omniture

Panduan Komprehensif Kerakyatan Melalui Program Pelaburan Pertama Dunia Dilancar

Professional Wealth Management
2017-07-18 07:00 472

LONDON, 18 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Professional Wealth Management, satu penerbitan dari Financial Times, telah melancarkan panduan komprehensif yang pertama di dunia untuk program yang menampung industri kerakyatan ekonomi - Indeks Kerakyatan melalui Pelaburan (CBI).

Kerakyatan ekonomi - atau kerakyatan melalui pelaburan (CBI) - ialah industri khusus di mana sebuah negara memberikan kerakyatan kepada pemohon sebagai pertukaran untuk pelaburan dalam ekonomi negara itu. Industri ini mula berkembang beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan oleh perubahan iklim global dan, pada masa-masa tertentu, ketidakstabilan politik.

Indeks CBI menilai 12 negara yang menawarkan program CBI, secara kritis menilai prestasi dan daya tarikan mereka berdasarkan senarai panjang petunjuk yang relevan dengan proses membuat keputusan bagi seseorang pemohon.

Metodologi Indeks CBI, idea penyelidik dan penganalisis James McKay, menggunakan tujuh penunjuk, yang dikenali dalam Laporan Khas PWM sebagai 'tunggak', untuk menilai program-program negara tersebut. Tujuh tunggak ini mewakili kebebasan bergerak, taraf hidup, perbelanjaan pelaburan minimum, perjalanan atau kediaman mandatori, kemudahan pemprosesan, garis masa kerakyatan, dan usaha wajar.

McKay berkata beliau gembira kerana mencipta pecahan komprehensif pertama program CBI masa kini, satu proses yang bergantung kepada pendekatan lima tahap daripada kedua-dua analisis kualitatif dan kuantitatif:

"Indeks Kerakyatan melalui Pelaburan inovatif dalam reka bentuknya - dengan kebergantungan kepada sumber rasmi dan statistik dengan kualiti yang tertinggi - dan saya gembira kerana mempunyai peluang untuk menyumbang kepada industri pelaburan yang sangat dinamik ini."

Hasil Indeks CBI meletakkan negara-negara pulau Caribbean di Dominica dan St Kitts dan Nevis di kedudukan teratas, dengan Dominica menerima markah penuh untuk perbelanjaan pelaburan minimum, perjalanan atau kediaman mandatori, kemudahan pemprosesan, dan usaha wajar. Hasil ini bukan hanya mencerminkan kemampuan relatif bidang kuasa Caribbean, tetapi juga keupayaan mereka untuk menawarkan pemprosesan yang diperkemas yang disokong oleh rangka kerja kukuh usaha wajar.

Di samping St Kitts dan Nevis dan Malta, Dominica mendapat penilaian tertinggi dalam tunggak usaha wajar kerana parameter yang ketat ditetapkan untuk meneliti pemohon yang berpotensi. Ketiga-tiga negara ini mengumpul sama ada cap jari atau data biometrik lain, memerlukan sijil polis dari lebih daripada satu negara termasuk negara tempat tinggal, dan mengumpulkan maklumat terperinci mengenai keluarga dan sumber dana pemohon.

Indeks CBI merupakan penerbitan sulung, dan boleh diakses di www.cbiindex.com.

Pertanyaan media boleh diajukan kepada info@cbiindex.com

@CBIIndex       #CBIIndex17

 

Source: Professional Wealth Management
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service New products/services Survey, Polls & Research