omniture

Bridge Data Centres Rancang Labur USD 400-500 Juta di India, Dengan Pelaburan Lebih Lanjut ke Seluruh Rantau Asia Pasifik

Bridge Data Centres
2017-07-20 00:41 681

BANGALORE, 20 Julai 2017 /PRNewswire/ --

Bridge Data Centres, sebuah syarikat pelaburan Bain Capital, hari ini mengumumkan bahawa mereka merancang untuk melabur USD 400 ke 500 juta di pasaran India dalam tempoh dua tahun akan datang, dan kini berada di tahap selanjutnya bagi pemerolehan di pasaran lain di Asia Pasifik dengan pelaburan lanjutan sebanyak USD 220 - 250 juta.

Bridge Data Centres diasaskan oleh veteran industri - Michael Foust dan Kris Kumar dalam perkongsian dengan Bain Capital untuk memenuhi gelombang permintaan yang terhasil, melalui penciptaan infrastruktur dan operasi yang boleh dipercayai dan boleh diskala di rantau ini.

Bridge Data Centres merancang untuk menubuhkan kemudahan baharu  (strategi greenfield) di Mumbai dan pasaran utama lain, dan melabur dalam pengambilalihan jika ia bersesuaian dengan wawasan untuk platform ini.

Michael Foust, Pengerusi Eksekutif Bridge Data Centres berkata, "Bridge Data Centres bermatlamat membina kedudukan kepimpinan melalui disruptif pasaran. Kini pasaran kurang mendapat perkhidmatan dan bekalannya terbatas serta tidak memiliki kemudahan dan operasi pusat data berkelas dunia. Kami bercadang untuk mengubah keadaan ini pada tahun-tahun akan datang dan menetapkan piawaian untuk infrastruktur pusat data di India."

Pasaran India menyaksikan pertumbuhan dramatik dalam permintaan pusat data dan keupayaan pusat data semasa di India tidak menepati piawaian global dalam reka bentuk, pembinaan dan operasi. Kemunculan pelanggan global ke India memaksa industri ini untuk berubah. Bridge Data Centres berada pada kedudukan yang paling sesuai untuk menerajui perubahan ini dan memberikan nilai kepada pelanggan dalam ekosistem teknologi dengan pertumbuhan tinggi dan pantas yang bergantung kepada infrastruktur pusat data untuk operasinya.

Kris Kumar, Ketua Pegawai Eksekutif Bridge Data Centres menambah, "Kami menyasarkan gabungan pengambilalihan dan pelaburan greenfield bergantung kepada dinamik pasaran individu dan ketersediaan peluang. Program kami berdasarkan kepada membangunkan portfolio kemudahan berkualiti tinggi yang memenuhi piawaian reka bentuk, pembinaan dan operasi global. Kami merancang untuk membawa produk yang berbeza kepada negara ini yang akan menentukan kebolehpercayaan, kecekapan dan kebolehskalaan. Dengan membawakan fokus yang tepat kepada model perniagaan dan penawaran kami ke dalam pasaran yang sesuai untuk perubahan disruptif, kami akan 'berpegang kepada kemahiran kami' dan beroperasi dalam bidang yang tidak asing bagi kami."

Bridge Data Centres kini memberi tumpuan kepada India dan Asia Pasifik sebagai pasaran utama untuk pelaburan tahap pertama. Melangkah ke hadapan, ia menyasarkan untuk memperluas pelaburan ke seluruh Asia Pasifik termasuk Australia, China, Jepun, Hong Kong, Indonesia dan Filipina.

Hubungan Media:
Cijo Mathew
cijo.mathew@ketchumsampark.com
+91-9986215777

Gayathri G
gayathri.gk@ketchumsampark.com 
+91-8095964498

 

Source: Bridge Data Centres
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Corporate Expansion