omniture

Estée Lauder Lantik Misty Copeland Model Jurucakap Global Wangian Modern Muse

Estée Lauder
2017-08-02 02:41 436

NEW YORK, 2 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Estée Lauder hari ini mengumumkan Misty Copeland, penari balet utama di American Ballet Theatre, sebagai model jurucakap global baharu untuk wangian Modern Muse jenamanya. Misty akan menjadi muka hadapan kempen wangian Modern Muse baharu merentasi platform digital, TV, dalam kedai dan cetakan, yang muncul buat julung kali pada Ogos 2017.

Estée Lauder introduces Misty Copeland, principal ballerina at American Ballet Theatre, as the new global spokesmodel for the Modern Muse fragrance campaign. Photo credit: Pamela Hanson.
Estée Lauder introduces Misty Copeland, principal ballerina at American Ballet Theatre, as the new global spokesmodel for the Modern Muse fragrance campaign. Photo credit: Pamela Hanson.

"Apabila Estée Lauder melancarkan wangian Modern Muse pada tahun 2013, kami memilih idea wanita sebagai sumber inspirasi, menjalani kehidupan menurut cara mereka sendiri, meraih pencapaian hebat dan menginspirasikan setiap orang di sekeliling mereka," kata Stephane de La Faverie, Presiden Jenama Global, Estée Lauder. "Misty mencabar status quo bagi mencapai impian beliau dan menginspirasikan begitu ramai wanita muda sepanjang perjalanan beliau. Misty akan menghidupkan konsep wangian ini menerusi kisah unik beliau."

"Misty ialah gambaran sempurna sumber inspirasi moden masa kini," kata Aerin Lauder, Pengarah Gaya dan Imej, Estée Lauder. "Beliau adalah segalanya tentang kekuatan feminin, kuasa, dedikasi dan keghairahan, dan anda dapat melihatnya dalam apa yang beliau lakukan setiap hari, sama ada ketika beliau membuat persembahan atau menginspirasikan generasi penari berikutnya. Saya berpendapat beliau ialah contoh ikutan yang hebat dan saya berasa teruja untuk mengalu-alukan beliau dalam jenama Estée Lauder."

"Saya sungguh berbesar hati dapat mewakili Modern Muse Estée Lauder," kata Misty Copeland. "Dua minat saya ialah tarian dan menyumbang kembali, dan saya gemar menurunkan ilmu pengetahuan kepada generasi akan datang. Saya juga mempunyai hubungan yang kukuh dengan haruman yang saya gunakan apabila membuat persembahan. Kempen Modern Muse ialah cara yang sempurna untuk melihat satu lagi sisi kisah saya."

Kempen Modern Muse dihasilkan oleh pasukan Kreatif dalaman Estée Lauder dengan kerjasama Spring Studios dan pengarah serta jurugambar Pamela Hanson. Kempen ini termasuk penceritaan meluas berkisarkan tema, "Apa yang menginspirasikan anda?" bagi memperibadikan konsep Modern Muse kepada Misty dan menghubungkan wanita dalam perbualan melalui platform digital dan sosial menggunakan hashtag #BeAnInspiration. Misty ditampilkan dalam kempen bagi mengajar dan menginspirasikan penari balet muda dan berbincang tentang kepentingan berhubung dengan generasi akan datang.

Klik di sini untuk melihat kempen baharu: Modern Muse Estée Lauder Menampilkan Misty Copeland

Latar Belakang Modern Muse

Wangian Modern Muse ialah haruman Berbau Kayu Berflora Segar yang menonjolkan keyakinan, gaya dan daya kreativiti dengan lagak moden serta muda, menampilkan kontras menawan antara bunga-bungaan yang bergemerlapan dengan kayu moden yang anggun. Dilancarkan pada tahun 2013, haruman Modern Muse diinspirasikan oleh kekompleksan wanita moden masa kini.

Keharmonian Melur Memancar menonjolkan tenaga kreatif dan kewanitaan magnetik. Mandarin Eksotik dan Nektar Bebuas yang menggoda memberikan percikan tenaga melalui sensasi muda Kelopak Dewy. Dua pengekstrakan Melur Sambac, termasuk China Absolute, membawakan tekstur berkilau kepada jambangan feminin Tuberose Fleur dan Bunga Bakung Segar.

Keharmonian Kayu Anggun memperlihatkan gaya, kekuatan dan keghairahan yang anggun, ditonjol melalui adunan inovatif ini iaitu dua pati Nilam diadunkan dalam Vanila Madagascar berkrim, Kayu Amber yang mewah dan Kesturi lembut – kesemuanya memberikan hasil berahi yang tidak dapat dinafikan.

