omniture

Wiski Grant's Lancar Temu Duga Kerja Terhebat di Dunia

William Grant & Sons
2017-08-03 09:00 689

LONDON, 3 Ogos 2017 /PRNewswire/ --

Grant's sedang mencari Duta Jenama Global untuk tahun 2018 dan tugas luar biasa ini memerlukan temu duga setanding dengan kehebatannya – perjalanan yang ditanggung sepenuhnya untuk memperkenalkan Grant's kepada dunia

Lupakan CV, Grant's ingin menguji keberanian calon mereka di beberapa lokasi di bandar paling menarik dunia, lengkap dengan beg pakaian berisi wiski Grant's.

Untuk menonton Siaran Berita Multimedia, sila klik:
https://www.multivu.com/players/uk/8150651-grants-whisky-greatest-job-interview/

generated by system

Permohonan kini dibuka untuk temu duga yang terhebat ini - lawatan dunia selama 10 hari - yang dilancarkan oleh Wiski Grant's sebagai sebahagian daripada pencarian Duta Jenama Global untuk tahun 2018. Dalam temu duga kerja yang terunggul ini, tiga calon akhir akan melalui perjalanan ke tiga negara, dari Colombia ke Poland, India dan Afrika Selatan dilengkapi dengan sebuah beg pakaian yang penuh dengan Grant's untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang bakal mereka temui.

Perjalanan mereka mengingatkan kepada perjalanan legenda yang dilakukan pada tahun 1909 oleh Charles Grant Gordon, anak menantu lelaki pengasas Wiski Grant's, William Grant. Charles belayar dengan beg pakaian penuh berisi Grant's dan cita-cita untuk memperkenalkannya kepada dunia. 110 tahun kemudian, Duta Jenama Global Grant's yang dipilih akan mengikuti jejaknya sepanjang tahun 2018.

Duta Jenama Global Grant's perlu kepintaran akal, berkarisma, berbakat, dan mempunyai minat yang mendalam terhadap penulisan, pengembaraan dan kemahiran membuat koktel. Menguji sifat-sifat ini dalam ujian terhebat, tiga calon finalis perlu menggunakan beg pakaian mereka yang berisi Grant's sebagai kuasa tawar-menawar, bertukar-tukar minuman wiski bagi pengembaraan yang tidak dapat dilupakan yang membawakan wiski kepada dunia.

Jika inilah temu duganya, bayangkan bagaimana kerjanya nanti.

Oliver Dickson, Pengarah Jenama Global, menerangkan: "Tugas ini bukan sekadar keupayaan menghasilkan koktel yang hebat. Kami mencari seseorang yang boleh mendalami semangat jenama 'Teguh Bergandingan' dan seseorang yang boleh membawa Grant's ke peringkat seterusnya dalam perjalanan global jenama ini.

"Dalam masyarakat hari ini, ramai orang mencari lebih kefleksibelan dan pengembaraan daripada pekerjaan  dan bukan sekadar  bekerja dari jam 9 hingga jam 5 di pejabat. Pekerjaan ini menawarkan pelancongan, kebebasan, kemerdekaan dan juga gaji yang lumayan! Kami mahukan satu proses temu duga yang sepadan dengan tugas yang mengujakan dan mencabar ini."

Untuk maklumat lanjut http://www.grantswhisky.com/interview

 

Source: William Grant & Sons
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages