omniture

Hublot Ucap Tahniah kepada Dutanya Usain "Lightning" Bolt atas Rekod Prestasi Luar Biasa

Hublot
2017-08-07 12:25 481

LONDON, 7 Ogos 2017 /PRNewswire/ --

Larian terakhir – Lelaki Terpantas di Dunia Akan Menggantung Kasut Pepakunya Selepas Kejohanan Dunia di London

"Kami sentiasa kagum dengan nilai-nilai fizikal dan moral yang membolehkan Usain Bolt menjadi lelaki terpantas sepanjang masa! Selain peranannya sebagai duta Hublot, beliau ialah inspirasi harian bagi kami, seorang model peranan. Kami sentiasa bersyukur dengan inspirasi yang beliau berikan. Buat yang terbaik di London, buat yang terbaik untuk masa depan, Usain, dan semoga anda terus ... bersinar!" 

Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot.

generated by system

generated by system

generated by system

Selepas kerjaya yang bukan sahaja menjadikannya seorang atlet legenda tetapi juga salah seorang ahli sukan paling hebat sepanjang zaman, Usain Bolt akan menggantung kasut pepakunya dengan rekod prestasi yang unik. 11 gelaran Kejohanan Dunia - kemungkinan 12 selepas penyertaan terakhirnya di Kejohanan Dunia yang akan diadakan dalam hari-hari akan datang - dan 8 pingat Olimpik! Usain Bolt merupakan satu-satunya atlet yang mempertahankan pingat emasnya dalam tiga Olimpik berturut-turut, termasuklah memecahkan tiga rekod dalam satu sukan Olimpik! Beliau memegang rekod dunia bagi 100 meter, 200 meter dan 4 x 100 meter.

Sejak 2010, Hublot telah menyertai Usain Bolt dalam usaha yang sama. Usaha untuk mengukur masa, melangkaui diri sendiri, dan bertekad untuk berdiri teguh menentang masa. Pertama, Unik, Berbeza: slogan yang mentakrifkan jenama Hublot yang sepadan dengan duta Lightning Bolt: pertama dalam perlumbaan, pertama memecahkan rekod, unik disebabkan oleh rekod prestasinya, berbeza kerana gayanya, berbeza kerana saiznya dalam kalangan pelari pecut. Perkongsian ini membawa kepada pelancaran pembuatan jam yang sama seperti juara hebat itu, jam tangan Hublot Big Bang UNICO Usain Bolt. Jam ini didatangkan dalam dua versi, kuning keemasan atau seramik All Black. Direka dengan kerjasama Bolt, model dalam warna hijau dan emas ini menunjukkan sokongan kepada warna kegemaran juara ini. Tali jam menampilkan bendera Jamaica yang tertimbul. Big Bang (Letupan Besar) yang sangat istimewa untuk lelaki terpantas sejak Letupan Besar!

Raja pecut dunia akan memasuki Panteon sukan buat kali terakhir selepas perlumbaan individu terakhirnya, acara 100 meter di Kejohanan Olahraga Dunia yang akan diadakan pada 5 Ogos di London dan selepas 4x100m pada 12 Ogos. Semasa acara ini, Hublot bekerjasama dengan Yayasan Usain Bolt dan After School All Stars, dua badan amal yang mengumpul dana bagi program pendidikan selepas sekolah untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik hasil usaha platform digital Omaze. Salah seorang penderma akan diberi ganjaran melalui pertandingan yang menawarkan perjalanan ke London, pertemuan dengan Usain Bolt dan sambutan VIP, serta jam dinding Hublot.

Hublot menyokong Usain Bolt sepenuhnya dalam usaha beliau untuk memenangi gelaran Kejohanan Dunia yang terakhir. Lightning Bolt pasti akan menguji kecekapan kronometer!

Sumber: Hublot

Source: Hublot
Keywords: Fashion Jewelry Precious Metals Retail Sports