, Mayim Bialik memahami kepentingan untuk kekal terhidrat dengan cara mesra alam.

Rakaman kempen ini dibuat lebih awal apabila Bialik menerima nasihat perubatan untuk merehatkan pita suara beliau selama sebulan. "Kempen ini membawa maklumat penting yang perlu dimaklumkan kepada semua sebelum saya merehatkan suara saya," kata Mayim Bialik. "Lebih satu bilion botol minuman plastik digunakan setiap hari di serata dunia, kebanyakannya dibuang di tapak pelupusan, taman-taman dan lautan yang membinasakan alam sekitar serta memusnahkan haiwan laut. Siapakah yang bersuara bagi pihak mereka dan menghentikan semua ini? Saya mungkin kehilangan suara saya tetapi saya tidak akan berdiam diri terhadap maklumat penting ini, dunia perlu mula bersuara dan mengatakan 'tidak' kepada pencemaran botol plastik," sambung beliau.

Kempen Homo-schlepiens ini dirakam di Ukraine di set yang diwujudkan untuk membawa penonton ke masa depan yang bebas daripada pencemaran botol plastik. Kempen bersepadu ini menggunakan PR dan digital untuk menyampaikan maklumat penting, manakala laman sesawang interaktif membolehkan pengguna meneroka dunia Homo-schlepiens dan cara hidup yang lebih lestari.

"Video baharu kami, The Homo-schlepiens, menunjukkan betapa primitifnya untuk menghidrat menggunakan botol plastik gunaan tunggal yang mencemarkan Bumi kita," jelas Daniel Birnbaum, Ketua Pegawai Eksekutif SodaStream. Menikmati air dan minuman berbuih yang lazat daripada air paip di rumah adalah mudah dan menjimatkan, tanpa perlu mencemarkan bumi ini. Penggunaan botol plastik pakai buang ialah suatu tabiat kuno pada masa lampau; inilah detik terbaik untuk dunia berubah dan mewujudkan masa depan lebih baik untuk anak-anak kita."

Latar Belakang SodaStream

SodaStream ialah jenama air berbuih No. 1 di dunia dan merupakan pengeluar dan pengedar terkemuka bagai Pembuat Air Berbuih. Kami mendayakan pengguna untuk mengubah air paip biasa menjadi air berbuih dan air berbuih berperisa dalam masa beberapa saat dengan mudah. Dengan menjadikan air biasa seronok dan menarik untuk diminum, SodaStream membantu pengguna untuk minum lebih banyak air. Pembuat Air Berbuih menawarkan penyelesaian yang amat berbeza dan inovatif untuk pengguna minuman ringan berkarbonat botol atau tin. Produk-produk ini menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan, selain mesra alam sekitar, berkesan kos dan boleh disesuaikan serta seronok untuk digunakan. Produk-produk ini tersedia di lebih 80,000 kedai runcit di 45 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut cara SodaStream menjadikan air suatu yang menarik dan ikuti SodaStream melalui Facebook, Twitter, Pinterest, Instagram dan YouTube, layari www.sodastream.com.

Maklumat Perhubungan Media:

Maayan Nave
Ketua Komunikasi Global
maayann@sodastream.com
+972-50-3635568

Video - https://www.youtube.com/watch?v=Z-yfuSnUz6Q  

Logo - http://mma.prnewswire.com/media/330492/sodastream_international_ltd__logo.jpg

Source: SodaStream International Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:SODA
Keywords: Beverages Entertainment Environmental Products & Services Multimedia/Online/Internet Non-Alcoholic Beverages Retail Broadcast feed announcements Environmental Issues