Latar Belakang Misty Copeland

Dilahirkan di Kansas City, Missouri dan dibesarkan di San Pedro, California, Misty Copeland ialah penari utama American Ballet Theatre (ABT), wanita Afrika Amerika pertama yang pernah menyandang kedudukan ini dalam sejarah syarikat. Misty memulakan pengajian balet beliau pada usia penghujung tiga belas tahun. Ketika berusia lima belas tahun, beliau memenangi tempat pertama dalam Anugerah Music Center Spotlight. Beliau melanjutkan pelajaran di San Francisco Ballet School dan program Intensif Musim Panas American Ballet Theatre dengan mendapat biasiswa penuh dan diisytiharkan sebagai Sarjana Coca-Cola Kebangsaan ABT pada tahun 2000. Misty menyertai Studio Company ABT pada September 2000 dan American Ballet Theatre pada 2001.

Pada tahun 2008, Misty dianugerahkan dengan Leonore Annenberg Fellowship dalam bidang Seni, fellowship selama dua tahun yang dianugerahkan kepada artis muda yang menonjolkan bakat luar biasa. Mempersembahkan pelbagai peranan klasik dan kontemporari, pada musim luruh 2014, beliau melakar sejarah sebagai wanita berkulit gelap pertama membuat persembahan dengan peranan utama dalam "Odette/Odile" di Swan Lake American Ballet Theatre.

Misty pernah muncul dalam pelbagai bahan penerbitan dan program televisyen, termasuk CBS Sunday Morning, 60 Minutes, The Today Show, Vogue, Essence, Glamour dan People Magazine. Beliau diberi penghormatan dengan induksi dalam Dewan Kemasyhuran Kebangsaan Boys & Girls Club pada bulan Mei 2012 dan menerima "Anugerah Breakthrough" daripada Majlis Profesional Bandar pada April 2012. Beliau dipilih sebagai Duta Belia Kebangsaan Tahunan untuk Boys & Girls Clubs Amerika pada bulan Jun 2013. Beliau menerima pengiktirafan Young, Gifted & Black menerusi Anugerah Black Girls Rock! 2013. Pada tahun 2015, beliau terpilih dalam senarai 100 Individu Paling Berpengaruh Time Magazine dan diberi penghormatan oleh Glamour Magazine sebagai salah seorang Wanita Terbaik Tahunan mereka. Pengendorsan beliau, pada masa lalu dan masa kini, termasuk Under Armour, Dannon Oikos, SEIKO, Diet Dr. Pepper, COACH, American Express dan terkini Estée Lauder.

Minat Misty adalah untuk menyumbang kembali. Beliau pernah bekerjasama dengan banyak pertubuhan amal dan berdedikasi dalam menyumbang masa beliau untuk bekerjasama dan membimbing kanak-kanak perempuan dan lelaki. Pada tahun 2014, Presiden Barack Obama melantik Misty dalam Majlis Presiden untuk Kecergasan, Sukan dan Pemakanan.

Misty ialah penulis tiga buah buku: memoir Terlaris New York Times, Life in Motion, ditulis bersama wartawan yang memenangi anugerah dan penulis Charisse Jones; Ballerina Body, diterbitkan pada Mac 2017; dan buku bergambar berjudul Firebird dengan kerjasama pengilustrasi yang memenangi anugerah dan penulis Christopher Myers. Beliau dianugerahkan ijazah doktor kehormat daripada University of Hartford pada November 2014 atas sumbangan beliau terhadap balet klasik dan membantu mempelbagaikan bentuk seni.

Latar Belakang Estée Lauder

Estée Lauder ialah jenama kebanggaan The Estée Lauder Companies Inc. Ditubuhkan oleh Estée Lauder, salah seorang usahawan wanita pertama dunia, pada masa kini jenama ini meneruskan legasi beliau dalam mencipta produk-produk penjagaan kulit dan alat solek serta minyak wangi ikonik yang paling inovatif, sofistikated dan berprestasi tinggi – kesemuanya diterapkan dengan pemahaman yang mendalam tentang keperluan dan keinginan wanita. Pada masa kini, Estée Lauder berhubung dengan wanita di lebih 150 negara seluruh dunia dan puluhan titik sentuh – bermula daripada dalam kedai hingga dunia digital. Setiap hubungan ini tekal mencerminkan pandangan wanita-kepada-wanita Estée yang hebat dan asli. 

Ikuti @esteelauder melalui Instagram, Facebook, Twitter dan YouTube

Ikuti @mistyonpointe Instagram, Facebook, Twitter       

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/540517/Modern_Muse_Misty_Copeland.jpg

 

Source: Estée Lauder
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Contracts Licensing/marketing agreements Women-related news