omniture

Bandar Sanya Lancar Acara Promosi Pelancongan Antarabangsa di Indonesia Promosikan Keindahan Pantai Tropika

Sanya Municipal Government
2017-07-31 09:26 914

SANYA, China, 31 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Perayaan Sanya 2017 ("Perayaan"), satu acara promosi pelancongan antarabangsa oleh kerajaan perbandaran Sanya, China, diadakan pada 27 Julai di Djakarta, Indonesia, bagi memperkenalkan keindahan Sanya, bandar peranginan pelancongan pantai tropika yang terkenal di China Selatan.

The 2017 Sanya Celebration in Indonesia
The 2017 Sanya Celebration in Indonesia

Perayaan ini dibahagikan kepada dua bahagian termasuk jerayawara dan mesyuarat promosi, menarik hampir 150 pakar industri dan wartawan bagi menghadirinya. Di kawasan pameran, para peserta berpeluang mengalami keindahan dan budaya tempatan Sanya menerusi galeri foto, permainan Realiti Maya (VR), pameran makanan dan keseronokan lain. Warganegara minoriti Li dan Miao tempatan dari Hainan turut menyajikan persembahan kebudayaan mereka menerusi nyanyian dan tarian rakyat.

Beautiful Sanya, Romantic Paradise
Beautiful Sanya, Romantic Paradise

Semasa mesyuarat promosi, kerajaan Sanya menekankan pertumbuhan kukuh dari segi kemasukan antarabangsa, didorong oleh peningkatan kesedaran terhadap tempat-tempat indah di Sanya seperti Tianya Haijiao (kawasan tepian pantai indah di Sanya yang terkenal di dunia), Pulau Wuzhizhou, Pulau Barat, Taman Hutan Syurga Tropika Teluk Yalong dan banyak lagi. Sementara itu, lawatan makanan, lawatan perkahwinan, lawatan golf dan kunjungan terapi perubatan Cina tradisional yang semakin berkembang pesat juga popular dan benar-benar diperkenalkan.

"Sanya menyasarkan untuk menjadi destinasi pelancongan terulung menerusi keindahan alam semula jadinya dan pelbagai projek bertemakan budaya," kata Deng Zhong, Presiden Kehormat Persatuan Rakyat Sanya untuk Persahabatan dengan Negara-negara Asing. "Kami berharap dapat menarik lebih ramai pelancong luar negara untuk mengembara, bekerja dan tinggal di bandar ini, dan lebih banyak pelabur untuk turut meninjau peluang pelaburan baharu."

Pan Yonglu, kaunselor kedutaan Cina di Indonesia, menyatakan bahawa Indonesia dan Sanya mempunyai sumber pelancongan beraneka dan kepelbagaian budaya. Ia merupakan suatu pengalaman yang berbaloi bagi pelancong dari Indonesia untuk melancong dan meneroka tempat ini.

Indonesia dan China merupakan pasaran pelancongan penting untuk satu sama lain. Tahun lalu, kira-kira 1.4 juta pelancong Cina mengunjungi Indonesia, meningkat 8% berbanding tahun sebelumnya. China menjadi pasaran pelancongan No. 1 untuk Indonesia manakala Indonesia juga merupakan destinasi pelancongan No. 6 untuk pelancong Cina.

Sriwijaya Air Indonesia melancarkan tiga laluan baharu bermula pada bulan Jun ini untuk perjalanan dari Jakarta ke Haikou, Jakarta ke Nanning, dan Denpasar ke Nanning, yang dijangka akan menggandakan jumlah penumpang antarabangsa kepada 1 juta penumpang bagi tahun 2017. Jumlah jarak penerbangan dari Haikou ke Sanya ialah 218 Kilometer (135 batu).

Mulai Julai hingga September, Perayaan ini akan diadakan di Thailand, Malaysia, Indonesia, Kazakhstan, Rusia, United Kingdom, Jerman, Singapura dan India. Fasa kedua yang akan datang bagi perayaan ini akan diadakan di Rusia dan Kazakhstan bermula pada 6 hingga 11 Ogos.

Latar Belakang Sanya

Terletak di lokasi paling selatan pulau Hainan, China, Sanya ialah sebuah destinasi pantai bertaraf antarabangsa. Bandar ini mendapat pujian para pengunjung dunia sebagai satu-satunya destinasi percutian tepian pantai Cina disebabkan oleh kawasan pinggir lautnya yang menakjubkan dan warisan budaya yang hebat.

Untuk maklumat lanjut tentang Sanya, sila layari: http://english.sanya.gov.cn/publicfiles//business/htmlfiles/englishsite/tourism/index.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170728/1909048-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170728/1909048-1-b

Source: Sanya Municipal Government
Keywords: Airlines/Aviation Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Trade show news