omniture

Estée Lauder Perkenal Kempen Koleksi Alat Solek Edisi Terhad Kedua Bersama Victoria Beckham

Estee Lauder
2017-07-29 08:39 628

NEW YORK, 29 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Hari ini, Estée Lauder memperkenalkan kempen untuk koleksi alat solek edisi terhad kedua bersama pereka fesyen Victoria Beckham. Koleksi Alat Solek Victoria Beckham Estée Lauder baharu ini akan disediakan pada awal September 2017 di kedai-kedai terpilih seluruh dunia, serta melalui victoriabeckham.com, esteelauder.com dan kedai 36 Dover Street London kebanggaan Victoria Beckham. Victoria menjadi muka hadapan kempen digital dan cetakan, manakala gambar dirakam oleh jurugambar Lachlan Bailey di Bandar Raya New York.

Victoria Beckham fronts the advertising campaign for the new Victoria Beckham Estée Lauder makeup collection debuting in September. Photo credit for Victoria’s image: Lachlan Bailey. Photo credit for product image: Kanji Ishii.
Victoria Beckham fronts the advertising campaign for the new Victoria Beckham Estée Lauder makeup collection debuting in September. Photo credit for Victoria’s image: Lachlan Bailey. Photo credit for product image: Kanji Ishii.

"Saya amat teruja dapat memperluas koleksi alat solek saya bersama Estée Lauder dan melancarkan kapsul kedua. Peluang bekerjasama dengan Lachlan dan Estée untuk kempen ini amat istimewa dan merupakan suatu penghormatan sebenar," kata Victoria Beckham. "Diilhamkan oleh bandar-bandar kegemaran saya di dunia, koleksi alat solek ini mencerminkan visi kecantikan peribadi saya. Saya berharap ia akan membuatkan wanita di mana-mana jua berasa cantik dan yakin."

"Meneruskan kejayaan hebat gabungan koleksi alat solek pertama kami pada tahun lalu, kami berasa teruja untuk meneruskan perkongsian kami dengan Victoria sempena pelancaran koleksi alat solek kedua yang diperluas pada September ini," kata Stephane de La Faverie, Presiden Jenama Global, Estée Lauder. "Sama seperti pengasas kami, Estée, Victoria mempunyai pemahaman sebenar tentang apa yang diingini oleh wanita dan mengaplikasikan pemahaman ini terhadap kecantikan dengan begitu bersungguh-sungguh dan bersifat peribadi. Menerusi koleksi ini, Estée Lauder dan Victoria akan terus merancakkan perbualan kecantikan yang beraspirasi melalui inovasi produk yang lebih mendalam, wajah kecantikan yang baru dipilih susun serta kandungan kecantikan digital yang dinamik bagi menginspirasikan golongan wanita di seluruh dunia."

Latar Belakang Victoria Beckham
Sejak dilancarkan pada tahun 2008, jenama fesyen Victoria Beckham membangunkan trend pakaian yang tersendiri dan moden. Berani, intuitif dan halus, rangkaian pakaian dan aksesorinya kini disediakan di lebih 400 kedai di lebih 50 negara seluruh dunia. Menerusi setiap koleksi, Victoria mengadaptasi gaya peribadi beliau yang tersendiri mengikut keperluan dan kehendak golongan wanita antarabangsa yang yakin terhadap pakaian label yang mewah dan cantik ini.

Latar Belakang Estée Lauder
Estée Lauder ialah jenama kebanggaan The Estée Lauder Companies Inc. Ditubuhkan oleh Estée Lauder, salah seorang usahawan wanita pertama dunia, pada masa kini jenama ini meneruskan legasi beliau dalam mencipta produk-produk penjagaan kulit dan alat solek serta minyak wangi ikonik yang paling inovatif, sofistikated dan berprestasi tinggi – kesemuanya diterapkan dengan pemahaman yang mendalam tentang keperluan dan keinginan wanita. Pada masa kini, Estée Lauder berhubung dengan wanita di lebih 150 negara seluruh dunia dan puluhan titik sentuh – bermula daripada dalam kedai hingga dunia digital. Setiap hubungan ini tekal mencerminkan pandangan wanita-kepada-wanita Estée yang hebat dan asli. 

Untuk maklumat lanjut, layari @victoriabeckham dan @esteelauder melalui Instagram dan Twitter.
#VBxEsteeLauder  

Ikuti @esteelauder melalui Instagram, Facebook, Twitter dan YouTube
Ikuti @victoriabeckham melalui Instagram, Twitter, Facebook, Weibo, YouTube, TenCent dan GooglePlus

Estée Lauder debuts its second limited edition makeup collection with fashion designer Victoria Beckham in September. Photo credit: Lachlan Bailey.
Estée Lauder debuts its second limited edition makeup collection with fashion designer Victoria Beckham in September. Photo credit: Lachlan Bailey.

 

The new limited edition Victoria Beckham Estée Lauder makeup collection will be available beginning September 2017 at select retailers globally. Products in image from left: Skin Perfecting Powder, Eye Matte Duo in Saphir/Orange Vif, Eye Ink Mascara in Blackest, Morning Aura Illuminating Creme, Matte Lipstick in Victoria. Photo credit: Kanji Ishii.
The new limited edition Victoria Beckham Estée Lauder makeup collection will be available beginning September 2017 at select retailers globally. Products in image from left: Skin Perfecting Powder, Eye Matte Duo in Saphir/Orange Vif, Eye Ink Mascara in Blackest, Morning Aura Illuminating Creme, Matte Lipstick in Victoria. Photo credit: Kanji Ishii.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/539777/Estee_Lauder_Victoria_Beckham_Ad.jpg  
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/539776/Estee_Lauder_Victoria_Beckham_Model_Image.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/539778/Estee_Lauder_Victoria_Beckham_collection.jpg

Source: Estee Lauder
Keywords: Advertising Cosmetics & Personal Care Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services