omniture

325.6W! Modul Hi-MO1 60 sel LONGi Solar Demonstrasikan satu lagi Rekod Kuasa

LONGi Solar
2017-08-03 22:42 733

SHANGHAI, 3 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini LONGi Solar menerima laporan ujian daripada TUV Rheinland bahawa modul Hi-MO1 60 sel yang terkini mencapai output kuasa sebanyak 325.6W di bawah keadaan ujian piawaian (STC) dengan kecekapan penukaran mencapai 19.91%. Ini merupakan satu lagi rekod kuasa produk siri Hi-MO1 yang dicapai oleh LONGi Solar berikutan rekod 316.6W yang dicipta pada akhir tahun 2016.

Modul Hi-MO1 LONGi Solar
Modul Hi-MO1 LONGi Solar

Modul ini menggabungkan sel PERC monohabluran berdasarkan teknologi pengeluaran besar-besaran dengan kecekapan penukaran sebanyak 21.9%. Ujian ini selesai dijalankan di Makmal Shanghai TUV Rheinland pada 17 April, dengan voltan litar terbuka dan arus litar pintas masing-masing mencapai 40.79V dan 10.160A.

Hi-MO1, yang dilancarkan oleh LONGi Solar pada tahun 2016, merupakan satu-satunya modul monohabluran jenis-P yang menjanjikan kemerosotan kuasa tahun pertama dalam lingkungan 2% dalam industri, yang mempunyai kecekapan tinggi, LID rendah dan hasil tenaga yang tinggi. Ia telah dianugerahkan "All Quality Matters" Anugerah Simulasi Hasil Tenaga Modul PV 2016 (MONO) TUV Rheinland, dengan simulasi hasil tenaga untuk lima bandar di seluruh dunia pada kedudukan No.1 dalam kalangan semua modul. Ujian lapangan yang dijalankan di Pangkalan Sanya oleh Institut Penyelidikan Peralatan Elektrik Makmal Utama Negara China juga membuktikan bahawa hasil tenaga modul Hi-MO1 secara purata adalah 3% lebih tinggi daripada produk konvensional.

En. Li Wenxue, Presiden LONGi Solar, menekankan, "LONGi Solar sentiasa komited untuk memberikan produk yang paling cekap dengan kualiti dan prestasi terbaik kepada pelanggan akhir. Kami telah melabur dalam R&D secara konsisten, dan telah mencapai keputusan yang luar biasa dalam memberikan produk dengan kecekapan yang semakin tinggi. 325.6W merupakan hasil daripada inovasi berterusan LONGi Solar berikutan falsafah syarikat induk kami LONGi Group, dan juga komitmen LONGi Solar kepada industri. Pada masa akan datang, LONGi Solar akan terus memacu inovasi teknologi, dan memberi sumbangan kepada pengurangan LCOE dan bertujuan untuk mencapai pariti grid."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170802/1912195-1

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities