omniture

UnionPay International keluar laporan berkenaan perbelanjaan pelajar Cina di luar negara

UnionPay International
2017-07-24 07:30 840

UnionPay sediakan perkhidmatan pembayaran lebih selamat dan mudah bagi pelajar di luar negara

SHANGHAI, 24 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Menurut Laporan Perbelanjaan Pelajar China Luar Negara (2017) yang dikeluarkan oleh UnionPay International pada 20 Julai, pelajar Cina yang belajar di luar negara menghabiskan lebih 380 bilion RMB di luar negara setiap tahun dan 80% daripadanya ialah yuran pengajian dan perbelanjaan harian. Pasaran pengajian luar negara di China kinimengalami perkembangan yang stabil dengan pelajar yang lebih muda dan pilihan destinasi mereka yang lebih pelbagai.

Seperti yang ditunjukkan oleh Laporan ini, jumlah urus niaga kad UnionPay dalam bidang yang berkaitan dengan pengajian luar negara terus berkembang. Kini, lebih 2,000 institusi pendidikan di luar tanah besar China menerima kad UnionPay bagi pembayaran yuran, dan sistem perkhidmatan UnionPay bagi pelajar yang belajar di luar negara semakin bertambah baik.

Menyelesaikan punca kesukaran pembayaran untuk belajar di luar negara

AS, UK, Australia dan Kanada masih menjadi destinasi paling popular untuk pengajian luar negara, dan pelajar Cina yang belajar di negara-negara ini semakin muda. Jepun, Perancis, New Zealand, Singapura dan Jerman juga merupakan antara sepuluh destinasi utama.

Pelajar dan ibu bapa boleh membayar yuran pengajian dengan kad UnionPay dengan cara berikut: Pertama ialah melalui platform peerTransfer, WesternUnion, dan 6 platform pembayaran bank di Taiwan (meliputi sekitar 90% universiti dan kolej di Taiwan). Kedua ialah melalui laman sesawang rasmi sekolah, termasuk lebih 700 institusi di bawah TMS dan TouchNet, dan lain-lain. Pelajar juga boleh membayar yuran di terminal POS di kampus dengan kad UnionPay.

Meningkatkan sistem perkhidmatan pembayaran bagi pengajian luar negara

Kini, lebih daripada 20 juta peniaga dan 1.4 juta ATM di luar tanah besar China menerima kad UnionPay. Berdasarkan hal ini, sistem perkhidmatan pembayaran UnionPay untuk pengajian luar negara merangkumi pembayaran yuran dalam talian/luar talian, pengeluaran harian wang tunai dan perbelanjaan, perbelanjaan perjalanan serta aplikasi kad tempatan dan lain-lain. Pelbagai produk kad UnionPay dikeluarkan di lebih 40 buah negara dan rantau, termasuk destinasi utama bagi pengajian luar negara.

UnionPay International telah membina ekosistem penggunaan kad di dalam dan luar kampus di sekitar sekolah-sekolah berprestij. Pelajar boleh membayar dengan kad UnionPay kepada peniaga yang hanya berada di kampus, mengeluarkan wang tunai dari ATM, juga dengan mudahnya boleh membayar menggunakan kad UnionPay di kedai buku, restoran, pasar raya, kedai ubat, panggung wayang, dan lain-lain. Sebagai contoh, di lebih 20 kolej dan universiti AS dengan bilangan pelajar Cina yang terbesar, kad kredit UnionPay diterima di kedai buku kampus.

Source: UnionPay International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Education Electronic Commerce Higher Education Survey, Polls & Research