omniture

51Degrees Percepat Pengiklanan Berprogram. Sekali Lagi.

51Degrees.mobi Limited
2017-08-02 03:27 528

LONDON, 2 Ogos 2017 /PRNewswire/ --

Sejauh mana pemain Adtech dapat mengambil manfaat daripada penyelesaian kecerdasan peranti dipertingkat baharu 51Degrees.

Sahkan kedudukan sebagai #1 untuk kecerdasan peranti

51Degrees, pakar kecerdasan peranti #1, hari ini mengumumkan percubaan terbuka bagi algoritma pengesanan peranti baharunya. Memberikan ciri penambahbaikan prestasi dengan pengesanan lebih pantas sesaat dan keperluan memori yang dikurangkan berbanding algoritma berprestasi tinggi yang lain, pencapaian ini mengukuhkan kedudukan 51Degrees sebagai penyedia kecerdasan peranti yang terkemuka.

 Algoritma baharu ini mencapai:

  • Lebih 22 juta pengesanan sesaat - >3x lebih pantas berbanding penyelesaian lain*
  • Lebih baik berbanding 99.9% ketepatan padanan utama dalam industri
  • 114MB keperluan memori utama ditentukan sepenuhnya - 25% penggunaan memori oleh pesaing
  • Serendah 1MB memori overhed dengan memori cache
  • Rangkumkan lebih 43,658 model perkakasan global yang unik dan aktif
  • 739,877 kombinasi peranti antara perkakasan, sistem operasi dan pelayar yang dikesan
  • Dibangunkan melalui teknologi berpaten 51Degrees

Untuk maklumat lanjut rujuk blog prestasi 51Degrees.

Untuk Platform Sisi Permintaan (DSP) dan pertukaran iklan, setiap pecahan dalam milisaat diambil kira apabila memutuskan cara untuk bertindak balas terhadap peluang pengiklanan.

Bagi menyediakan iklan yang menarik dan menguntungkan perniagaan Adtech yang beroperasi melalui platform pembidaan masa sebenar memerlukan maklumat yang tepat tentang peranti dan pelayar pengguna akhir. Tatkala pembidaan pengepala menjadi semakin penting, keupayaan untuk menyediakan kecerdasan yang boleh diambil tindakan dengan pantas juga menjadi semakin penting. Beroperasi dengan perlahan atau mendapat bida yang salah memberi kesan terhadap penilaian keuntungan.

Algoritma dipertingkat daripada 51Degrees meneruskan teknik-teknik berpaten sedia ada bagi menghasilkan ciri unik peranti yang bersifat lebih pantas untuk menilai dalam masa sebenar tanpa menjejaskan ciri ketepatan atau liputannya yang utama dalam pasaran. Penambahbaikan ini adalah mudah digunakan untuk pembangun memandangkan ia menggunakan antara muka yang sama seperti API sedia ada.

Bagi perniagaan yang memproses lebih 10 bilion acara iklan sehari, ciri penambahbaikan ini akan terus diperlihatkan dari segi penjimatan kos dan keuntungan berbanding penyelesaian berasaskan karakter ekspresi biasa legasi walaupun setelah dioptimumkan dengan teknologi memori cache. Fail-dail data yang kompak dapat mengurangkan penggunaan memori dan ini bermakna keadaan mesin maya yang lebih kecil dan lebih murah boleh digunakan. Ini merupakan faedah penting untuk perniagaan yang mempunyai lebih 1000 keadaan pelayan awan.

James Rosewell, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas 51Degrees, berkata: "51Degrees begitu pantas mengenal pasti keperluan prestasi untuk pembidaan pengepala sisi pelayan dan perkembangan pengiklanan berprogram. Sejak tahun lalu, kami telah merekayasa semula proses pengesanan peranti dari peringkat asas bagi memenuhi keperluan khusus pelanggan Adtech. Saya berbesar hati kerana kini kami dapat memperkenalkan pembangunan ini kepada pelanggan dan prospek untuk menjalani ujian percubaan. Mana-mana perniagaan yang menggunakan teknik ekspresi biasa dengan fail-fail data XML atau JSON perlu menyertai ujian percubaan percuma ini dan mengalami sendiri penambahbaikan yang dicapai oleh 51Degrees dari segi prestasi, ketepatan dan keluasan. Mereka tidak akan kecewa."

Rosewell menambah: "Hanya dalam tahun ini sahaja, kami telah menambah 202,418 kombinasi peranti ke dalam pangkalan data kami, seraya membawa cabaran besar untuk pembekal legasi sama ada mereka perlu berkompromi dari segi keluasan mahupun prestasi peranti.** Tahun 2017 ialah tahun untuk menilai semula penyedia kecerdasan peranti anda memandangkan teknologi telah bertambah baik dengan ketara sejak 51Degrees menembusi pasaran pada tahun 2011."

Bandingkan 51Degrees dengan penyedia kecerdasan peranti yang lain di sini.

Latar Belakang 51Degrees 

51Degrees ialah satu-satunya syarikat pengesanan peranti sumber terbuka yang diwujudkan pada dekad semasa untuk dekad akan datang. Relevan untuk masa depan melalui teknologi berpaten yang inovatif, penyelesaian pengesanan peranti yang berkesan kos dan bebas risiko membolehkan organisasi-organisasi diterajui pelanggan untuk mencipta pengalaman web yang hebat.

Syarikat ini telahpun mempunyai portfolio yang diberikan paten pengesanan peranti di Eropah dan AS, manakala algoritma berprestasi tinggi yang baharu masih menunggu kelulusan paten. Keupayaannya dalam memberikan keputusan yang lebih pantas, dengan ketepatan sebanyak 99.9% menunjukkan 51Degrees jelas sekali menerajui laluan dalam usaha inovasi kecerdasan peranti. Penyelesaian terkenal lain yang menjadi perintis dalam industri termasuk: sokongan aplikasi natif, pencapaian prestasi dan ketepatan, kemasukan maklumat harga, tarikh dan data status perisian, dan pengenalpastian mudah bagi pelayar yang meminimumkan data seperti Opera atau UC Browser. Baca tentang lebih banyak perkara yang terulung dalam industri di sini.

Ibu pejabat 51Degrees terletak di Reading, UK. Lebih 1.5 juta laman sesawang termasuk syarikat-syarikat global seperti eBay, AdYouLike, Sizmek, Tonic, Adform dan Dstillery telahpun mendapat maklumat peranti kritikal daripada 51Degrees seperti saiz, model, vendor, harga, usia, sokongan video dan jenis peranti.

Untuk maklumat lanjut sila layari: https://51degrees.com/resources/case-studies

*Diuji menggunakan pelayan Dual 2.2Ghz Intel Xeon E5-2660 v2 10 Core CPU Windows Server 2012 dengan sampel rawak unik menerusi 10 juta Ejen-Pengguna dunia sebenar semasa. Untuk maklumat lebih terperinci sila rujuk blog prestasi 51Degrees

**Rujuk nombor kombinasi peranti yang dimasukkan sejak 1 Januari 2017 hingga 28 Julai 2017

Source: 51Degrees.mobi Limited
Keywords: Advertising Computer/Electronics Internet Technology New products/services