omniture

LCM Partners Peroleh Portfolio NPL Eropah Bernilai EUR3 Bilion

LCM Partners
2017-07-17 09:29 408

LONDON, 17 Julai 2017 /PRNewswire/ -- LCM Partners, Pengurus Pelaburan Alternatif Eropah yang terkemuka, hari ini mengumumkan ia telah memperoleh portfolio penting Eropah bagi pinjaman tidak berbayar dan pinjaman berbayar semula. Perjanjian penting ini menyaksikan LCM membeli aset bernilai EUR3 bilion, merangkumi lebih 400,000 pinjaman individu bercagar dan tidak bercagar, pinjaman pengguna, auto, pajakan dan SME yang berasal dari UK, Jerman, Itali dan juga Sepanyol.

Melabur melalui strategi Peluang Kredit LCM III, pembelian ini menjadikan jumlah penggunaan sebanyak EUR1.3 bilion. Dengan mengurus nilai pinjaman sebanyak EUR19.5 bilion, LCM Partners ialah salah satu pelabur terbesar Eropah bagi hutang persendirian.

"Transaksi ini ialah contoh hebat sejauh mana LCM berupaya memanfaatkan gudang data proprietarinya, berserta francais selama 18 tahun dalam kredit dan operasi menservis dalaman yang memenangi anugerah, untuk berjaya dalam pasaran yang pantas berkembang pada masa kini.  Portfolio ini amat terperinci, memberikan hasil wang tunai yang mantap dan melengkapi pelaburan sedia ada yang dibuat dalam strategi Peluang Kredit LCM." Adrian Cloake, Ketua Pegawai Pelaburan, LCM Partners.

"Ekoran kejayaan pengumpulan dana pada tahun 2016, LCM Partners kini memberi tumpuan untuk mengusahakan modal pihak pelabur kami. Kami mempunyai rancangan kukuh dengan kira-kira €11 bilion amaun yang belum diterima daripada seluruh pasaran Eropah kami dan kami berjaya mencapai sasaran penggunaan dan pulangan kami." Paul Burdell, Ketua Pegawai Eksekutif, LCM Partners.

Nota untuk Editor:  

LCM Partners ialah pengurus Pelaburan Alternatif Eropah terkemuka, yang mengkhusus dalam pembelian seluruh portfolio pengguna pinjaman dan kredit SME. Menawarkan kepakaran tiada tandingan dalam pelaburan dan pengurusan portfolio kredit, LCM telah memperoleh lebih 2,500 transaksi mencakupi pinjaman berbayar, pinjaman dijadual semula dan pinjaman tidak berbayar. Portfolio baharu akan disediakan oleh syarikat saudara LCM, yang berada di kawasan setempat di setiap negara yang terlibat dalam transaksi.

LCM telah meraih beberapa anugerah industri pelaburan, dan baru-baru ini berjaya memenangi anugerah Pengurus Pelaburan Alternatif Terbaik Tahunan 2017 European Pensions, diikuti dengan dua kemenangan sempena anugerah Private Debt Investor 2016. Anugerah-anugerah ini adalah bukti rekod prestasi yang dicipta oleh pasukan, memberikan IRR tanpa leveraj sebanyak 14.89% sejak tahun 1999.

LCM kini menggunakan modal untuk strategi Peluang Kredit LCM III, yang mana pengumpulan dana ditutup pada tahun 2016. Ia akan mula mengumpul dana untuk strategi Peluang Pengasalan dan Peminjaman Strategiknya, 'SOLO' lewat tahun 2017.

LCM Partners
Alison Swonnell
T: +44(0)203-457-5058
aswonnell@lcmpartners.eu

Paul D Burdell
T: +44(0)203-457-5050
paulburdell@lcmpartners.eu

 

Source: LCM Partners
Keywords: Banking/Financial Service Acquisitions, mergers, takeovers