omniture

Artprice: Pasaran Seni Pamer Isyarat Positif pada Separuh Pertama 2017

Artprice.com
2017-08-08 20:36 1083

PARIS, 8 Ogos 2017 /PRNewswire/ --

Lelongan Seni Halus (catan, arca, lukisan, fotografi, seni cetak, pemasangan)

Separuh pertama tahun 2017 saksikan pemulihan umum Pasaran Seni, dengan pusing ganti meningkat 5%      

  1. Pusing ganti lelongan seni global mencecah $6.9 bilion pada separuh pertama tahun 2017
  2. Harga-harga dalam segmen Kontemporari meningkat 9.6%  
  3. Dengan $2.2 bilion, AS mengatasi nilai $2 bilion China
  4. UK dan Perancis membantu pemulihan,  masing-masing meningkat 13% dan 7%
  5. Seni Kontemporari menyumbang sebanyak 15% bagi nilai pusing ganti global, berbanding 3% pada tahun 2000   
  6. Karya seni oleh Jean-Michel Basquiat (lahir pada tahun 1960) mengumpul sebanyak $110.5 juta  
  7. Kadar lelongan tidak terjual menurun sebanyak 2 mata peratusan berbanding tahun 2016 

Angka-angka global 

Lebih 228,700 lot Seni Halus terjual di seluruh dunia sepanjang tempoh enam bulan pertama pada tahun 2017, menjana jumlah pusing ganti sebanyak $6.9 bilion (termasuk yuran). Keputusan ini direkodkan menerusi lebih 3,054 jualan awam yang tertakluk pada analisis sistematik dan terperinci Artprice. Artprice telah menjadi peneraju global bagi maklumat Pasaran Seni sejak tahun 1987. Laporan setengah tahun ini mencakupi semua jualan awam Seni Halus.

Menurut thierry Ehrmann, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Artprice, Sejak tahun 2000, pasaran seni telah menunjukkan prestasi dengan tahap kematangan yang cemerlang, mampu bertahan terhadap krisis NASDAQ, serangan 9-11, campur tangan kedua di Iraq dan tentu sahaja, krisis kewangan dan ekonomi yang belum pernah berlaku sebelum ini yang bermula pada tahun 2007. Ia juga mampu bertahan terhadap peningkatan ketara dalam ketegangan geopolitik dan kemunculan persekitaran dengan kadar faedah negatif yang menjejaskan simpanan. Pasaran Seni ialah pasaran yang cekap, bersejarah dan bersifat global yang mempunyai kapasiti untuk bertahan dalam krisis ekonomi dan geopolitik yang tidak dapat disangkalkan lagi.  

Selama beberapa tahun setakat ini, pulangan kewangan bagi pasaran seni telah mengatasi pelaburan-pelaburan lain, dan Pasaran Seni telah menjadi pasaran yang bersifat bebas, cair dan cekap di semua benua.

Negara: - Jumlah pusing ganti dalam nilai USD - (Bahagian Pasaran)

Data berkaitan China dikumpulkan oleh Artprice dengan kerjasama erat bersama rakan sekutu institusi Cinanya, Artron Group dan AMMA (Art Market Monitor by Artron), diarahkan oleh Wan Jie.

Laporan Pasaran Seni Global Separuh Pertama Tahun 2017, oleh Artprice.com, secara dalam talian di: https://www.artprice.com/artprice-reports/global-art-market-in-h1-2017-by-artprice-com

Pemacu Pasaran Seni ialah industri muzium era baharu (700 muzium baharu setahun) yang menjadi realiti ekonomi yang ketara pada abad ke-21. Lebih banyak muzium dibuka antara tahun 2000 dan 2014 berbanding dua abad sebelum ini.

Amat mendambakan karya seni berkualiti muzium, sektor ini merupakan salah satu pendorong utama pertumbuhan hebat Pasaran Seni. Kini, Pasaran Seni matang dan cair, menawarkan hasil antara 10% hingga 15% setahun bagi karya seni bernilai lebih $100,000.

Pasaran Seni global turut menunjukkan pertumbuhan linear bagi nilai purata karya seni (Lama, Moden dan Kontemporari) sebanyak lebih 47.5% sepanjang tempoh yang sama. Sekiranya kita melihat pada segmen Kontemporari sahaja, kenaikannya melebihi 116%.

Kami mendapat hasil tahunan purata yang tinggi iaitu lebih 9% bagi karya-karya yang dijual melebihi nilai permulaan €20,000.

Latar Belakang Artprice: 

Artprice tersenarai dalam Eurolist oleh Euronext Paris, SRD long only dan Euroclear: 7478 - Bloomberg: PRC - Reuters: ARTF.

Artprice ialah bank data utama untuk pasaran seni global, dengan lebih 30 juta indeks dan hasil lelongan merangkumi lebih 657,000 seniman. Artprice Images® memberikan akses tanpa had kepada sumber Pasaran Seni terbesar di dunia: pustaka dengan 126 juta gambar atau cetakan karya seni dari tahun 1700 hingga ke hari ini, berserta nota dan ulasan daripada sejarawan seni kami.

Artprice kekal memperkayakan data banknya dengan maklumat daripada kira-kira 4,500 pengendali lelong di seluruh dunia dan menyiarkan aliran berterusan bagi penunjuk pasaran seni untuk agensi-agensi berita utama di dunia serta kira-kira 7,200 penerbitan akhbar antarabangsa. Bagi 4.5 juta ahlinya, Artprice memberi akses kepada Pasaran Seragam (Standardised Marketplace) yang utama di dunia atas pembelian dan penjualan karya seni sama ada pada harga tetap mahupun dalam sistem pembidaan.

Laporan Tahunan Pasaran Seni Global Artprice bagi tahun 2016:
http://imgpublic.artprice.com/pdf/rama2016_en.pdf

Arte & Artprice : http://www.arte.tv/guide/en/weekly-highlight

Terokai alam alkimia Artprice http://web.artprice.com/video, yang mana ibu pejabatnya merupakan Muzium Seni Kontemporari yang terkenal, The Abode of Chaos  https://vimeo.com/124643720

Berita Pasaran Seni:

http://twitter.com/artpricedotcom
https://www.facebook.com/artpricedotcom
https://plus.google.com/+Artpricedotcom/posts
http://artmarketinsight.wordpress.com/

The Abode of Chaos Muzium Seni Kontemporari menerusi Facebook:
https://www.facebook.com/la.demeure.du.chaos.theabodeofchaos999

The Abode of Chaos/Demeure du Chaos Muzium Seni Kontemporari oleh thierry Ehrmann, pengarang, pengukir, seniman, gambar: https://www.flickr.com/photos/home_of_chaos/sets/72157676803169034

Hubungi : thierry Ehrmann : e-mel : ir@artprice.com

Source: Artprice.com
Related Stocks:
EuronextParis:PRC
Related Links:
Keywords: Art Entertainment Publishing/Information Service Survey, Polls & Research