omniture

Amphenol Telect bakal lancar panel gentian kepadatan tinggi ubah cara rangkaian terhubung

Amphenol Telect
2017-08-02 22:32 584

LIBERTY LAKE, Washington, 2 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Satu revolusi dalam pengagihan gentian dan pengurusan kabel bakal dibawakan untuk infrastruktur rangkaian.

Amphenol Telect, peneraju dalam inovasi teknologi gentian optik, hari ini memperkenalkan cesi pengagihan gentian berkepadatan tinggi dengan ciri-ciri pengurusan kabel yang dapat mengubah cara rangkaian terhubung.

"Kami membangunkan panel yang dapat memenuhi keperluan rangkaian nombor port berkepadatan tinggi bagi menggunakan internet 5G dan menjamin pengurusan kabel gentian yang cekap dan mudah," kata Walt Takisaki, Pengarah Pembangunan Produk, Amphenol Telect.

"Kami telah menggandakan usaha untuk memastikan gentian teratur, terlindung dan port tidak terhalang. Ia membolehkan kami mencapai kepadatan penamatan yang maksimum, mengekalkan integriti jejari bengkok yang betul dan mengurangkan ketegangan pada dawai pelompat."

Amphenol Telect telah membangunkan platform boleh diskala dengan:

  • Pautan penghalaan kabel
  • Akses depan dan belakang menyeluruh
  • Penyesuai sebaris
  • Kapasiti modul yang fleksibel

Cesi ini direka agar sesuai untuk pelbagai persekitaran rangkaian, termasuk perusahaan, telekomunikasi dan TV kabel.

"Seluruh pasukan Amphenol Telect berasa amat teruja dapat membawakan produk ini ke dalam pasaran," kata Pengurus Besar Telect, Wayne Williams. "Kami percaya cesi ini akan membantu penyedia beralih kepada rangkaian generasi seterusnya menerusi penyelesaian yang terbukti dan boleh diskala yang mengurangkan kos serta meningkatkan kapasiti rangkaian anda."

C2LINX, dihantar untuk pelanggan akses awal pada September 2017, menambah ke dalam portfolio gentian optik yang telahpun tersedia yang ditawarkan oleh Amphenol Telect kepada kumpulan pelanggannya.

Amphenol Telect memandang jauh melangkaui potensi yang ada dalam rangkaian gentian optik. Mencabar status quo sejak tahun 1982, Amphenol Telect mencipta dan mengeluarkan produk-produk yang menghubungkan rangkaian bersama-sama dan melindungi pelaburan gentian optik pelanggan kami. Kami didorong oleh prinsip berkaitan inovasi dan khidmat pelanggan. Syarikat ini, yang berpangkalan di Liberty Lake, Washington, menyediakan penyelesaian gentian optik dan pengurusan kuasa di seluruh dunia dalam rangkaian penyedia perkhidmatan komunikasi, rangkaian perusahaan dan utiliti serta pusat data.

Latar Belakang Amphenol

Amphenol Corporation ialah salah satu pereka, pengeluar dan pemasar yang terbesar di dunia bagi penghubung elektrik, elektronik dan gentian optik, sistem saling hubung, antena, sensor dan produk berasaskan sensor serta kabel khas sepaksi dan berkelajuan tinggi. Amphenol hadir dalam pelbagai segmen selaku peneraju dalam bidang-bidang dengan kadar pertumbuhan yang tinggi dalam pasaran saling hubung termasuk: automotif, komunikasi jalur lebar, aeroangkasa komersial, perindustrian, teknologi maklumat dan komunikasi data, ketenteraan, peranti mudah alih dan juga rangkaian mudah alih.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/541223/Amphenol_Telect_C2LINX_1RU.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/541222/Amphenol_Telect_Logo.jpg

 

Source: Amphenol Telect
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics New products/services