omniture

Expedia Perkukuh Kerjasama dengan Traveloka

Expedia, Inc.; Traveloka
2017-07-28 14:10 1019

Expedia Buat Pelaburan Ekuiti dalam Traveloka, Syarikat Pelancongan Dalam Talian Utama Asia Tenggara dan Perkukuh Hubungan Bekalan Hotel; Traveloka Peroleh Pelaburan Kira-kira $500 Juta Tahun Lalu

BELLEVUE, Washington dan JAKARTA, Indonesia, 28 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Expedia, Inc. (NASDAQ: EXPE) dan Traveloka Holding Limited, syarikat pelancongan dalam talian yang terkemuka di Asia Tenggara, hari ini mengumumkan Expedia® membuat pelaburan minoriti utama sebanyak $350 juta dalam Traveloka dan kedua-dua syarikat ini turut memperkukuh jalinan kerjasama mereka terhadap bekalan hotel global.

Sepanjang tempoh dua pusingan pembiayaan terakhir ini, East Ventures, Hillhouse Capital Group, JD.com dan Sequoia Capital turut menyumbangkan dana, menjadikan jumlah pelaburan kepada kira-kira $500 juta pada tahun lalu.

"Traveloka ialah peneraju pelancongan dalam talian yang jelas di Indonesia dan berkembang pesat di seluruh Asia Tenggara. Perkongsian kami akan mendapat manfaat daripada kepakaran dan pengetahuan tempatan kedua-dua pihak, selain mempercepat pertumbuhan bersama kami," kata Dara Khosrowshahi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Expedia, Inc. "Kami berasa amat teruja dapat terus memperluas kehadiran kami di Asia, belajar daripada pasukan Traveloka yang berbakat serta membuka lebih banyak tawaran pilihan pelancongan untuk para pengembara Traveloka dan Expedia di seluruh dunia."

"Jalinan kerjasama dengan syarikat pelancongan dalam talian yang terkemuka di dunia akan membolehkan kami menumpu pada pertumbuhan berterusan kami dalam bidang pelancongan dalam talian demi memenuhi matlamat kami untuk menyediakan pengembara dengan pilihan pelancongan terbaik serta pengalaman tempahan berkualiti tertinggi," kata Ferry Unardi, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, Traveloka. "Perkongsian yang diperluas ini memberikan pengembara Traveloka akses kepada set penginapan antarabangsa unik yang pelbagai dan kami berharap dapat bekerjasama dengan Expedia untuk meluaskan perkhidmatan kami di Asia dan seluruh dunia."

Expedia akan mengambil kira pelaburan ini atas dasar kos.

Kenyataan Jangkaan.

Siaran media ini mengandungi "kenyataan jangkaan" dalam maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, termasuk kenyataan-kenyataan yang berkaitan dengan jangkaan faedah daripada perjanjian Expedia/Traveloka. Kenyataan-kenyataan ini adalah jangkaan pengurusan Expedia dan Traveloka setakat tarikh tersebut dan andaian yang sememangnya tertakluk kepada ketidakpastian, risiko dan perubahan keadaan yang sukar diramal. Keputusan sebenar, masa dan hasil peristiwa mungkin berbeza dengan ketara berbanding dengan keputusan yang dinyatakan atau yang tersirat dalam kenyataan jangkaan atas pelbagai sebab, termasuk, antara lain, kebolehan pihak-pihak untuk melaksanakan perjanjian dengan jayanya, atau memenuhi ramalan dan jangkaan lain, selain risiko lain yang diperincikan dalam pemfailan awam Expedia, Inc.bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran, termasuk Laporan Tahunan Expedia, Inc. paling terkini dalam Borang 10-K serta Laporan Suku Tahunan dalam Borang 10-Q. Kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, Expedia dan Traveloka tidak menanggung sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini mana-mana kenyataan jangkaan atau kenyataan-kenyataan lain dalam siaran ini, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa depan atau sebaliknya.

Latar Belakang Expedia, Inc.

