omniture

Atlet Triatlon Terkemuka Dunia Bersaing di Jersey, UK, bagi Kejuaraan Super League

Super League Triathlon
2017-07-19 18:31 674

LONDON, 18 Julai 2017 /PRNewswire/ --

50 atlet triatlon lelaki dan wanita terkemuka dunia, termasuk 25 atlet Olimpik dari seluruh dunia, akan bertanding di Jersey, UK, untuk kejuaraan Super League Triathlon pada 23 dan 24 September 2017.

Barisan atlet lelaki termasuk adik beradik Brownlee dari UK, saingan mereka Javier Gomez Noya dan Mario Mola Diaz dari Sepanyol, dan Richard Murray dari Afrika Selatan, serta 20 atlet triatlon lelaki terkemuka yang lain.

Perlumbaan wanita pula memperlihatkan atlet Inggeris terkemuka termasuk Vicky Holland, Jodie Stimpson, Lucy Hall dan Non Stanford yang bersaing dengan jaguh Olimpik tiga kali Flora Duffy dari Bermuda, pemenang pingat gangsa Olimpik Erin Densham dari Australia dan peneraju semasa American World Triathlon Series Katie Zafares, dan ramai lagi atlet triatlon wanita terkemuka lain.

Acara Super League Triathlon di Jersey menawarkan hadiah wang tunai yang sama iaitu US$130,000 untuk kedua-dua atlet triatlon lelaki dan wanita. Pengasas Bersama Super League Triathlon, Michael Dhulst berkata: "Dengan hadiah wang tunai $130,000 yang ditawarkan di Super League Jersey, ia merupakan perlumbaan dengan pertaruhan tinggi dan penuh bertenaga dengan akibat yang besar jika berlaku sebarang kesilapan. Ia merupakan perlumbaan yang sensasi dengan lokasi yang luar biasa buat penonton."

Oleh kerana Sukan Olimpik Jepun 2020 semakin hampir, persatuan Olimpik kebangsaan akan mengawasi bagaimana atlet mereka beraksi di Super League Triathlon di Jersey, kerana Sukan Olimpik 2020 akan memperkenalkan acara larian berganti-ganti campuran triatlon, yang hampir serupa formatnya dengan Super League Triathlon yang pantas dan kencang.

Super League menampilkan atlet triatlon dan sukan ini dengan cara yang baharu dan menarik. Tidak seperti format triatlon tradisional, para atlet tidak dapat bergantung kepada kepakaran dalam salah satu daripada tiga disiplin. Format 'Triple Mix'(Campuran Tiga) Super League menguji kebolehan dan kesesuaian atlet dengan mencampurkan urutan tradisional berenang-basikal-berlari menjadi tiga acara yang terbahagi kepada dua hari.

Nota kepada editor: 

Temubual 

Juara Dunia Ironman dua kali Chris 'Macca' McCormack, pengasas bersama Super League Triathlon, serta beberapa atlet triatlon lelaki dan wanita bersedia untuk ditemubual.

Untuk menjadualkan temubual dengan seorang atlet, sila hubungi Stacey Boguslavskaya - butiran perhubungan di bawah.

Latar Belakang Super League Triathlon Jersey:
Butiran dan biografi atlet
 Video memperkenalkan Super League Triathlon Jersey
Video memperkenalkan Super League Triathlon Jersey, acara Wanita
Triple Mix (Campuran Tiga)
 Penyingkiran
 Jadual Hari Perlumbaan
 Peta laluan perlumbaan Jersey

Hubungi
Gavin Lunning, gavin@maltinpr.com, +44(0)20-7287-2575 dan telefon bimbit +44-7940-448068
Laman sesawang: www.superleaguetriathlon.com
Twitter: @SuperLeagueTri

Sumber: Super League Triathlon

Source: Super League Triathlon
Keywords: Sporting Events Sports