omniture

CGE dan CREATe.org Lancar 'Cyber Readiness Institute' bersama Pemimpin Industri Tingkatkan Pengurusan Risiko Siber dan Bantu Jamin Rantaian Nilai

The Center for Global Enterprise
2017-07-20 11:42 553

WASHINGTON, 20 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Cyber Readiness Institute (CRI) hari ini dilancarkan bagi membolehkan sektor swasta untuk menangani pengurusan risiko keselamatan siber dengan lebih baik merentasi rantaian nilai, dengan memberi penekanan khusus terhadap sokongan untuk syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana. Institut ini merupakan satu usaha sama antara dua organisasi bukan untung dan tidak berpihak. Pengerusi Bersama bagi Center for Global Enterprise (CGE) dan Center for Responsible Enterprise And Trade (CREATe.org). ialah: Samuel J. Palmisano, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersara, IBM Corporation, dan Pengerusi Semasa, Center for Global Enterprise (CGE); Ajay Banga, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mastercard; Satya Nadella, Ketua Pegawai Eksekutif, Microsoft; dan Penny Pritzker, Mantan Setiausaha Perdagangan A.S. dan Pengerusi PSP Capital Partners. 

Cyber Readiness Institute akan menghimpunkan para pemimpin kanan syarikat-syarikat global daripada pelbagai sektor untuk mengumpulkan amalan terbaik bagi mengurus kakitangan, proses dan teknologi yang diperlukan demi keselamatan siber yang berkesan. Pengetahuan kolektif ini akan menggalakkan pembangunan Cyber Readiness Institute terhadap kandungan dan instrumen pengurusan risiko siber yang direka untuk membantu menjamin rantaian nilai global. Usaha Institut ini akan menekankan penggunaan praktikal instrumen ini untuk syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana serta keperluan tenaga kerja demi pelaksanaan yang berkesan.

Beberapa bulan akan datang, Cyber Readiness Institute akan merekrut Ketua-ketua Pegawai Eksekutif tambahan, pakar-pakar bidang khusus syarikat mereka dan wakil-wakil daripada rantaian nilai mereka untuk menyertai sesi-sesi bagi mengenal pasti dan memilih keutamaan pengurusan risiko keselamatan siber yang paling mendesak. Proses ini akan dimulakan dengan menilai cadangan sektor swasta yang terkandung dalam laporan pada Disember 2016 daripada Suruhanjaya Presiden Peningkatan Keselamatan Siber Kebangsaan ("Laporan Suruhanjaya").

"Risiko-risiko keselamatan siber berkembang pesat disebabkan oleh perkembangan isu kesalingbergantungan dalam ekonomi digital global kita," ujar Kiersten Todt, Pengarah Urusan Cyber Readiness Institute dan mantan Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Peningkatan Keselamatan Siber Kebangsaan. "Cyber Readiness Institute akan berkongsi amalan terbaik merentasi sektor bagi membangunkan kandungan serta instrumen demi meningkatkan pengurusan risiko keselamatan siber bagi syarikat-syarikat perusahaan dan rakan-rakan kongsi rantaian nilai mereka."

Petikan daripada Pengerusi Bersama Cyber Readiness Institute:

Samuel J. Palmisano, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersara, IBM Corporation, dan Pengerusi Semasa, Center for Global Enterprise (CGE): "Matlamat kami bersama Cyber Readiness Institute adalah untuk menggalakkan penglibatan yang lebih proaktif daripada sektor swasta demi pembangunan dan promosi amalan terbaik pengurusan global untuk keselamatan siber."

Ajay Banga, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mastercard: "Ancaman siber semakin bersifat oportunis dan menyasarkan pelbagai syarikat yang mempunyai keupayaan berbeza-beza untuk mengurus risiko ini. Membantu kesemua syarikat untuk mengguna pakai amalan terbaik dalam keselamatan siber –khususnya bagi syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana – akan membantu dalam usaha membina daya tahan dalam seluruh rantaian nilai."

Brad Smith, Presiden, Microsoft: "Tiada syarikat yang boleh berdiri sendiri. Jelas sekali bahawa keselamatan siber yang berkesan memerlukan kami untuk mendapatkan bantuan daripada luar syarikat dan bekerjasama erat dengan jaringan rakan kongsi, pelanggan dan pembekal kami. Cyber Readiness Institute akan membantu mempercepatkan pembelajaran dan perkongsian amalan terbaik merentasi syarikat-syarikat bersaiz besar dan kecil."

Penny Pritzker, Mantan Setiausaha Perdagangan A.S. dan Pengerusi PSP Capital Partners: "Dalam keadaan ancaman siber yang dinamik pada masa kini, penting untuk memastikan kemahiran pengurusan risiko siber disediakan dalam setiap organisasi. Usaha oleh Cyber Readiness Institute akan membantu memaklumkan dan mendidik tenaga kerja kami dengan lebih baik tentang kaedah untuk mengurangkan risiko siber demi membantu memberi jaminan kepada perniagaan-perniagaan dan ekonomi digital yang lebih luas."

Cyber Readiness Institute ialah satu inisiatif bersama oleh The Center for Global Enterprise (www.thecge.net) dan Center for Responsible Enterprise And Trade (www.CREATe.org).

Untuk maklumat lanjut layari: www.CyberReadinessInstitute.org atau emelkan kepada info@cyberreadinessinstitute.org

Source: The Center for Global Enterprise
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security New products/services Not for profit