Expedia, Inc. (NASDAQ: EXPE) ialah syarikat pelancongan dalam talian terbesar di dunia, dengan portfolio jenama yang luas, merangkumi jenama-jenama pelancongan dalam talian terkemuka, seperti:

  • Expedia.com®, jenama pelancongan dalam talian khidmat penuh terkemuka yang memiliki laman-laman sesawang tempatan di 33 negara
  • Hotels.com®, pakar penginapan global terkemuka yang mengendalikan 89 laman sesawang tempatan dalam 41 bahasa menerusi program kesetiaan Ganjaran Hotels.com® yang memenangi anugerah
  • Expedia® Affiliate Network (EAN), jenama B2B bertaraf global yang memperkasa perniagaan hotel bagi beratus-ratus syarikat penerbangan terkemuka, agensi pelancongan, syarikat pelancongan kesetiaan dan korporat berserta beberapa jenama pengguna terkenal menerusi penyelesaian API dan templat miliknya
  • trivago®, platform carian hotel dalam talian terkenal yang memiliki laman-laman sesawang di 55 negara seluruh dunia
  • HomeAway®, pasaran dalam talian global untuk industri sewaan percutian, yang turut melibatkan jenama-jenama VRBO®, VacationRentals.com® dan BedandBreakfast.com®, antara lainnya
  • Egencia®, syarikat pengurusan pelancongan korporat terkemuka
  • Orbitz® dan CheapTickets®, laman-laman sesawang pelancongan A.S. terkemuka, selain ebookers®, jenama pelancongan khidmat penuh yang mempunyai laman-laman sesawang di tujuh negara Eropah
  • Travelocity®, jenama pelancongan dalam talian terkemuka di A.S. dan Kanada yang menyediakan khidmat pelanggan yang diperlukan pelanggan kami pada bila-bila masa dan tempat menerusi Jaminan Keutamaan Pelanggan
  • Hotwire®, menginspirasi pelancongan spontan melalui tawaran Hot Rate®
  • Wotif Group, portfolio terkemuka bagi jenama-jenama pelancongan termasuk Wotif.com®, Wotif.co.nz, lastminute.com.au®, lastminute.co.nz dan travel.com.au®
  • Expedia® Media Solutions, bahagian jualan pengiklanan Expedia, Inc. yang mewujudkan perkongsian media kreatif dan membolehkan pengiklan jenama menyasarkan khalayak pengguna pelancongan yang berkelayakan tinggi
  • CarRentals.com™, syarikat tempahan sewa kereta dalam talian terunggul yang mempunyai laman-laman sesawang tempatan di 13 negara
  • Classic Vacations®, pakar pelancongan mewah terkemuka
  • Expedia Local Expert®, penyedia perkhidmatan rencam dalam talian dan dalam pasaran, aktiviti, pengalaman dan pengangkutan darat di lebih ribuan destinasi seluruh dunia
  • Expedia® CruiseShipCenters®, penyedia nilai luar biasa dan khidmat nasihat pakar untuk pengembara menempah pelayaran dan percutian melalui rangkaiannya yang terdiri daripada lebih 235 francais agensi pelancongan runcit di seluruh Amerika Utara
  • SilverRail Technologies, Inc., platform peruncitan dan pengedaran rel global yang menghubungkan syarikat kereta api dan pembekal kepada pengedar pelancongan dalam talian dan luar talian

Untuk berita dan pandangan korporat dan industri, kunjungi kami di www.expediainc.com atau ikuti kami melalui Twitter @expediainc.

Tanda dagangan dan logo adalah hak milik pemilik masing-masing. © 2017 Expedia, Inc. Semua hak cipta terpelihara. CST: 2029030-50

Latar Belakang Traveloka

Traveloka ialah syarikat pelancongan dalam talian yang terkemuka di Asia Tenggara yang menyediakan pelbagai pilihan keperluan pelancongan dalam satu platform. Syarikat ini menjalin kerjasama dengan lebih 100 syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa, berkhidmat kepada lebih 200,000 laluan di seluruh dunia. Ia juga mempunyai inventori penginapan terus yang terbesar, bermula daripada hotel, pangsapuri, rumah tamu, inapan keluarga, kepada vila dan juga resort. Traveloka menyediakan lebih 40 pilihan pembayaran untuk pengguna di Indonesia, Thailand, Vietnam, Malaysia, Singapura dan Filipina, dengan khidmat bantuan sepanjang masa daripada khidmat pelanggan tempatan dalam bahasa ibunda mereka. Selain itu, aplikasi mudah alihnya telah dimuat turun sebanyak lebih 20 juta kali, menjadikannya aplikasi tempahan pelancongan paling popular di rantau ini. Untuk maklumat lanjut tentang syarikat, layari press.traveloka.com.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/141249/expedia__inc__logo.jpg

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/539702/Traveloka_Primary_Logo.jpg

 

Source: Expedia, Inc.; Traveloka
Related Stocks:
NASDAQ:EXPE
Keywords: Leisure/Travel/Hotels Travel Acquisitions, mergers, takeovers Financing agreements Licensing/marketing agreements