omniture

Ekspo Vape Reed Huabo China - Peluang Bangun Pasaran Vape China

Reed Huabo Exhibitions
2017-07-31 20:00 555

SHENZHEN, China, 31 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Reed Huabo Exhibitions ialah penganjur ekspo vape di China. Ia merupakan usaha sama dengan Reed Exhibitions, penganjur acara terulung di dunia yang berpangkalan di UK. Reed Huabo Exhibitions telah berjaya mengadakan dua ekspo vape di Shenzhen pada 20-23 Oktober tahun 2015 dan 2016, dan satu lagi pada 23-25 Jun 2017, di Chengdu. Ekspo vape yang akan datang ialah Ekspo Vape Shenzhen ke-3, dan ia akan diadakan pada 20-23 Oktober 2017.

Sorotan Ekspo Vape ke-3 Shenzhen

  • 150 Pempamer dan lebih 10,000 pelawat;
  • 11,000 meter persegi kawasan pameran;
  • Pangkalan data lebih 1,000 kedai vape dan pengedar vape terkemuka seluruh China;
  • Pangkalan data 500,000 pembeli dengan pengalaman selama 25 tahun dalam menganjurkan Pameran Cenderamata & Kediaman terbesar di China;
  • Disokong oleh Dewan Perniagaan Elektronik China (CECC).

Latar Belakang Exhibition

Ekspo Vape Shenzhen ke-3 dianjurkan oleh Reed Huabo Exhibition (Shenzhen) Co., Ltd, yang mempunyai 25 tahun pengalaman dalam menganjurkan Pameran Cenderamata & Kediaman terbesar di China. Kami juga berpengalaman dalam mengadakan pameran pelancongan di bandar-bandar besar China, seperti Shanghai, Beijing, Guangzhou, Shenyang, Kunming dan lain-lain, yang telah berjaya mempromosikan kebudayaan di antara orang ramai dan membantu peserta pameran membangunkan pasaran vape di China. Terdapat banyak aktiviti semasa pameran berlangsung, termasuk Keluaran Produk Baharu, Pertandingan Mengejar Awan, Pertandingan Muslihat Asap Vape dan Anugerah eJuice Terbaik dan lain-lain.

Hubungi: Annie Jiang

Emel: anniej@reedhuabo.com
Tel: +86 (0755) 3398 9254
Laman sesawang: vapexpoen.reedhuabo.com
Instagram: VapeExpoChina

Source: Reed Huabo Exhibitions
Keywords: Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Trade show news