omniture

Destinasi Penerbangan ke-300 Turkish Airlines ialah Phuket

Turkish Airlines
2017-07-20 00:30 700

ISTANBUL, 20 Julai 2017 /PRNewswire/ --

Syarikat penerbangan global rasmikan penerbangan terus ke Phuket, salah satu destinasi pelancongan paling terkenal di dunia, mulai hari ini. 

Terbang ke lebih banyak negara dan juga destinasi-destinasi antarabangsa berbanding mana-mana syarikat penerbangan lain di dunia, Turkish Airlines mula mengendalikan empat penerbangan setiap minggu ke Phuket mulai 17 Julai.

generated by system

Penerbangan sulung dari Istanbul mendarat pada jam 8.55 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket (HKT) dan disambut oleh adat hormat meriam air tradisi dalam satu upacara rasmi.

Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Turkish Airlines En. Bilal Eksi, mengulas dalam majlis pelancaran; "Turkish Airlines teruja kerana dapat membawa lebih nilai dan keterhubungan kepada para penumpangnya melalui jaringannya yang semakin berkembang. Sebagai syarikat penerbangan pemenang anugerah yang mengalu-alukan orang ramai untuk meneroka keindahan dunia kita, ia merupakan satu pilihan semula jadi  untuk kami memutuskan Phuket sebagai destinasi kami yang seterusnya."

Tambang pengenalan perjalanan pergi balik disediakan dari Istanbul ke Phuket, bermula pada harga 569 Dolar Amerika(termasuk cukai dan bayaran).

Waktu penerbangan Phuket yang dijadualkan mulai 17 Julai 2017; 

No. Penerbangan

Hari

Berlepas

Ketibaan





TK 172

Isnin, Khamis,

IST 14:30

HKT 04:00+1


Sabtu, Ahad







TK 173

Isnin, Selasa,

HKT 05:30

IST 12:00


Jumaat, Ahad



Semua waktu dalam LMT. 

Turkish Cargo turut memperkenalkan penerbangan pengangkut yang dijadualkan ke pulau itu, sebuah destinasi pelancongan paling terkenal di Thailand.

* Turkish Airlines berhak membuat pindaan berhubung hal ini.

Turkish Airlines, Inc.
Perhubungan Media

Latar Belakang Turkish Airlines: 

Ditubuhkan pada tahun 1933 dengan kumpulan kapal terbang yang terdiri daripada lima pesawat, ahli Star Alliance, Turkish Airlines ialah syarikat penerbangan 4 bintang masa kini dengan armada yang terdiri daripada 333 pesawat (penumpang dan kargo) yang membuat penerbangan ke 300 destinasi seluruh dunia, menerusi 251 penerbangan antarabangsa dan 49 penerbangan domestik. Menurut tinjauan Skytrax 2017, Turkish Airlines terpilih sebagai "Syarikat Penerbangan Terbaik Eropah" buat kali keenam berturut-turut antara tahun 2011-2016 dan kini dipilih sebagai "Syarikat Penerbangan Terbaik di Eropah Selatan" buat kali kesembilan berturut-turut. Setelah meraih anugerah "Katering Dalam Pesawat Kelas Ekonomi Terbaik" pada tahun 2010, Turkish Airlines turut dianugerahkan "Katering Dalam Pesawat Kelas Perniagaan Terbaik" pada tahun 2013, 2014 dan 2016, serta tahun 2017. Meraih anugerah "Ruang Istirehat Kelas Perniagaan Terbaik Dunia" pada tahun 2015 dan 2017, syarikat penerbangan tersebut juga meraih anugerah "Hidangan Ruang Istirehat Kelas Perniagaan Terbaik" buat tahun ketiga berturut-turut menurut keputusan tinjauan tahun ini. Maklumat lanjut tentang Turkish Airlines: http://www.turkishairlines.com

Türk Hava Yollari A.O.
Basin Müsavirligi
Genel Yönetim Binasi
34149 Yesilköy-Istanbul
Tel: 0(212)463-63-63 - 11153/11173
Faks: 0 (212)465-20-78
basinortak@thy.com
press@thy.com

Source: Turkish Airlines
Keywords: Airlines/Aviation Amusement Parks and Tourist Attractions Travel New products/services