![]() |
Penyelesaian Wi-Fi Nirgeseran 802.11ac Wave 2 mudah digunakan dan berikan kapasiti serta prestasi tinggi untuk akses Wi-Fi kawasan tertutup dan luar
ROLLING MEADOWS, Illinois, 23 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Cambium Networks, penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian rangkaian tanpa wayar, hari ini mengumumkan produk Wi-Fi cnPilot™ dianugerahkan sebagai "produk terbaik" dalam acara SMB Techfest di Anaheim, California.
"Ia merupakan persidangan Wi-Fi terunggul termasuk produk-produk hebat daripada vendor-vendor terbaik dalam industri," kata Atul Bhatnagar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cambium Networks. "Pemilihan cnPilot untuk menerima anugerah ini ialah satu penghormatan."
Wi-Fi Nirgeseran
Perusahaan dan penyedia perkhidmatan kini mempunyai papan pemuka melalui ciri penyedia perkhidmatan terurus Cambium bagi melihat rangkaian Wi-Fi mereka dan dapat mengurus privasi data, penjenamaan dan akses mengikut peranan terhadap maklumat rangkaian. Sistem pengurusan cnMaestro™ juga mempunyai API untuk mengurus acara, penggera dan laporan berformat serta menyepadukan sistem CRM.
Seni Bina Adaptif
Seni bina adaptif unik daripada Cambium memberikan tiga cara fleksibel untuk menggunakan rangkaian diurus pengawal:
"AutoPilot menjadikan penggunaan pengawal yang mudah dan mampu milik," kata Vibhu Vivek, Naib Presiden Kanan Produk, Cambium Networks. "Dengan AutoPilot, AP Wi-Fi menjadi pengawalnya, menyokong 32 AP atau 1,000 pelanggan. Penyelesaian ini tidak mempunyai lesen atau bayaran berulang dan dalam masa yang sama terus menawarkan perlindungan pelaburan untuk pentadbir rangkaian Wi-Fi, dengan pilihan untuk berpindah kepada penyelesaian pengawal awan atau pengawal setempat apabila diperlukan."
"Cambium Networks memahami dengan jelas keperluan terhadap perkhidmatan Wi-Fi yang ditawarkan oleh perusahaan dan pengendali rangkaian. cnPilot menyediakan kos peralatan yang menarik serta memberikan penjimatan ketara dari segi kos lesen," kata Daryl Schoolar, Ketua Praktis di Ovum.
Penyelesaian Terbukti
Hotel-hotel dapat memperlihatkan perbezaan dengan menawarkan Wi-Fi terunggul dengan cnPilot. "Kini, kami mempunyai berbilang titik akses tertutup E400 cnPilot yang menyediakan perkhidmatan Wi-Fi dalam bilik," kata Jose Barrios, Pengurus, Hotel Aquarios di Baja, Mexico. "Titik akses luar E500 menyediakan perkhidmatan Wi-Fi di kawasan kolam dan tempat letak kenderaan peribadi. Cambium Networks menyediakan penyelesaian yang begitu sempurna."
Easyweb Digital menghubungkan bandar-bandar terpencil di Australia menggunakan penyelesaian Wi-Fi cnPilot. "Dana untuk projek ketersambungan penting ini adalah terhad," kata Daniel Sacchero, Pengurus Perniagaan, Easyweb Digital. "Kami memerlukan penyelesaian fungsi ketersambungan yang berkesan kos dan rendah penyelenggaraan yang dapat bertahan dalam keadaan persekitaran di kawasan pedalaman Australia. Kami memperoleh kemudahan ini dengan Cambium Networks, dan ganjarannya ialah set ciri beraneka yang tidak kami jangkakan daripada platform dengan harga kompetitif ini."
Webinar Langsung
Cambium Networks mengehoskan sesi penstriman secara langsung "AutoPilot" secara percuma pada 25 Julai jam 9 pagi CDT. Daftar di sini untuk menyertai sesi tersebut.
Latar Belakang Cambium Networks
Cambium Networks ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian tanpa wayar dipercayai yang menghubungkan dengan mereka yang tidak terhubung – Orang Ramai, Tempat dan Benda. Melalui portfolionya yang luas yang terdiri daripada platform jalur sempit dan jalur lebar yang andal, boleh diskala dan selamat, Cambium Networks membolehkan semua penyedia perkhidmatan dan pengendali rangkaian perindustrian, perusahaan dan kerajaan membangunkan fungsi ketersambungan yang mampu milik, andal dan tinggi prestasi. Kini, syarikat mempunyai lebih tujuh juta radio digunakan dalam beribu-ribu rangkaian yang mencabar di lebih 150 negara. Beribu pejabat di luar Chicago dan menerusi pusat-pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di A.S, U.K. dan India, Cambium Networks menjual produknya melalui pelbagai pengedar global yang dipercayai.
www.cambiumnetworks.com.
Maklumat Perhubungan Media:
Sara Black
1-213-618-1501
sara@bospar.com
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/325530/cambium_networks_logo.jpg