omniture

Asia Plantation Capital Perkenal Sistem Penandaan Pokok dan Inventori Baharu

Asia Plantation Capital
2017-08-02 15:56 698

KUALA LUMPUR, 2 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Syarikat pengurusan ladang yang memenangi anugerah, Asia Plantation Capital dengan bangganya mengumumkan pengenalan sistem pengumpulan data baharu di ladang dan kilang penyulingannya di Johor, Malaysia, sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk menggunakan teknologi canggih yang dapat menyumbang secara positif terhadap kecekapan dan keuntungan organisasi.

Struktur baharu ini, dikenali sebagai Sistem Pelaksanaan Pengeluaran (MES) ialah sistem maklumat untuk mengurus, mengesan, mengawal, mendokumentasi dan meningkatkan kerja-dalam-proses dalam kilang serta ladang. MES (dihasilkan oleh Eazy Works Inc, berpangkalan di California, AS) ialah sistem pelaksanaan berasaskan pelayar pada masa sebenar yang membolehkan pengguna memodelkan sebarang proses pengeluaran. Ini memungkinkannya mengawal dan mengesan proses pengeluaran dengan berkesan dan mematuhi piawaian kualiti dengan lebih cekap dan efisien dalam industri. Seluruh sistem dijangka siap dan dilaksanakan sepenuhnya menjelang akhir Julai 2017.

Salah satu daripada fungsinya yang banyak ialah 'penandaan aset', yang bermakna pelanggan persendirian dan institusi yang memiliki pokok-pokok yang diurus oleh Asia Plantation Capital boleh mengenal pasti dan mengesan tahap kemajuan pokok-pokok mereka dengan mudah. Sejarah penghasilan minyak juga boleh dikenal pasti menggunakan kod QR (Respons Pantas).

"Di Asia Plantation Capital, kami terus berusaha menambah baik sistem kami," kata Steve Watts, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital, Asia Pasifik. "Kami menetapkan piawaian yang tinggi untuk syarikat kami, dan seperti mana yang diketahui oleh sesiapa sahaja yang berada dalam industri yang kompetitif, piawaian berkenaan harus dikekalkan dan kemudiannya melangkaui piawaian tersebut apabila peluang terbuka. Kami telahpun menetapkan beberapa penanda aras dalam industri ini, yang telah diiktiraf di seluruh dunia, namun belum masanya untuk kami berpuas hati, walaupun dengan mengambil kira pencapaian luar biasa kami setakat ini. Menerusi sistem baharu yang dilaksanakan ini, kami akan berupaya memantau ladang-ladang kami pada tahap kecekapan yang lebih tinggi, dan memberikan pelanggan kami dengan lebih banyak maklumat mengenai pengenalpastian, kesihatan dan perkembangan pokok-pokok mereka."

"Ini merupakan satu lagi contoh hebat," simpul Watts, "teknologi dan alam semula jadi bergandingan demi manfaat semua, dan kami sedia maklum bahawa pelanggan kami dan pastinya semua kakitangan di ladang dan kilang serta kilang penyulingan kami akan berasa gembira dengan hasilnya."

Selaku pelopor dalam industri, Asia Plantation Capital telah menanam pokok gaharu sejak tahun 2009, dan dikenali sebagai peneraju pasaran dari segi pengetahuan saintifik dan teknik-teknik yang diperlukan untuk merangsang bahagian teras berdamar pokok Aquilaria menerusi teknik inokulasi. Oleh yang demikian, penggunaan sistem yang baharu dan termaju ini merupakan satu lagi gambaran komitmen Asia Plantation Capital terhadap para pelanggannya serta sektor industri perladangan secara keseluruhan.

Nota Untuk Editor: -

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Zaahira Muhammad
Eksekutif Kanan Perhubungan Awam & Pemasaran
Emel:zaahira@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +6012 203 5344

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Asia Plantation Capital Group ialah pengendali dan syarikat pengurusan ladang lestari yang merangkul pelbagai anugerah; menjalankan projek di empat benua serta mempunyai tenaga kerja global melebihi 2,000 kakitangan. Sebagai peneraju pasaran dalam industri ini, Lembaga Penasihat Saintifiknya terdiri daripada ahli-ahli akademik terkemuka dari pelbagai negara (China, Thailand, Malaysia, India, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu) yang bersama-sama membangunkan dan mempatenkan teknologi serta sistem yang terunggul dalam industri ini.

Dengan fokus terhadap projek-projek perladangan komersial dan perniagaan bersepadu secara vertikal yang menawarkan gabungan faedah antara komersial, alam sekitar dan komuniti, Asia Plantation Capital telah membangunkan sebuah syarikat 'tiga dimensi penilaian keuntungan' yang berjaya serta dinamik.

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Paper/Forest Products/Containers