omniture

LKK Health Products Group Raih Anugerah Kreativiti Penjenamaan Majikan Pertama

LKK Health Products Group
2017-07-31 09:02 594

SHANGHAI, 31 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Pada 21 Julai 2017, Program Falsafah Kesihatan LKK Health Products Group (LKKHPG) telah dianugerahkan dengan Anugerah Pengalaman Pekerja Terbaik dari Anugerah Kreativiti Penjenamaan Majikan yang pertama di Greater China, yang mengiktiraf kreativiti LKKHPG dalam usaha memperbaik kesihatan dan kesejahteraan pekerja.

Pertandingan ini diadakan bersama dengan institusi terkenal dalam industri ini, termasuk HRoot, sebuah syarikat media sumber manusia terkemuka di China, dan Top Employers Institute, sebuah syarikat persijilan yang mengiktiraf majikan yang cemerlang di peringkat global. Sejumlah 312 syarikat dengan 633 cadangan kreatif didaftarkan. Akhirnya 40 syarikat termasuk Tencent dan Netease menonjol dalam pertandingan sengit ini dan masing-masing memenangi 11 anugerah.

Program Falsafah Kesihatan LKKHPG telah dilancarkan pada tahun 2013, dan sejak itu dilaksanakan secara beransur-ansur dalam tempoh empat tahun berikutnya, dengan tujuan meningkatkan kesedaran kesihatan pekerja dan masyarakat umum. Program ini terdiri daripada pelbagai acara dan aktiviti yang memberi inspirasi. Kebanyakannya diadakan setiap tahun, termasuk kem kesihatan, kembara (peserta boleh menebus perbatuan kembara mereka kepada kupon untuk membeli tiket menaiki kereta api berkelajuan tinggi China) dan pertandingan fotografi di mana peserta bertanding dengan menghantar foto terbaik yang menggambarkan hidangan yang sihat, kehidupan yang sihat , senaman dan emosi positif. Dengan lebih daripada 10,000 pendaftaran setakat ini, program ini telah menerima pujian sebulat suara daripada jawatankuasa penghakiman.

Laman Sesawang Pertandingan Fotografi Empat Tabiat LKK Health Products Group
Laman Sesawang Pertandingan Fotografi Empat Tabiat LKK Health Products Group

Jurucakap program menjelaskan, "Kami berharap program ini dapat membantu kakitangan kami untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya kesihatan melalui penyertaan, dan menggalakkan lebih ramai orang bersama-sama mengamalkan gaya hidup sihat. Ramai rakan sekerja kami telah berjaya menurunkan berat badan dan menjadi lebih bertenaga dengan berjalan 10,000 langkah atau lebih setiap hari. Selain itu, acara-acara seperti Pertandingan Fotografi Empat Tabiat menyebarkan tenaga positif di kalangan masyarakat umum melalui platform media sosial, seperti Facebook dan WeChat. Foto pemenang mendapat lebih 40,000 sukaan."

En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG menambah, "Berdasarkan nilai-nilai teras Si Li Ji Ren - mempertimbang faedah kolektif sebelum bertindak – kami sentiasa menghargai pekerja sebagai aset kami yang paling berharga. Kami komited kepada kesihatan pekerja, yang berperanan dalam mewujudkan kelebihan unik kumpulan bakat, memperkukuh jenama majikan dan meningkatkan daya saing teras kami. "

Latar Belakang LKK Health Products Group (www.lkkhpg.com)

LKK Health Products Group, sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong, ditubuhkan oleh Keluarga Lee Kum Kee pada tahun 1992. Syarikat mengendalikan pelbagai segmen perniagaan melibatkan produk kesihatan herba Cina, pelaburan hartanah, perladangan dan perdagangan herba Cina serta modal usaha niaga untuk syarikat-syarikat baharu. Tanda dagangan Syarikat merangkumi "Infinitus", "Tianfangjian", dan "Happiness Capital".

Ikuti kami di Facebook dengan mencari "lkkhpg"

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170727/1907156-1

 

Source: LKK Health Products Group
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Supplementary Medicine Workforce Management/Human Resources Awards