omniture

GVS Peroleh Kuss Filtration

GVS S.p.A and Kuss Filtration
2017-07-21 03:07 729

BOLOGNA, Itali, 21 Julai 2017 /PRNewswire/ --

GVS S.p.A, sebuah syarikat mikropenurasan terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani perjanjian untuk memperoleh Kuss Filtration Inc. ("Kuss"), daripada Industrial Opportunity Partners ("IOP"), firma ekuiti persendirian yang menumpukan kepada operasi.

Dengan gabungan kepakaran teknikal, rangkaian jualan dan pengedaran global masing-masing, GVS dan Kuss akan bersama-sama memaksimumkan penembusan ke dalam pasaran automotif, mikropenurasan. "GVS mempunyai jangkaan tinggi bagi pelaburan baharu ini," kata Massimo Scagliarini, Ketua Pegawai Eksekutif GVS. "Kuss Filtration membawakan kami pengalaman yang luas dalam pasaran penurasan bahan bakar. Pasukan pengurusan mahir, portfolio produk, dan kedudukan jualan penting mereka, memberikan Divisyen Automotif GVS kepimpinan yang jelas dalam pasaran mikropenurasan automotif."

"Kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada GVS Group," kata Hasnain Merchant, Ketua Pegawai Eksekutif Kuss. "Perkongsian ini membolehkan kami memanfaatkan sepenuhnya kemahiran mereka bentuk dan teknikal. Kami juga akan dapat menyediakan produk dan penyelesaian tambahan kepada pelanggan kami."

Selepas gabungan ini, GVS akan beroperasi dari 26 lokasi di 22 negara seluruh dunia. Syarikat akan menggajikan lebih 2300 pekerja dan berkhidmat dalam industri Penjagaan Kesihatan, Automotif, Sains Hayat, Perlindungan Peribadi, Hvac dan Perkakas, pasaran peralatan berkuasa elektrik luaran, sukan motor berkuasa dan kenderaan komersial di atas dan luar lebuh raya.

GVS mendapat nasihat daripada Ice Miller, dan IOP dan Kuss oleh Robert W. Baird & Co., dan Winston & Strawn LLP.

Latar Belakang GVS: 

Ditubuhkan pada tahun 1979, GVS merupakan peneraju teknologi global dalam pembangunan dan pembuatan produk penurasan terutamanya yang berkhidmat dalam pasaran perubatan, automotif, keselamatan, Sains Hayat, perkakas dan perindustrian. GVS mempunyai sebelas kilang pembuatan: di Itali, United Kingdom, Brazil, China, Romania, Amerika Syarikat, dengan pejabat jualan sokongan di 22 negara.

Latar Belakang Kuss Filtration: 

Ditubuhkan pada tahun 1949 Kuss menghasilkan pelbagai jenis penapis bahan api, minyak, pelinciran dan urea, tempat masuk udara enjin, penapis udara dan pelepasan kabin bagi kumpulan pelanggan global dan berkhidmat untuk pasaran kenderaan ringan, peralatan berkuasa elektrik luaran, sukan motor berkuasa dan kenderaan komersial di atas dan luar lebuh raya. Beribu pejabat di Findlay, Ohio, Kuss mempunyai empat kilang pengeluaran di Amerika Syarikat, Brazil dan China, dan pejabat jualan di Perancis dan Switzerland.

Latar Belakang IOP: 

IOP, yang berpangkalan di Evanston, Illinois, merupakan firma pelaburan ekuiti persendirian dengan modal komited sebanyak $910 juta sejak penubuhannya. IOP menumpukan kepada pemerolehan dan pengurusan perniagaan pasaran tengah pembuatan dan pengedaran nilai tambahan. Dengan menggunakan pendekatan yang menumpukan kepada operasi dan Prinsip Operasi Lembaga yang khusus, IOP mempunyai rekod prestasi untuk menstabilkan, mengembangkan dan meningkatkan nilai perniagaan yang diperolehinya.

Source: GVS S.p.A and Kuss Filtration
Keywords: Auto Transportation Acquisitions, mergers, takeovers