omniture

Cision Lancar Keupayaan Pengenalpastian, Pemantauan dan Pengukuran Individu Berpengaruh Eksklusif untuk Golongan Profesional Komunikasi dan PR

Cision
2017-07-20 22:29 796

Penaiktarafan Key Cision Communications Cloud™ termasuk penyepaduan analitik web dengan Google Analytics dan Adobe Omniture, serta cadangan berasaskan data Graf Individu Berpengaruh Cision

CHICAGO, 20 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Cision (NYSE: CISN) hari ini mengumumkan ia telah memperkenalkan ciri-ciri baharu dan penambahbaikan produk pada Cision Communications Cloud™, yang direka untuk membolehkan komunikasi yang lebih baik bagi mengenal pasti pihak berpengaruh, menghasilkan dan mengurus kempen serta memberi nilai merentasi saluran komunikasi yang berkaitan.

Enable users to direct PR campaigns across channels, influencers, press releases, email pitching and social media in one interactive dashboard.
Enable users to direct PR campaigns across channels, influencers, press releases, email pitching and social media in one interactive dashboard.

Keluaran terbaharu Cision Comms Cloud memperkenalkan keupayaan yang eksklusif untuk industri bagi mengurus dan mengukur kempen dan keputusan PR dalam berbilang saluran secara menyeluruh. Penaiktarafan termasuk penyepaduan Google Analytics dan Adobe Omniture bagi menjejak kesan program-program berpengaruh terhadap objektif perniagaan. Ciri-ciri tambahan termasuk "Anda Juga Mungkin Suka" ("You Might Also Like") dan "Pihak Berpengaruh Popular Masa Kini" ("Trending Influencers") Graf Individu Berpengaruh Cision (Cision Influencer Graphs) serba baharu serta pemantauan media sosial yang diperluas.

  • Ciri-ciri pengurusan kempen PR berbilang saluran membolehkan pengguna mengawal kempen PR merentasi saluran, pihak berpengaruh, siaran akhbar, pic emel dan media sosial dalam satu papan pemuka interaktif.
  • Penyepaduan dengan Google Analytics dan Adobe Omniture membolehkan komunikator untuk menghubungkan capaian pihak berpengaruh dan liputan berita yang terhasil kepada aktiviti dalam pengalaman web dan e-dagang syarikat mereka. Dengan meneliti kejayaan kempen PR melalui lensa instrumen analitik web, komunikator dapat menunjukkan sejauh mana kempen media diperoleh dapat mendorong perolehan e-dagang atau jualan berpandukan harta milik mereka.
  • Ciri "Anda Juga Mungkin Suka" Graf Individu Berpengaruh Cision menyediakan cadangan berasaskan data mengikut lokasi, demografi dan minat audiens bagi membantu mengenal pasti pihak berpengaruh melalui Twitter yang dapat mendekati pengguna akhir sasaran. "Pihak Berpengaruh Popular Masa Kini" membolehkan pengguna mencari pihak berpengaruh sewaktu mereka meningkat naik berhubung topik tertentu, bagi mendekati mereka sebelum populariti mereka memuncak.
  • Cision Comms Cloud kini menyediakan kandungan Facebook, Instagram dan YouTube dalam platform yang sama seperti bahan cetakan, dalam talian dan siaran, selain kandungan Twitter yang telahpun disertakan, membolehkan pengguna memantau kisah sepenuhnya dalam seluruh saluran penting. Ulasan, sebutan dan trend kini boleh diasingkan dengan mudah mengikut syarikat, mesej, eksekutif mahupun produk.

"Keluaran terbaharu Cision Comms Cloud menangani dua cabaran terbesar dalam industri: menavigasi komunikasi melalui ribuan individu berpengaruh dan puluhan saluran; dan mengaitkan kesan perniagaan sebenar dan utama terhadap usaha-usaha ini," kata Kevin Akeroyd, Ketua Pegawai Eksekutif Cision. "Penambahbaikan produk hari ini membolehkan golongan profesional komunikasi pemasaran menangani cabaran-cabaran ini secara langsung, dilengkapi dengan satu platform komprehensif serta analitik dan data yang bermakna."

Ini merupakan kemas kini produk utama yang kedua untuk Cision Comms Cloud sejak pelancaran platform pada Oktober 2016. Kemas kini hari ini diikuti dengan penyenaraian syarikat baru-baru ini dalam Bursa Saham New York (CISN) dan menjadi satu lagi bukti komitmen Cision terhadap inovasi dan menerajui usaha transformasi data dan teknologi bagi industri media diperoleh.

Pelanggan semasa Cision Comms Cloud telah dinaik taraf bagi menerima ciri-ciri baharu dan boleh menghubungi wakil-wakil akaun mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Cision Communications Cloud™ klik di sini.

Latar Belakang Cision
Cision Ltd. (NYSE: CISN) ialah penyedia perisian dan perkhidmatan global yang terkemuka untuk golongan profesional bahagian perhubungan awam dan komunikasi pemasaran. Perisian Cision membolehkan pengguna mengenal pasti pihak berpengaruh utama, menghasilkan dan mengagihkan kandungan strategik serta mengukur impak bermakna. Cision menggaji lebih 3,000 kakitangan dan mempunyai pejabat-pejabat di 15 negara di seluruh benua Amerika, EMEA dan APAC. Untuk maklumat lanjut tentang produk dan perkhidmatannya yang memenangi anugerah, termasuk Cision Communications Cloud™ layari www.cision.com dan ikuti Cision melalui Twitter @Cision.

Hubungi:
Nick Bell
Naib Presiden, Komunikasi Pemasaran
cisionpr@cision.com

The Cloud now includes Facebook, Instagram and YouTube content in the same platform as print, online and broadcast material, in addition to the already included Twitter content, allowing users to monitor the complete story across all important channels.
The Cloud now includes Facebook, Instagram and YouTube content in the same platform as print, online and broadcast material, in addition to the already included Twitter content, allowing users to monitor the complete story across all important channels.

 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/537653/Multi_channel_PR_campaign_management_features.jpg

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/537654/Social_media_content_streams.jpg

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160519/369876LOGO

 

Source: Cision
Related Stocks:
NYSE:CISN
Related Links:
Keywords: Advertising Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Social Media