omniture

Park Place Technologies Ambil Alih Performance Data Berpangkalan di Singapura

Park Place Technologies
2017-07-20 21:00 595

Pengambilalihan bolehkan Park Place Technologies perluas kehadiran global di seluruh Timur Tengah dan Asia

CLEVELAND, 20 Julai 2017 /PRNewswire/ --  Park Place Technologies hari ini mengumumkan ia telah menyempurnakan pengambilalihan separa bersama Performance Data, penyedia perkhidmatan IT bertaraf global yang beribu pejabat di Wilmington, Delaware dan mempunyai pejabat-pejabat di Singapura dan Malaysia. Meskipun terma-terma urus niaga ini tidak didedahkan, Park Place mengambil alih majoriti aset Performance Data, membolehkan Park Place memperluas perkhidmatan dan sokongan pusat data sedia adanya di seluruh Asia dan seterusnya. Syarikat merancang untuk segera mula menyepadukan operasi, pengedaran, khidmat pelanggan, jualan dan sokongannya.

"Kami berasa teruja untuk mengalu-alukan Performance Data ke dalam pasukan Park Place Technologies," kata Ed Kenty, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Park Place Technologies. "Rekod prestasi Performance Data yang kukuh dalam menyediakan perkhidmatan dan sokongan IT terunggul benar-benar selari dengan misi dan visi masa depan Park Place. Tatkala kami terus melabur dalam peluang pertumbuhan baharu, kami berharap dapat mengembangkan bakat kami dan meningkatkan keupayaan global kami untuk pelanggan kami."

Sejak tahun 2008, Performance Data berkembang untuk berkhidmat kepada para pelanggan daripada syarikat-syarikat Fortune 100 serta syarikat-syarikat IT bersaiz kecil dan sederhana di seluruh Asia dan Timur Tengah. Dengan memberi sokongan kepada kebanyakan platform perkakasan OEM dan OS utama, Performance Data akan bergabung dengan operasi dan perkhidmatan Park Place sedia ada, membolehkan syarikat untuk memperluas operasi globalnya. Hasilnya, para pelanggan Park Place akan mendapat manfaat daripada pasukan jurutera yang berpengalaman dan unggul.

James Lim, Ketua Pegawai Operasi Performance Data, akan kekal sebagai Penolong Naib Presiden, Asia. Lim menambah, "Bagi pihak diri saya dan seluruh pasukan Performance Data, kami berasa teruja dapat menyertai Park Place Technologies. Perkongsian baharu ini akan mendayakan kami untuk meningkat maju ke tahap baharu dan membolehkan pelanggan kami menikmati masa pusing balik yang lebih pantas, khidmat pelanggan yang lebih peribadi dan juga penyediaan perkhidmatan yang lebih baik. Kami berharap dapat bekerjasama bersama-sama demi memberikan perkhidmatan IT yang berkualiti kepada pusat-pusat data di seluruh Asia dan juga Timur Tengah."

Pengambilalihan Performance Data oleh Park Place merupakan pengambilalihan keempat syarikat sejak 12 bulan lalu dan merupakan usaha terkini untuk mengukuhkan dan mengembangkan kedudukannya sebagai peneraju dunia bagi storan perusahaan legasi, penyelenggaraan IT serta perkakasan.

"Park Place mempunyai kumpulan pelanggan yang mantap di seluruh Asia dan Timur Tengah," tambah Chris Adams, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi, Park Place Technologies. "Pengambilalihan Performance Data ini memberikan kami peluang hebat untuk meningkatkan tawaran perkhidmatan serantau kami dan mengoptimumkan keupayaan kami demi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada lebih ramai pelanggan di seluruh dunia."

Pada November 2016, Park Place memperkenalkan lokasi Asia di Singapura. Di samping itu, pada Mei 2017, syarikat mengambil alih Prestige Data Centre Solutions, penyedia penyelesaian infrastruktur IT yang berpangkalan di UK.

Latar Belakang Performance Data
Performance Data, syarikat milik persendirian dan beribu pejabat di Delaware, AS, ialah penyedia perkhidmatan IT bertaraf global untuk perkhidmatan penyelenggaraan perkakasan dan penyepaduan sistem. Ditubuhkan pada tahun 2008, Performance Data memegang rekod prestasi dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggannya, yang kebanyakannya merupakan penyedia perkhidmatan IT untuk banyak syarikat bertaraf global, bagi menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan pihak ketiga (TPM) yang anjal dan andal untuk kebanyakan platform perkakasan OEM dan OS utama di seluruh dunia.

Latar Belakang Park Place Technologies
Sejak tahun 1991, Park Place Technologies menyediakan kaedah alternatif untuk storan pasca jaminan, pelayan dan penyelenggaraan perkakasan rangkaian untuk pusat-pusat data IT. Selaku organisasi penyelenggaraan pusat data pasca jaminan khusus yang terbesar di dunia, Park Place menyokong lebih 9,000 organisasi di lebih 100 negara, menawarkan pengalaman pelanggan yang luar biasa, penyerahan perkhidmatan terunggul dan kelebihan operasi untuk perniagaan-perniagaan bermula daripada kerajaan, institusi pendidikan tinggi dan penjagaan kesihatan kepada penyedia perkhidmatan awan, SMB dan syarikat-syarikat Fortune 500.

Park Place Technologies Media
Judie Vegh
jvegh@parkplacetech.com 
440-591-6377

Michele Mendelson
parkplacetech@kwittken.com 
646-747-7163

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/535647/Park_Place_Technologies_Logo.jpg

Source: Park Place Technologies
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers