omniture

Usaha sama Fosun Nanjing Nangang selesaikan pengambilalihan pembekal automotif utama Jerman Koller Beteiligungs GmbH

Pelaburan luar negara pertama Fosun dalam sektor perindustrian
Fosun International Limited
2017-08-04 13:18 1021

SHANGHAI, 4 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Fosun dan segmen usaha samanya Nanjing Nangang Iron & Steel United Co. Ltd. (Nanjing Nangang) hari ini mengumumkan ia telah menyelesaikan pengambilalihan kepentingan majoriti dalam Koller Beteiligungs GmbH (Koller), pakar automotif ringan Jerman yang beribu pejabat di Dietfurt, Jerman. Ini merupakan pelaburan luar negara pertama untuk Nanjing Nangang dan pelaburan perindustrian luar negara pertama dalam industri automotif untuk Fosun.

Koller memiliki kemudahan pengeluaran di Jerman, Hungary dan Mexico. Ia mengeluarkan komponen komposit pengacuan suntikan dan peralatan menekan, termasuk panel sandwic struktur sarang lebah-PUR untuk syarikat-syarikat automotif Eropah utama seperti Volkswagen, Audi, BMW, Mercedes dan Land Rover. Sebagai pemimpin inovasi, Koller merupakan penyedia penyelesaian terkemuka untuk pengeluar automotif yang ingin mengurangkan penggunaan tenaga dan emisi bahan pencemar dengan mengurangkan berat kereta.

Menerusi sokongan daripada pemegang saham utamanya, Koller akan mengukuhkan kedudukan pasarannya di Eropah serta meneroka lokasi pengeluaran baharu dan juga peluang perluasan di China.

En. Guo Guangchang, Pengerusi Fosun, berkata, "Kami berasa sukacita dengan pelaburan dalam Koller ini, iaitu penyedia penyelesaian inovatif ringan yang terkemuka di dunia untuk industri automotif. Kami amat menyanjungi "semangat pertukangan" Koller, khususnya dalam menyediakan penyelesaian untuk mengurangkan emisi dan penggunaan tenaga. Perlindungan terhadap alam sekitar dan penjimatan tenaga merupakan inisiatif-inisiatif global yang utama, khususnya di China. Teknologi ringan mampu mengurangkan penggunaan tenaga dengan berkesan dan menggalakkan pembangunan lestari. Saya percaya akan adanya permintaan yang tinggi terhadap produk dan penyelesaian ringan yang berkualiti tinggi serta inovatif dan kami berharap dapat bekerjasama erat dengan Koller Group dalam usaha membawakan produk-produk mereka ke dalam pasaran ini."

"Bahan-bahan Baharu ialah salah satu segmen teras Nanjing Nangang untuk peralihan perniagaan tersebut dan akan menjadi sebahagian daripada segmen perniagaan utama kami. Sebagai pelabur strategik Koller, kami akan membawakan sinergi dan menyokong Koller dalam usaha pembangunan dan perluasannya yang selanjutnya, khususnya untuk mencipta penyelesaian ringan yang dapat memenuhi keperluan pasaran China serta Asia. Kami benar-benar percaya Koller akan menembusi pasaran China dalam masa terdekat," kata En. Huang Yixing, Pengerusi Nanjing Nangang.

En. Max Koller, Ketua Pegawai Eksekutif Koller Beteiligungs GmbH, berkata, "Kami berbesar hati dengan perkongsian kami bersama Fosun, khususnya kerana dapat menjadi firma pembekal automotif pertama yang melabur dalam usaha sama Fosun. Perkongsian ini membolehkan Koller Group mengembangkan perniagaan mereka dalam pasaran Asia, seterusnya dapat meneruskan kejayaan pembangunan dan perluasan Koller. Transaksi ini juga akan membuka pelbagai peluang perniagaan. Bersama-sama Fosun dan Nanjing Nangang, Koller akan menawarkan rangkaian penyelesaian dan peralatan ringan mereka dalam pasaran Asia untuk pelanggan sedia ada dan baharu. Produk dan penyelesaian ringan Koller dapat menangani kekangan seluruh pengeluar automobil serata dunia, untuk mengurangkan berat kereta dan emisi ekzos, tanpa mengira teknologi pemanduan yang dipilih."

Latar Belakang Koller Beteiligungs GmbH

Koller Group ialah pengeluar terkemuka bagi komponen automotif ringan dalam pasaran antarabangsa. Koller Group mengeluarkan produk ringan bersiri menggunakan teknologi-teknologi berbeza (pengacuan dan penekanan) dan bahan-bahan (sandwic, plastik, CFK, SMC dan hibrid), khususnya untuk dibekalkan kepada industri automotif. Koller Group bertindak sebagai pembekal Tahap 1 dan/atau Tahap 2, menyediakan produk bersiri khususnya untuk OEM Eropah. Produk bersiri ini dikeluarkan di lokasi-lokasi berbeza di Eropah serta Mexico. Koller turut berperanan sebagai rakan pembangunan ringan dan pembekal sistem untuk OEM Jerman dan peringkat antarabangsa. Di samping itu, Koller Group mengendalikan kedai peralatan dan menjalankan perniagaan dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan kilang untuk pelanggan luar, selain untuk syarikat-syarikat Koller Group.

Latar Belakang Nanjing Nangang Iron & Steel United Co. Ltd.

Nanjing Nangang Iron & Steel United Co., Ltd. ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan pemegang saham majoriti dalam Nanjing Iron & Steel Co., Ltd., yang tersenarai pada papan utama Bursa Saham Shanghai dalam tahun 2000 (SH: 600282). Perniagaan utama yang dijalankan adalah dalam pelaburan perindustrian, dan ia turut membangunkan platform perniagaan dalam segmen-segmen perlindungan alam sekitar, peralatan pintar dan bahan-bahan baharu.

Latar Belakang Fosun

Fosun International Limited ialah sebuah syarikat multinasional yang tersenarai dalam Bursa Saham Hong Kong (00656:HK) sejak tahun 2007. Ditubuhkan pada tahun 1992, jumlah aset Fosun adalah melebihi RMB 480 bilion (c.US$70bn). Berasal dari China, Fosun mengkhusus untuk mewujudkan ekosistem global dalam aspek kesihatan, kebahagiaan dan kekayaan (insurans, harta hive dan pelaburan). Melalui inovasi dan teknologi, ekosistem Fosun menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk keluarga-keluarga di seluruh dunia.

 

 

Source: Fosun International Limited
Related Stocks:
HongKong:0656 OTC:FOSUY Shanghai:600282
Keywords: Auto Banking/Financial Service Machinery Mining/Metals Acquisitions, mergers, takeovers